Sunday, October 31, 2010

AHAD! takde bende nak buat seperti biasa ,SELAIN belajar

soo , aku online , balas komen peminat , chatting ngan peminat
MACAM BIASA. . . . orang hot dan popular kan? biasalah
 hahaha

okay -okay , jangan muntah , aku bergurau sahaja. . 

semlam kerja , carik duit lebih sikit. . .  ye lah nak beli susu anak kan. kang kebulur pulak dier!
kerje! perghh! penat , nak tercabut pinggang abang! ,tuhan saja yang tahu . . . . 

balik pukul 3 pagi. masyaAllah. nasib baik tak terserempak dengan yang 'terbang -terbang '
kalau terserempak mati aku. hahaha , aku dah lah penakot haha. . . . 


okay okay , semalam mase perjalanan balik tuh aku ade jugak terserempak dengan perkare pelik

aku ternampak kawan aku yang dah arwah . subhaAllah , bunyi pelik tapi memang betul  , muke sebijik giler , bawak kereta viva putih , siap senyum  ,angkat tangan kat aku! *dua kali aku pandang bhai , takkan aku buta pulak , atau nyamuk ke masuk dalam mate! , tapi muka memang same. So , aku berfikir , kawan aku takde kereta , hanya menunggang motosikal , die meninggal pun sebab kemalangan motor , so tah lah , terkejut beruk aku tengok kawan aku masih hidup. Harap harap bukan dier. . . 

AL fatihah untuk kawan aku.


seterusnya , mase aku keje tuh , serve serve meja orang , then aku ternampak , awek fu yooo!
lawa dari belakang lah , tak tengok depan . . .  haha

then aku pun lalu , depan dier . . . die datang dengan family dier , dengan parents maybe? tah lah , muke cam tua je , bapak die ngan mak die lah kot.

mula mula die tunduk main handphone , BLACKBERRY , loaded nih , anak orang kaya. . . 
haha , abai kan lah . . .  bukan masalah aku pun , kau nak carik rezeki , nak buat kerja

dia pun angkat lah  muka ,MasyaAllah , aku kenal budak nih.
dunia kecik lah sekarang , ramai sangat kawan lame aku dah jumpa. . . 
budak perempuan nih , same tempat ngan aku mase aku duduk kuala lumpur dulu.

kisah lame jangan di ungkit , aku senyum kat die , die senyum kecewa , tak tau kenapa?
nak di tegur , kang orang cakap ape.so aku terus berlalu. mase aku duduk kuala lumpur  dan berpindah ke sini , aku terus pindah tanpa notis , dengan kawan kawan di sana aku tak inform , so salah satu sebab kot , die kecewa. tah lah , banyak persoalan bermain kat minda aku.

dia pulang pun aku tak tego , malas nak tengok dah , aku rase die memang kawan lame aku tuh.
pasti. . . 

dan sekarang , aku kat depan pc nih menaip kisah bodoh nih , haha
menarik...

sambil membace kelayakan kelayakan masuk ke UITM!

nah link sapa nak try gak masuk UITM!


harap harap dapat masuk UITM Shah Alam. . .
mudah mudahan

AMIN!  

k , lah chow , salam


*aku dah muak makan kfc. . . nak makan pizza lak

Thursday, October 28, 2010

IRONI

aku benci orang menipu tapi yang ironi nya aku sendiri kadang kadang menipu , menipu untuk kebaikan . . 
KONON NYA! . . .  alasan semata semate

kalau aku benci orang menipu , perlu kah aku membenci diri sendiri? 

persoaalan bodoh , macam lah tak boleh jawab sendiri , dan tulis dalam blog macam orang bace. haha
Din , Din. . .  haha

ironi , ironi . . . .  okay -okay! back to the topic. . . 

perlu ke benci diri sendiri ? aku rase tak payah , macam orang gila bile kite benci diri sendiri ,
kita kene sentiasa bersyukur .

" matlamat tak menghalalkan cara "

INGAT!

tapi kadang kadang menipu dah jadi kebiasaan , terbiasa , tak sengaja  , jadi kurang kan atau jangan menipu langsong.(kalau boleh)


menipu , menipu , dan menipu nih akan menyusah kan kita balik je nanti.

