Tuesday, November 30, 2010

FIFTH DAY SPM-

Assalamualaikkum dan salam sejahtera.

Arinih aku exam paper Pendidikan Agama Islam . 1 & 2
alhamduliah senang , banyak gak yang aku bace masuk , tapi actually agama islam nih , paper die nih tanye/ soal bende yang memang kita dah tahu. misal nya perkahwinan , korban , sirah nabi. tapi lebih mendalam lagi lah.

so ,kalau  ade soalan yang macam trick sikit , aku  letak ah jawapan yang munasabah dan sesuai. so agama antara sucject aku target A. . . 

insyaAllah.

so nak aku pendek kan ape yang berlaku hari nih ,ialah

hari ni hari jadi kawan aku , apek A.K.A zulhilmi lee

Zulhilmi Lee
*gamba FB , haha

haha  selamat hari jadi kawan , semoga berjaya dalam kehidupan.
jadi orang yang berguna.. jangan hampakan harapan mak bapak.


arinih beliau sudah kene tepung di padang permainan. macam cekodok dah rupa beliau. haha

okay , alang alang . aku nak ucapkan  semoga berjaya juga kepada rakan rakan aku yang amik paper ADDMATH esok

pikir logic je. haha , gurau gurau.. . . 

buat yang terbaik , aku percaya korang boleh buat yang terbaik


okay chow , salam.


** cuti sementara tunggu paper Perdagangan. 

Monday, November 29, 2010

FOURTH DAY SPM!

Arinih paper MATHEMATICS 1 & 2

okay tarik nafas . . .

MACAM BAHABIII 

susah eyh, haha.
memang dah aku sematkan dalam jantung aku nih aku kurang senang dengan math nih. haha

okay ,overall paper satu takde hal , objective , ape ade hal?

lorek2 , hitam kan je jawapan. haha.

okay paper 2 pun takde hal , semua ku jawab. cume satu soalan je aku tinggal sebab aku memang tak tau , pasal earth as a sphere lebih kurang camtuh ah.

bukan saja saja tinggal tapi soalan pilihan  , lebih baik aku jawab pasal graph lagi senang , 
lukis graph dah dapat markah. cool~ haha

so , math dah settle tinggal science dan beberape killer subject lagi.

yang lain dah tak risau sangat dah , suma dah lepas.
so aku dah buat yang terbaik untuk math berserah sahaja sekarang , tapi harap harap lah kredit dapat aku masuk U ke sambung belajar lagi.

dapat tackle awek. HAHA.



haaa , satu lagi. akhir akhir nih traffic blog menunjukkan peningkatan . 

sape lah yang baca blog aku yang hodoh nih? haha

biarkan.

okay , chow.salam


Thursday, November 25, 2010

SECOND & THIRD DAY SPM!

ENGLISH PAPER!

1 & 2

is going vey well ,  and running smoothly!
the summary , the novel and the essay  is easy to answer.
like eat the nuts. HAHA

agak kejang lidah aku cakap inggeris nih. haha

okay , ape aku nak cakap , BI memang berjalan lancar. 
setimpal dengan usaha aku study . . . 

LAST MINUTE.

haha.

paper TASAWWUR di petang nye pun agak senang.
senyum abang menjawab!. . . 

balik rumah dalam pukul 3 setengah petang

jumpa bantal dan tidor

okay second day spm  memang  hari aku menjawab exam dengan baik.tanpa masalah

__________________________________________________________________

THIRD/ 3  DAY SPM 

hari ketiga spm , tiga kertas perlu di jawab .

agaj berdebar hari nih. SEJARAH 1, SEJARAH 2   dan TASAWWUR 2

first paper pagi , SEJARAH  kertas 1 , agak senang sebab objektif  , bole tembak main suka nak. haha
tapi takde lah aku tembak , aku jawab dengan penuh logik , sebab aku dah bace SIKIT sejarah nih. 

mase di peruntukkan sejam , tapi aku setengah jam dah siap.
main lorek lorek kertas jawapan. tinggal lagi 15 minit.

lukis lukis jap. MASA TAMAT . keluar

pegi kantin . Dengan rakan seperjuangan.

MAKAN .sekadar mengalas perut

pukul 10 pagi start  exam balik

SEJARAH kertas 2 , 

agak terkejut , bende yang di ramal , bende yang di spot spot kepale hotspot die , tak kuar , lain yang keluar . HAHA.

puas bace sampai nak terguling  pasal tamadun tamadun , gerakan islah , dan lain lain lagi yang di bace tak masuk pulak.

ramai kecewa bhai ,  semua tuh boleh di lahat dari riak muka mereka menjawab soalan.
aku pun macam tuh.

tapi takpa , yang dah lepas , kita biarkan.