TRUST ME , u will never be regret , 

bende jadi kat aku sendiri , serious weyh!

nak cite malu. haha. nanti aku cite


*maleh nak membebel lagi , buang tenage aku jer. . .

, so konklusi nya . . . benci lah sebenci benci nya orang yang menipu , mereka berhak mendapat balasan itu . haha . lepas tuh baru bagi peluang kedua , kalau diri sendiri yang menipu , sayang ngi lah diri anda sesayang sayang yang boleh . haha .    

                                                                SAYANGI DIRI SENDIRI!

mane nak carik badan lain kalau dah tak sayang diri sendiri. ade jual ke?

sara diri ada , lacur diri ade , jual badan pun ade(tapi tak elok tuh) , penyakit -penyakit. . . so kita anggap
 diri / badan memang tiada di jual di pasaran. . . 


okay okay Din dah terlalu jauh kau menyimpang.

tension lagi beberape hari nak     ASS PEE EMM!


CHOW. SALAM.


*nampak nya GRADUATION DAY akan diadakan. . BAGUS!


Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita --kaum hawa

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur
Rajin pasangannya malas
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat
,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorangperempuan,
maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh , berbaju labuh , jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
spontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampakakan bentuk kakinya ,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan ,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas ,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu ,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki ,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu , jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terangjika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan ,
tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.I
tulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2 ,
jangan keluar seorang sorang  ,keluarlah dengan mahram ,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula ,
janganlah menjalar langsung kepada muslimah
walau muslimah itu telah menutup aurat ,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah," Dan tundukkanlah pandangan muka jagalah kemaluan mu ".Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri curi  melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



* majulah sukan untuk negara , ehhh! sorry - sorry! haha

FIVE THINGS!

Five things you will find if you open my bag: 
1. Sidekick
2. handphone
3. Keys
4. Wallet
5. deodorant

Five things in my bedroom: 
1. comb
2. A bagalllion bangles
3. Lots of fiction books
4. Photoalbums
5. Art pieces.

Five things I’ve always wanted to do in my life: 
1. Get more money
2. Sky dive
3. Get in a hot air balloon
4. Be successfully happy
5. Travel and take pictures * a lot of picture

Five things that make me very happy: 
1. money! !
2. Sharing
3. Family being happy
4. Friends keeping in touch
5. Animals

Five things on my to-do list: 
1. studying
2. Be nicer.
3. Transfer by Fall 
4. Control temper
5. Find a money

Five things some people may or may not know about me: 
1. i’ve always wanted a younger sibling.
2. i have cute face. haha
3. I don’t think i’ll ever be the same as i used to be.
4. i get angry , but you never know
5  i like art of languange

THANKFUL

Have you ever looked in a mirror, and noticed how beautiful you are? everyone should be able to do this. your face inspired me because everything on your face is beautiful, you point out all the beautiful things and all the flaws out, as if it was a metaphore for what everyone should do, leave the flaws out and look at the beauty in everyone...

Stay positive. . . .  thats what i hold  now


Wednesday, October 27, 2010

FESYEN TUDUNG KESUKAAN WANITA ZAMAN SEKARANG



Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud...

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA...

agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami.. wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.....

RENUNG RENUNG KAN DAN SELAMAT BERAMAL!


*aku suka gadis bertudung , fulaweyh sejuk perut bapak buncit menengok nye. . . 

Tuesday, October 26, 2010

urghhhhhhhhhhhhhh! rasa malas mula menular dalam diri

bersemangat aku offline awal sebab nak buat homework bahasa melayu ,I REPEAT bahasa melayu punya kerja rumah......

soalan percubaan sekolah berasmara ehh! berasrama penuh dan sekolah kluster!
wtf?  huh. . . 