" ambil yang keruh , buang yang jernih "
AHAHA.

okay , aku buat lawak LAGI.


seterusnya , paper TASAWWUR 2 .

semua berkobar kobar nak jawab , kertas satu  agak senang , begitu lah anggapa kami pada kertas 2.

TAPI. . . 

nampak nya sangkaan kami meleset belaka.

soalan nya agak mencabar , dan berbelit belit seperti bahasa tamil , walau pun itu kertas tasawwur islam.
ade senyum jawab , ade yang . . . . errrrk! entah lah ekspresi muke diorang tak dapat aku gambarkan. 



dah lah mase jawab tuh , hujan turun renyai renyai renyai renyai! 



*  pergghh! tingkap ade cermin seyh , kat rinching tingkap ade , bingkai ade , cermin je takde haha

seronok je aku tengok burun burung tuh mandi hujan kat bumbung bangunan sekolah . . 

Khayal sekejap.

suasana sejuk nih membuatkan aku. .. . . . errr!


. . . .membuatkan perasaan aku terbuai dan rasa nak tidur , kertas tak habis jawab lagi.
aku pujuk hati aku ,  selesaikan yang penting dahulu
lepas dah dalam sejam setengah jawab soalan.
aku pun siap. ade baki mase sejam lagi.

MASA yang berfaedah ini aku guna untuk merehatkan minda aku

TIDUR buruk sangat bunyi nya. ahaaha

dalam pukul 4 baru sedar , ade baki lagi 30 minit.
aku tersedar pun sebab bunyi loceng yang agak kuat kat tingkat satu sekolah menengah bandar rinching nih.
terkejut aku. haha


dalam aku rehat kan mata tuh , bantai aku mimpi lagu korea pulak, tah ape pahal.

mungkin sebab , baru baru nih aku bace krisis korea selatan dengan korea utara kot. diorang tengah bergolak sekarang nih.

boleh jadi? tah lah. okay.....

. . . ..bagi aku , tasawwur insyaAllah boleh score A.

tapi sejarah. 

taktau aku, tawakal je lah

aku dah buat sehabis baik yang aku boleh.


Okay itu je aku nak cite. badan pun agak letih , tidur lambat , bangun awal. makan banyak.bersukan lak petang.

" memang gaya hidup sihat betul "


okay , Salam , Chow.

** dua tiga hari nih boleh lah gua rest sekaligus membuat latihan math yang aku agak malu dalam menjawabnya.













Tuesday, November 23, 2010

FIRST DAY SPM!

aku set jam pukul 4.30 pagi bhai.

jam berdering aku tutup .

TIDUR balik

6 pagi mak aku kejut bangun . amacam best tak?

HAHAHA!

okay , aku bangun pukul 6 tuh , aku online dulu! taik mate melekat kat mate 

pape pon aku mesti online dulu .

okay , baru aku nak  online . aku tutup. line sucks!

HAHA!

seronok bhai.


aku sempat update status je , pastu error .

okay , BM paper  agak senang , insyaAllah A+ 

AMINN!

tak nak lah confident sangat. nanti jadi lain. 

okay lah , nak study BI dengan TASAWWUR.

search kat internet TASAWWUR kuar physics bhai , google dah biol. haha

okay -okay , aku pegi sekarang . salam . chow

**ari nih nafsu makan aku lain macam lah , stress kot. HAHA


Sunday, November 21, 2010

MAINAN TIDUR

Tidur petang tak bagus bhai.

aku tidur tadi sampai termimipi dahsyat , aku mimpi lalat kejar aku , lalat nak makan aku
lalat tuh dah lah besar kucing. masyaAllah. cuak aku kene kejar dengan lalat .

oleh itu jangan tidur waktu petang ye. lagi pun tak baik untuk otak.
nabi pun tak galakkan umat nya tidur di waktu petang.

aku pun nak SPM dah , so got to go , study,


okay chow , salam 

**baru download lagu hujan - inspektor remos. macam cool jer! haha
The most unfair thing about life is the way it ends. I mean, life is tough. It takes up a lot of your time. And then you die. What's that? A bonus? 
I think the life-cycle is all backwards. You should die first and get it all over with. Then you live in an old age home. You get kicked out when you're too young. You get a gold watch. You go to work. You work forty years until you're young enough to enjoy your retirement. You do drugs, alcohol and party. 
You get ready for high school. You go to grade school and become a kid. 

You play. 

You have no responsibilities. You become a little baby & go back into the womb. 
You spend your last nine months floating... Then, you finish off as an orgasm. I like it.
- Andy Rooney      

Saturday, November 20, 2010

Ringgit ke Syorgga.

Kepala hotak hang!
Yang


Kepala hotak hang!
Yang bodoh tulah kau tatang.
Yang celaka tulah kau julang
Kau canang-canang.
Gampang!

Yang bernas, yang cerdas 
Semua kau buang.
Bila tak bernafas, baru nak kenang 
Yang kau puja itu hanyalah 
Kuasa dan matawang.

Kumpul lah, kumpul.
Kumpul kebodohan sampai keliling pinggang. 
Satu hari nanti, bila dia datang
Dia akan tuntut segala hutang piutang

Dan liang lahad mu 
takkan di timbus dengan 
harta yang menjulang


     SOURCE :    Si fakap

Friday, November 19, 2010

ANGKARA KECIL

Beb , aku tak tidur  sebab aku fikir masalah remeh

Beb , aku tak tidur sebab kau fikir benda kecil 

Beb , aku tak tidur sebab fikir pasal kau!


aku doakan aku tenang , aku doakan aku berjaya

________________________________________________________________________________

Hari ini, gua tenung cermin, lama-lama. Tengok apa yang tak kena. . . 

Gua tenung , gua lihat , tiada apa rasa nya?

bila dah tak pandang baru terfikir.

muka gua tua bhai,

tua atau matang? 

haha , abaikan.


tapi beb , kalau boleh aku nak jadi pelakon. 

" Kalau tidak punyai mimpi dan harapan, orang-orang macam kita ini akan mati, Din " 

agak terkedu dan terkejut mendengar. 

tapi aku  akan terus kan bermimpi. haha

*tersenyum lebar




EDI DUL ADHA DAY! _ best ever!

Yeahhh! abang Din kembali lagi 

begitu juga HARI RAYA KORBAN!. . . 

So , Selamat Hari Raya Aidi Adha kepada semua. . . 

okay nak di cerita kan ape berlaku hari raya korban , perghhh! letih aku bhai , tapi aku cerita gak lah kat blog nih . . 

Hari raya korban , aku tidur lagi sikit je nak terlajak pegi solat sunat aidil adha , nasib baik rase nak terkencing , tuh yang tersedar dari tidur. haha!

okay , selepas solat semua , aku balik umah cepat cepat , tukar baju , semua pakai selipar , amik pisau. . .
terus pergi ke surau balik . 

Haaa! lupe nak cakap , Surau seksyen 5 , ade 5 ekor lembu , sekor beruang , ehhh! sekor kambing. . . 
tu je. . . 

Senanyer tugas aku bukan melapah lembu atau memotong nya , tugas aku kat dapor masak sup dagin dan sup tulang biasa lah , abang kan chef! haha


okay ,di pendekkan cerita , pukul 12 dah boleh amik daging , daging dah mula di agih agih kan. . . . 
dan mase tu gak hujan turun . . . 

" hujan rahmat nih , Alhamdulilah"

pakcik tu cakap , tapi bagus lah dah habis kerja baru hujan , boleh gak hujan nih bersih kan darah darah lembu yang tepercik . . . 

betul tak??


okay dalam pukul 3 lebih baru aku tengok sume dah start kemas kemas , actually , sepatut nye kemas awal pun boleh , tapi sup daging yang aku buat tuh seperiuk besar . . . ramai nak makan . . .  so kene orang habis makan baru boleh kemas!. . 

tapi aku dah tak tahan. . .  aku terus chow. sakit pinggang bhai , . . 

balik baring kat lantai , pukul 5 setengah baru sedar. . Tak ulangkaji bhai , tak sempat aku nak ulangkaji!

okay second day , Sambutan Hari Raya Haji kat sekolah pulak

aku datang awal seperti biasa , aku bawak pisau mak aku , ye lah nak potong ape ape nanti!. . . 

sesudah nya sampai kat sekolah , aku tengok lembu ade dua ekor . .  okay lah tuh! bukan ramai sangat pun yang datang. 

Okay setelah lembu di sembelih ustadz Amri , budak budak pun start melapah nya , ade lah dua tiga orang parents dan suami cikgu cikgu potong sekali. . . 

aku dengan cikgu On men -Settle kan kepale lembu. .  . . 
pisau aku bawak amat malu , satu urat lembu  pun dia tak potong , 
tumpul gila , ye ye je mak aku pesan , 


 " hati hati pegang pisau nih nanti kene tangan luke . . .  pisau nih tajam.. "

HAHA.

okay , lepas dah lapah kepale lembu , aku pegi dapur dengan kawan aku Hafiq ,
kami kene menyediakan Sup Daging ,Sup Tulang SEKALI LAGI , kat sekolah. . .

maklumlah abang kan chef , haha. Senanyer aku tau lah setakat nak masak sup , kari daging nih , aku kan part time catering. . .  so ilmu masak memasak ade sikit sikit lekat kat aku nih. haha

ingat kami je yang memasak , tapi tengok tengok , sesak lak kat dapur dengan cikgu cikgu pagi , cikgu cikgu petang!. . .  segan lak aku. haha

tapi aku terus kan misi , kami kene masuk sup nih sebelum pukul, err sebelum  pukul . . ..  tak ingat lak aku! sebelum budak balik sekolah lah senang cerita!.  . 