Bukak lembaran pertame , rumusan , cari isi tersurat , carik isi tersirat , ehhh! isi tersirat pikiaq sendiri...
buat buat buat , tulis tulis tulis , lukis lukis lukis , aku conteng sikit gamba kat tepi soalan bagi nampak menarik! peduli ape aku. . . . . 

soalan pemahaman , senang . . . 

soalan KBKK , senang 

lancar je jawab! . . 


lembaran kedua ,soalan 2(B)  petikan drama . . .

perbezaan pandangan umar dan safiyah  , drama 'SERUNAI MALAM'
senang jawab

(I, II, III ) sangkut . . .  errrr! ape nak buat nih  ,?

aku buat perbezaan pendapat mereka ialah (teeeeeeeeeeeempat koooooooooosong)

kat sekolah baru mintak jawapan kat cikgu ke , kat budak budak lain , kejang lah otak aku nih, tah apehal?
terlebih makan nasik , minum air sejuk ?. heh

tak mengalah , usaha usaha * muka surat sebelah pasti senang. dalam hati aku berkata

2(C)  -petikan prosa klasik
aduuuuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!  'PERTARUNGAN HANG TUAH'

lagi lah aku tak ingat , bertambah tambah tambah kejang otak aku nih. 
pegi mampos.


NEXTT!! . . . 


2(D) puisi melayu tradisional . . . syair kelebihan ilmu,

fuhh! ade gak yang aku hempas pulas belajar keluar.


(i) akibat pengabaian ilmu ?
bla , bla , bla , aku jawab dengan lancar

(II) pandangan anda , bagaimanakah masyarakat ilmu dapat di lahir kan?
bla ,bla , bla aku jawab dengan lancar lagi!

(III) tiga nilai dalam syair
hak elah . senang. bla ,bla ,bla aku jawab dengan  tenang  ,sambil korek idong  sebelah tangan , sebelah lagi tulis



NEXT! PAGE. . . . 

soalan 3 - penegetahuan pemahaman dan kemahiran bahasa.

(a) tulis ayat........................bla ,bla , bla

aku maleh. abaikan..

(b) tukar ayat ajuk  ke ayat cakap pindah.......................................bla, bla bla

aku maleh , abaikan jugak.

(c) senaraikan kesalahan ejaan dan...................bla ,bla bla

aku buat satu je , then aku maleh

(d) senaraikan satu kesalahan tatabahasa......bla ,bla ,bla

ouh! soalan menarik , tapi aku maleh , abaikan juga

(e) peribahasa. .. . . . 

suma soalan aku buat. senang jer.

" ambil yang keruh , buang yang jernih "
" bersatu teguh bercerai kawin lagi "
" masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang rimau . .  bace doa "

NEXT!

soalan 4(novel)

maleh. ngantuk. lapar. abaikan . .. 

inilah kisah hidup saya sehari bersama kerja sekolah , baru bahasa melayu belum math lagi. 
HAHA* bodoh kau Din


sekian .chow! wasalam! 



*biskut kering ade tak? lapar pulak  , cicah ngan air sejuk nih , sedap nih.






Monday, October 25, 2010

25 OKTOBER 2010 - hari sejuk mengigil tapi pura pura macho

Seperti biasa ,hari hari normal . bangun pagi! ,gosok gigi .  berharap dapat tido balik , bersarapan! ehhh! ...aku tak sarapan . . .  minum air sejuk je! sampai sendawa. . 

sampai sekolah duduk , termenung sambil  di foyer kire semut di lantai , sampai pengawas announced beratur di tapak perhimpunan...

BERATUR! , pegi ke dewan. . .  perhimpunan rasmi ari nih......bla , bla , bla .. . .  pengetua berucap! satu pun tak masuk mata dah berat , fikir bantal , selimut , dengan angin  sejuk urghhhh! ngantok aku tadi.


" guru bertugas minggu ini di minta menguruskan pelajar masuk kelas " macam tu lah lebih kurang kata pengawas bertugas , aku pun tak ingat sangat dah pening! . . . 

masuk kelas , First period teacher , MATH subject , I loikeeeeee! (HATE) . .  mintak tunjukkan  keje sekolah yang di beri minggu lepas hari khamis , then aku bersungguh sungguh la cakap " owh , saya da siaaaappp" , cikgu cakap. " mana dia? " . . .  aku pun bukak zip bag aku yang oren menyala bagai warna tali  leher sekolah tuh , selongkar selongkar , punya selongkar! SHITTT! takde pulak , aduh! macam mana . . . . " cikgu , saya dah siap cikgu. . .  tapi takde pulak dalam bag saya. . . cikgu " * sambil buat muke sedeh. . . . 