okay , nak rebus tulang lembu agak lame  , memakan masa , so aku masukkan dulu , tulang tulang tuh semua , dalam periuk besar , gas aku bukak yang paling besar , bagi copek sikit masak.

okay , dalam tunggu sup masak , daging empuk sikit , aku merayau lah carik gang jap. .  Hafiq aku biar kat dapur . 

carik carik punya carik kawan , perghh! kat canteen ade seperiuk meehoon goreng tomyam! sape lak yang baik hati masak tah . haha aku pun balun , perut lak dah bunyi lagu Bad Romance mase tuh , ye lah kuar rumah pagi pagi tak sempat nak sarapan.

okay ,kembali ke dapur , hafiq tengah potong bawang. . .  aku pun potong sekali!. . 

ramai cikgu cikgu tegur aku ? pandai ke masak? pandai ke potong bawang??
pandai ke tu? pandai ke nih?

hek leh , die ingat aku ape? walaupun muke bengis , dalam hati ade taman tau! , 
HAHA.

tapi takpe , orang malaysia memang sceptical , kalau budak je tak pandai masak , kalau bawak motor je rempit , kalau pakai songkok je baik.

PERLU DI UBAH ITU SEMUA.

okay , antara cikgu yang terkejut tengok aku kat dapur memasak , ialah Cikgu Jasemah , Cikgu Hamimah. .  dan banyak lagi. . . siap cakap

" Kamu nih dah nak habes sekolah , baru lah nak cakap yang kamu tahu masak , kalau awal awal taun cakap cikgu tak yah lah penat penat masak , boleh panggil kamu je "

HAHA , cissss , ape boleh buat cikgu , cikgu pun tak tanyer.

aku buat cili hitam untuk sup , aku buat pedas kaw kaw punya biar terberak , HAHA


okay dah masak , dah boleh makan , mase untuk memakan nya pulak , ramai cikgu bungkus bawak balik sup. haha

tak kisah lah , memang untuk makan pun.

pendekkan cerita , dah kemas kemas  , bsuh semua. . . 

ustadz bagi dagin sikit , aku tak harap pun ye lah aku nak menolong je , tapi orang dah bagi . . . rezeki jangan di tolak. hehe

" awak tak bungkus sup ke? din? hafiq? tak mahu sup? " cikgu hamimah tanye

aku dengan hafiq geleng bayak kali bhai , jemu pulak makan sup je . haha

okay lepas dah kemas , aku lepak dengan gang , kat foyer jap . dalam  pukul 1 setengah baru aku balik.

Ade lah insiden kecil berlaku tapi takpe , nanti settle lah .. . 

dah balik rumah semua , dah mandi . . . aku barin tengok tv , nak tau apa terjadi?


Aku tertinggal pisau mak aku . HAHA

bising mak aku bhai. 

tengok lah macam mane nak amik balik pisau aku yang tertinggal kat canteen. haha!

haih, lusa dah SPM ,doakan aku tenang dan berjaye. 

ok , salam , chow. . . 

** Dua , Tiga hari nih hujan je , jangan demam sudah . . .  aku nak SPM bhai.

Tuesday, November 16, 2010

RASA INSAF YANG KURANG , MUNGKIN ?

Today , memang gerek habis!

Susun kerusi dan meja untuk SPM nanti , Tampal slip SPM kat meja , 
haaa! nih angka giliran aku ,

BD137A126

kot? entah lah , betul lah kot , aku bukan amik tau sangat pun. Haha.

okay okay , habis susun meja , aku snap snap gambar orang , orang menyapu lah , orang angkat meja!
apesal tah macam excited sangat je aku nih , haha

ohhyaaa! cikgu cakap kat aku , SPM lagi sebulan , sempat lagi nak ulangkaji!. . . 
tak percaye??? lantak korang lah . . . betul lah , aku pernah ke menipu?

okay , SUMPAAHHHHH!!!
aku tipu . . .  hek hek!

haha. (selalu lak aku menipu)

after that , selepas dah kemas , susun meja &kerusi , dalam pukul 10 camtuh , semua form 5 di arahkan pergi ke dewan! . . 

untuk program seterusnya. . . .

  'MAJLIS RESTU ILMU'

kebetulan , majlis nih di buat sekaligus dengan ,pengambilan slip keputusan trial SPM

so aku cakap kat parents aku tak perlu lah datang , MATH aku failed! , penat je datang!.  . 
math aku failed sebab aku tak jawab ehh , ade alasan.

so aku , keseorangan lah tadi (keseorangan lah sangat) haha , aku pinjam mak bapak orang lain nak mintak restu . . . .  haha!

haha , ini paling seronok bagi aku , mase mohon restu , pelajar perempuan di minta naik dulu kat pentas untuk bersalam salaman  dengan guru guru , ibubapa , dan aku pulak snap  gambar diorang , mase

MENANGISS!! 

best tak? haha

even turn budak lelaki bersalaman , aku yang paling bersemangat sekali , aku barisan depan sekali!. . 
pegang camera , sambil bersalaman ,haha! saje aku buat gap antara kawan aku dengan aku sebab itu akan memberikan masa aku nak snap gamba diorang!. . . .

aku dapat bergambar dengan banyak cikgu dan parent parent sape tah! 
aku tak ingat  , janji bergambar , HAHA

yang pelik yng wanita menangis , yang lelaki pun ae yang menangis , tapi aku pulak langsung tak nangis! 

hahaha , takde kesedaran diri ke aku nih???

aku  ,zul , dan nik 
macam dah habis SPM gaya nya? haha , tah lah mungkin SPM bukan cabarn buat kami!. . . 

okay letih pulak menaip , HAHA!

semua yang berlaku di atas akan aku ingat bhaii! , kenangan tetap kenangan . lepas nih dah  tak lepak kat sekolah nih , lepas nih dah tak dapat kacau cikgu , lepas nih dah tak bole nak suke suke datang sekolah , kang orang cakap tak siuman lak , HAHA

Semua akan jadi kenangan , Sekali lagi aku rase macam semalam je baru bukak sekolah , macam semalam je baru masuk FORM 1 , tapi beberapa hari je lagi aku dah nak SPM , mase berputar ligat. . .  

okay , AKU 17 TAHUN dan aku rase aku dah hidup lame. haha


actually aku tak sodio sangat SPM nih , tapi ape boleh buat , face it! baru lega kan? haha

^
^
^
dah lah , lagi nak SPM lagi nak merepek , cukup sampai di sini celoteh saya hari nih . . . 

TQ , SALAM ,CHOW

** dengar lagu linkin park , release tension bhai! , aku download satu album pulak .. .  haha



Monday, November 15, 2010

MONDAY ' 15 NOVEMBER 2010

Macam biasa , pergi sekolah , lagi lagi beberapa hari sahaja nak SPM!
takkan nak ponteng pulak? haha. . . 

Kat sekolah banyak cikgu tak datang , ade yang mesyuarat , dan macam macam lagi.
 So kami buat kerja masing masing , buat kerja  "SENDIRI" haha , 
aku tidur , baring , borak , tidur ,baring

YEAHH !

kerja sendiri lah sangat ,

HAHA!!!

okay , after that  . . .  aku stay di sekolah. .  . belajar sejarah bersama sama rakan yang lain!
aku belajar sejarah , well! sejarah is very easy! haha , tu paal aku A+ , hehe

tapi yang tak boleh blah , environment library yang agak paneh! , bantai air - cond rosak!
memang becak ketiak abang. 

tapi nak buat camane , pembelajaran mesti di teruskan! ,

YEAHHH! 

balik rumah , mandi mandi makan , online jap , maktih aku datang pulak!

YEAHHH!

baru aku nak tido beb , kang aku tido maktih aku cakap ape pulak , orang datang kau tidur , macam tak suke maktih datang je? 

Tapi mata aku lebih layu dari  pokok yang tak  di siram , aku perlu tidur jugak , dah tak peduli maktih aku nak cakap ape pun. . . .

haha 

aku dari tadi  ter -YEAAHHH YEAAHH!  ape pasal? ah peduli pulak aku kau nak cakap ape?

HAHA

ehhhh , dengar cerita graduation day , bayaran nya dah bertambah! 

terbaik lah sekolah , aku sayang sekolah aku!. . .  haha

naseb baik taun last! , taun depan dah aku tak jejak lagi kat  

SEMEKAR! nih. . 

okay okay , tulis panjang panjang tak gune! 

Take care , salam .CHOW!

** Raya Aidiladha , gua tak balik kampung! haha. . . ape bole buat?


Sunday, November 14, 2010

TIPICAL DAY

Assalamuallaikkum. . . 
lame dah update. . . rindu tak? *angguk copek , haha

okay aku ringkas ape yang berlaku pada aku beberape hari nih. . . . . 

ANTARANYA. . . 

pegi pasar malam rinching , hujan hujan lebat bersama Yat , Aqmal  dan faiz. . . 
singgah tesco , kuyup kuyup masuk tesco relax jer. HAHA , selsema aku di buat nya

Hari jumaat , senam robik , poco poco . . . it was fun , aku terhibur . . .  nanti dah tak dapat buat semua nih . . 
after that , cikgu suruh lepak jap kat dewan, main cerita cerita pengalaman hidup die , hahaha
pasal borang/cara masuk ke IPTA  , beli kad ID , RM 10.60 . tuh je rase nye. . . 

balik sekolah mandi mandi , kene cepat sebab sekarang zohor dah cepat masuk waktu nya.

oh yaaa! sedikit yang aku dapat dari khutbah jumaat . . . 