" ahhh , kamu ingat saya percaya? dah -dah ikut saya pergi bilik disiplin , siap kan kerja kamu disitu "

aduh , cikgu nih tak percaya ke cakap aku? muka aku punya putih lagi suci pun , tak percaya! haih! , ramai jugak budak kelas aku yang tak siap kerja tapi buat- buat siap kerja , sume muke serius shitt! jer , cehhh!
tapi takper , bukan selalu dapat pegi bilik disiplin , 

follow teacher pegi bilik disiplin , tapi bile sampai bilik disiplin kunci!! , cikgu on mengajar , aku dah seronok! yaayyyy! balik kelas mungkin? hati ku bermonolog dalaman! , tetapi tidak , sebalik nya... beliau berkata  "baik , ikut saya ke bilik guru , kamu buat kerja kat situ. . . " kata teacher math

perghhh! kat bilik guru pulak , dah lah orang lalu lalang , traffic jam kat situ! tapi takpe , bilik guru sejuk. . . .
Sampai je kat bilik guru aku pun nak masuk lah , baru je nak masuk " ehhhh , awak nak pergi mane? , sini- sini " sambil teacher tunjuk lantai yang bersih baru di sapu cleaner sekolah . . ." kenape dengan lantai cikgu? bersih jer "  balas aku . . . " buat homework math kamu sammmmmmpai siap kat lantai nih , dah siap baru masuk kelas , tak siap jangan masuk " tegas die cakap macam marah pun ye , macam bengang pun ye! . . 

" ouhhhhhh, ouhhkayyyy ,teacher " balas aku , tak kan nak balas lebih lebih kang kene sepak. huh! sabar je lah . hari terbaik dalam minggu inih.

dah siap - siap keje , masuk kelas. habis cerita!

GEOGRAFI! cikgu tak datang , ada keje tulis kat testpad , malas nak pikir , tiru jawapan belakang , soalan 
2 jam setengah , aku habiskan 10 minit , tanpa ragu ragu. Habis 'kerja' . . . aku merehat kan mata. . .  peluk bag , perghhh! syurga dunia!. . . tak ingat ape yang terjadi.

KRINGGGGGGGGG!!! loceng rehat , huih! bagus , bangun tido perut lapa , dah berkeroncong perut ana nih , bukan keroncong untuk ana! . . .  pegi canteen! orang takda , haih! pelik tengok jam kawan , hak elah! baru pkol 10 suku , patut lah. takper , teruskan juga , perut punya pasal , kene tahan pengawas tak kisah , kalau kene tahan cikgu .habis. nekad -nekad! aku nih. haha

abih rehat , saja lambat lambat masuk kelas. . .  haha ! 

BAHASA MELAYU period , bincang soalan kertas 1 ramalam sekolah berasrama penuh & kluster. . . 
terbaik! aku ngantok lagi. . .  ape masalah aku nih! bodoh betul!. . . .  

next period , PERDAGANGAN! cikgu tak datang jugak , haih! musykil - musykil! mogok ke hape? tapi takper. . .  belajar sendiri , aku buat homework sejarah sikit -sikit. . . . di sulami dengan berborak bersama nik danial  dan zulfikri. . .  ape yang diorang borak tah ? aku jadi tukang gelak. bosan agaknya.

KRINGGGGGGGG! sekali lagi loceng berbunyi. . .  BALIK! perghhh! katil , katil , katil , bantal , bantal , bantal , selimut , selimut. . . . . 

ehhhhh! lupe nak study group ngan nik , yana.....! group lah sangat!
belajar sejarah , form 4 and form 5 , dah siap form 4 , nik 'pinjam ' pulak  katanya. . .  tak tau lah dia buat ape? die rujuk ke , hape ke? entah lah *din think positive. haha , jangan pikir buruk yaa dengan orang lain especially. . . 

dari serius bangang belajar ,gelak gelak sambil tulis ,  then tergelak gelak sambil tulis sikit sikit demi sedikit  , bertubi tubi gelak , then langsung tak tulis sepatah apa pun kat lembaran kertas sejarah form 5 tadi. terus di gantikan dengan gelak jerr. Yana gelak sakan , aku tergelak  tengok dier gelak , dan semua tergelak. ceeeeeesssss!~

abes study kira kira pukul 2 lebih , maybe? tak pakai jam , main agak agak. . . 
sume chow , yana dan kawan kawan nya , aku dan nik , dan budak budak lain. . . . 