" BAIK SOLAT NYA ,MAKA TERGOLONG LAH DIA DALAM GOLONGAN YANG BERJAYA , ROSAK SOLAT NYA , MAKA TERGOLONG LAH DIA DALAM GOLONGAN YANG KECEWA DAN RUGI "

nak menunjukkan betapa pentingnya solat tuh , first amalan yang akan di timbang  ialah SOLAT

malam karaoke di rumah maktih aku kat seksyes/fasa 2 , nyanyi tengah tengah malam , relase tension jap lepas dah study gila padu seharian itu!

Sampai nenek aku datang pun aku tak perasan. haha


SABTU , bangun awal tapi tak ke sekolah , online seketika dalam pukul 6 pagi , sampai puku 6 setengah kot? entah lah. . . . MANDI , tengok tv . . .  channel 710(FOX TV) . kencing selang 15 minit , sejuk sangat sambung balik tengok tv. . .   solat Zohor kat surau !! , balik solat  , sambung aktiviti menonton tv lagi. . . 


" kau ni kenpae? terbaring  macam orang patah pinggang. . " 

ah tuh lah yang aku dengar dari mak aku , haha

aku malas nak membalas , aku tengah focus tengok cerita criminal minds. . .

camen pembunuh tuh boleh membunuh orang walaupun die buta?Haaaa!
tu lah  sebab nya aku focus.

FOCUS ITU PENTING YEE ANAK ANAK!

tapi focus dalam pelajaran lagi penting.habiskan di sini


AHAD

Tak plan nak buat ape ape , maybe tonton tv lagi. . . . REVISON sikit , REVISION MATH!
haha , aku pegang buku math tak sampai 5 minit dan aku dah give up bai...

tapi kalau sejarah 5 - 6 jam aku tak kisah subject . MATH  nih menakutkan. lah bagi aku. . . 

tak dapat ku bayang kan budak budak yang amik  addmath lain! haha

Haaaa! thankyou kepada YANA jugak , sebab tolong printkan spot  sejarah  , esok aku hamik kat kau. . .  kau tak yah carik aku...HAHA

aku nye email tak dapat bukak , tah ape hal. . .  nasib ade kau. haha

minggu depan antara minggu last berjumpa & berseronok seronok. . .  lepas tuh dah straight focus SPM , lepas SPM dah cuti. . .  ouh! mase sungguh cepat berlalu. . .  bila lah nak jumpa lagi kawan kawan

aku baru 17 tahun dan aku rase aku dah tua. . . huh! abaikan lah. . . .

okay rase nye tuh je kot?  bye bye , SALAM ,CHOW

*ingat nak beli webcam  atau keluar handset baru. . . tengok lah mane dulu keluar




Sunday, November 7, 2010

SAYA SEDAR . . .

Saya sedar...Siapa Saya....
Saya tau saya tak kaya macam orang lain. .dan tak mampu nak berikan awak kemewahan. .
Tapi saya akan cuba bahagiakan awak dengan kasih sayang...

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya tau saya tak hensem/ cantik seperti mamat-mamat / minah-minah yang awak minat,  tak stylo macam dorang.  Tapi untuk pengetahuan awak,  kecantikan bukan segalanya.  Yang penting hati nie.

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya belajar tak tinggi macam awak yang ade MASTER..Kerja tak sehebat awak..Tapi ada awak tau kenapa saya tak dapat nak belajar tinggi-tinggi?

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya tak lah se'romantik' seperti orang-orang lain..Saya tak geti..Setiap orang kan ada cara istimenya nya?

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya takde transport yang boleh halang awak dari kena hujan..  Ada yang untuk mencelah bila jem saje.. Awak mesti tau nape saya tak beli kereta kan?

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya selalu tak dapat berada di sisi awak ketika awak susah.. Bukan tak nak bersama susah dan senang..  Tapi kadang-kadang keadaan tu memaksa saya jadi macam tu..

Saya sedar...Siapa Saya...
Siapa saya untuk halang  awak dari buat itu dan ini, baik dan buruk.. Takot kang kate ngongkong.  Tapi awak sedar tak nape saya halang awak?

Saya sedar...Siapa Saya....
Bukan semua orang sempurna.. Setiap manusia ada keistimewaanya..  Ada kelebihan masing-masing,  cuma perlukan masa untuk tunjuk..  Setiap orang tu ada kesusahan dan ada kesenangannya,  ada masa kita akan selalu senang dan ada masa kita akan selalu rasa susah..  Sebab Allah selalu menguji kita..  Rezeki masing-masing di tentukan olehNya..  Yang penting bersyukur dengan apa yang ada..

Pendek plak entry aku kali nie...
p/s : sekarang semua orang nak perfect ye? kata susah dan senang selalu bersama..tapi kadang-kadang macam susah tuh sorang2 jek..

" FRIENDSHIP IS PRICELESS "


NASIHAT EXPIRED

JUST BE YOURSELF!!

Nasihat fucking yang aku tak boleh percaye lagi sekarang . . . . .. 

JUST BE YOURSELF!!

Nasihat bodoh yang aku tak nak dengar lagi sekarang . . . . 


sebab jadi sendiri lah aku jadi macam  sekarang  . . . . 

Kalau orang jadi diri sendiri , die suka makan bawang , depan kawan kawan pergi pizza minta pizza letak bawang banyak -banyak ( NIH JADI DIRI SENDIRI NIH)  depan kawan kawan , sebab nak jadi diri sendiri   , tapi kawan kawan tak suke , sebab bile bercakap mulut berbau  , tapi DIE  CUMA NAK JADI DIRI SENDIRI!   , 

kau faham tak? tak faham takpe. haha. aku peduli ape

KALAU dah suke tengok cerita animasi (cartoon)  , 3D  , sebagai nya , tapi ajak kawan nih pegi wayang dah tau die suka tengok wayang cerita cartoon tapi ajak gak ,  pastuh berdebat pulak nak tengok cerita lain .so , salah sape? die cuma jadi diri sendiri , kang kalau pakse die tengok cerita yang  selain cerita cartoon/animasi , die tertido  . . . membazir je tengok wayang . hahaha


----------------------------------------------------------------------------------------



So , tak semua boleh JADI DIRI SENDIRI bila berjumpa dengan orang lain
tak semua boleh JADI DIRI SENDIRI bile berborak dengan orang lain. . . 

so aku tak boleh jadi diri sendiri lah bile berjumpe dengan orang , 
depan orang lain aku kene jadi robot ,

 BERKELAKUAN BAIK

tak BOLEH KOREK IDONG

CAKAP BERLAPIK

TAK BOLEH MENCARUT

huh , macam fuck!  , kau ingat aku sempurna  lah . . .  haha

kan hipocrite name nye tuh? berpura pura melalakukan yang bukan habits/cara.perangai/sifat kita di depan orang lain? haha. 

fikir fikirkan.


ehhhh , bertukar pulak!!  jangan jadi diri sendiri depan orang lain? faham

haha , sebenarnye tengok situasi lah , kalau situasi meng-IZIN-kan 

kadang kadang kawan kate diorang faham kita , bila kita  JADI DIRI SENDIRI diorang tak suke? 

how's that? hahahahahahaha , ape lah , kenape hidup aku penuh drama? haha.


dah lah , kenapa aku asyik gelak? haha

chow , SALAM .HAHAHAAHAHAHA


* ingat nak update semalam , tapi letih beb .  BALIK dari KUALA KHUBU BHARU 
terus carik bantal . hahahahahahahaha

Thursday, November 4, 2010

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Assalam Mu'alaikum Warahmatullahhi wabarokatuh  
BACALAH DENGAN TELITI!!!

TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 


ALLAHKUAKBAR....




HADIAH!!!!

Hadiah Terbaik yaaa!

Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

5 OKTOBER 2010

Cuti , so boring . . . . 
Ammar call ade keje , so pegi semenyih . . . . .  potong kain langsir!
berape gulung punya kain  , patah pinggang beta!

pasang rail langsir lah , haha! macam pempuan , tapi takpe. . . 

PENGALAMAN!

kang dah kawen tak yah susah susah nak  menyusahkan isteri yang confirm susah menguruskan rumah tangga! haha

selepasa dah potong kain , teman ammar anta ladtop die ke kedai~ , ape maslah taj ladtop die!

lepas tuh pegi padang main basketball! , then balik!

malam sambung balik , potong kain aku berdua  dengan ammar . haha! malam beb! cuak sikit. . .

Ammar siap angkut kopi Cap Hang Tuah dari rumah  , haha
nak masak kat kedai nanti. . . . . 

Tatkala Ammar sebuk ber-mesej aku pon benti kejap potong kain , membancuh kopi tadi. . . 
bancuh dalam 2 peket , tambah air panas. . . .  letak gulu dua sudu dalam jug!

kacau - kacau- kacau! , then rase! . . 

PERGHHHHHHHHH! manis! haha , padahal dalam peket tuh dah ade gula , instant coffee! memang ah! pergi tambah gula buek apo. . .  haha!

aku tambah lagi satu peket , tambah air! settle masalah! haha

sambung potong kain , Ammar potong kain sambil mesej! haha

hebat- hebat! , cipta rekod!

then dah nak balik , kemas kemas barang , kemas gunting , pembaris panjang!  , lipat kain yang dah gunting!
kemasa cawan , haaa! kemas mangkuk , ammar ade bawak laksa penang . . . mane dia amik tah? tapi sedap pulak. haha

dah kemasa kemas , carik bekas gula. . . .  mase buat air tadi ade . . 

" Din , mane bekas gula? yang kau buat air manis tadi?  " tanye ammar. . 