hujan pulak turun agak lebat , dan tajam! sakit mata aku masuk air hujan. . ..   cesssssss!
tunggu ujan reda sikit , baru balik . . .  . . bapak nik pun tak sampai lagi , teman die jap , kang nangis pulak.

few minute later , bapak dia sampai , nik cakap jom lah naik sekali , bapak die hantar. okay set. aku pun sah kejang kaki berdiri lame sangat.


sampai rumah . mandi. online jap ( sempat online , masyaAllah) , makan , baring.. . . baru jer baring
 TIBA _TIBA........?


* hp aku  berBUNYI lagu - bruno mars - just the way u are ,haha *

" din , aku nak datang umah kau nih , umah aku aku takde lektrik , tah apesal. . . . boleh tak? "
ammar call. . . 

" datang lah mar , copek sikit " aku jawab.

datang lah ammar ke rumah aku , then terus masuk bilik aku. aku bukak pc untuk dier , aku pun baring.NAWAITU memang nak tido. letih beb.


ammar pun online facebook dia , comment -comment gelak sorang-sorang. . . aku dengar , sebab belum terlelap lagi ." din tengok nih , din tgok tuh . . . " .... ehhh si ammar  nih tak nampak aku nak tido, cesssssssss!

"haaa , haaa ,... ape diaa?? " aku tanye..
malaeh nak bangun , sambil baring aku suruh die tunjuk ape dia. . . 

bende hampeh, takde ape pun . bazir masa. mata kelat  ,dah cerah tak boleh tidor dah . cesssssss!

" dah ,mar bak sini aku online jap , kau pegi baring! " aku halau ammar dari berada di depan pc , turn aku pulak . . . . 


die pun baring -barin sambil mesej sapa tah . aku pun balas comment peminat(cehhh , peminat) ... senyum sendiri , gelak sendiri. " ammar tengok nih mar , awek lawaaaaa"

"ammar..." 

"mar.....? "

tak menyahut? pengsan apo?

perghh! cilakak,  die dah  berdengkur kat katil aku pulak , haha! macam macam punya hal. " aku tak tido petang lah , din  , apa barang tidur petang? " terngiang ngiang ammar cakap kat aku sebelum nih. haha

cerita tak sarupa bikin. ammar - ammar *geleng kepala.haha

aku pun terus online , bukak lagu techno/pop dance kat you tube kuat kuat . . . tapi beruang nih! tak sedar sedar , takde respond! . . .  tidur mati! nampak nya......

biarkan. letih sangat nampak nya.


tepat pukol 5:55 pm aku kejut ammar , " woih , bangun ... jom pegi padang kate nak main basketball"

" ermmmmmm, haaaa haaa" ammar jawab ? apo tuh? haha , aku pun tak tau. haha


bapak die call pulak , cepat die angkat! haha . . . bapak die tanye pasal spanar ke hape tah! haha

lepas dah siap , ape aptut pegi lah padang , dalam pukul 6 kot , camtuh
sampai padang tunggu lah orang datang . hujan masih turun , renyai -renyai . tapi macam nak berhenti ,MACAM je. . . 

tunggu punya tunggu ... pukol 6:30 baru sampai. dorang ,dorang ,dorang suma. . . 

lambat seminit je lagi  , aku dah ajak ammar balik. so , main main main.... pukul tujuh balik , dalam perjalanan balik dah azan. hujan still turun renyai renyai. ammar anta aku balik . Mandi, makan , solat , online . . .  blogging! Now depan pc taip artikel nih , yang korang bace nih. . . . haaaaa yang inih! laaah.

haha, tu je lah yang berlaku arinih. sekian terima kasih! chow . salam



*KENAPA SEKOLAH MENENGAH BANDAR RINCHING TAKDE "GRADUATION DAY " ???bodoh2








Sunday, October 24, 2010

Bertudung tapi Bertelanjang



Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur Yang mana tegang
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat
Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat
Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?
Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang ‘gitu-gitu’
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu
Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung
Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana
Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa
Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula
Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak ‘bernyawa’
Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat
Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah
Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya
Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah
Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa ‘kelas’
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas
Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

*source syahirul.com