" Mane aku tau doh , aku buat air , aku letak je sebelah jug tuh , tak angkat pun . . . " aku balas

" eh , kau nih . . . sape lak sorok nih? " Ammar berkata

" eh , Babi , jang buat aku cuak doh , kite berdua je . . .  sape lak nak sorok? " aku dah gigil takut, kene aircond! sejuk tapi still cakap. . . 

aku dan Ammar dah saling berpandangan!
sape lak sorok bekas gula nih , ehhh! punye banyak boleh amik , bekas gula gak die nak amik , hp ade tak nak lak die amik , haih

dup , dap , dup , dap takut lak aku . . . . jantung pun berdegup kencang!

aircond lak sejuk , heeeh! takut -takut nih  , rase nak terkencing lak! , mase nih baru nak kencing! , tadi lepas isy' tak nak lak kencing? ngade ngade betul lah , tandas dah lah terperuk kat belakang , adooiii! takut lak aku. . . . kene bukak lampu dulu beb! aduiiii!


takpe- takpe , aku beranikan diri . . .  kang terbarai air kencing atas kain langsir! haha , bau petai lak nanti langsir orang! hahahahaha!

" Dalam dunia mane ade hantu "
ceh, tipu diri sendiri . . . .

tapi memang betul , mane ade hantu , JIN   IBLIS   SYAITAN! ade.


PUKUL 11 : 35 , kitorang still dalam kedai , tengah kemas kemas nak balik , bapak Ammar dah peasn balik sebelum pukul 12 , sebab pukul 12 Kedai mamak kat bawah nak tutup pintu , mamak tuh dah tak bukak 24 jam. . . . haha! bodoh nyer kedai mamak!

ehhhhhh, kes bekas gula? ape cer? haha. 

Bekas tuh , Ammar dah siap siap letak dalam Beg dia tadi. . . . die sendiri lupe yang die dah letak. bengong!

haha , buat cuak aku je!. nasb baek ade dalam beg , tibe tibe bekas gula dalam bilik air , mampus!
sanggup aku lari pegi rinching , tak yah naik keta! haha

pape pun hari rabu memang memenatkan.

haha , chow , salam

* Dompet dah kering ,  tinggal resit resit tesco , dengan duit syiling yang melambak lambak kuar. haha





Tuesday, November 2, 2010

TOPENG - BERTOPENG

Yaaaa! Abang Din kembali . . . . 

penah dengar perkataan bermuka muka ? bertopeng ? talam dua muka ? dan yang same tempat lahir dengannya. . . ?

HIPOKRIT penah dengar?. . .  rasanya mesti penah kan.

sekarang itu yang saya rasa , hipokrit kepada diri sendiri , hipokrit kepada rakan rakan , kepada keluarga.

aku malas lah , aku perhati kan je suasana , persekitaran aku sekarang . . . di cemari busuk hati , ishk! , kawan kawan pun nak buat camnih , semoga kawan kawan aku nih dapat sinar hidayah. . . . aku malas nak tegor  kang cakap busy body , tak tegor makin menjadi jadi. haih! masalah kau , kau  settle lah sendiri. . . . 

ganggu aku nak belajar lah , SPM dah dekat kau orang nih takda kesedaran ke? kang nak menyesal dah terlambat

biar saya jelaskan , hipokrit itu adalah . . . orang yang berpura pura baik  , depan orang. . .  tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka. . . .atau buat-buat  baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka.

atau pun in ENGLISH! a person who pretends to have virtues, moral or religiousbeliefs, principles, etc., that he or she does not actuallypossess, espicially . a person whose actions believe stated beliefs. 

 Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?

tak carik jauh jauh , orang tengah tulis post nih pon hipokrit , buat ape malu mengaku  , aku buka nya perfect pun , tak semua orang perfect.

 Kita selalu rasa menyampah , rase nak sepak sepak je orang yang , hipokrit kat kita…kita gitau orang lain kita mengadu kat orang lain . Cehh! oran tuh je lah jahat , orang tuh je lah , orang tu lah , ini lah . . . . Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan kawan, dan compare diri dengan mengatakan “kalo aku jadi dia aku takkan buat camni camtu” atau " aku lagi bagus lah  " . Kadang-kadang  kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut. . .  riak tak baik!

haih. . . . 

kita pun dah jadi hipokrit camtuh , dalam sedar tak sedar. . . . so! baik diam kan diri. . . 
masalah takde , dosa tak buat.

so jangan bajet bagus , bajet ilmu , bajet mufti sini , mufti sana , ustaz sini , ustaz sana. . .  nasihat orang tengok diri dulu ,   ilmu baru cetek kaki , tappi menegur orang macam dah sampai tinggi bumi , aku pun tak bagus sangat , sekadar mengingatkan.

TAPI. . . . kalau 

kau nampak aku macam bagus ? aku peduli ape  ,  haih! lantak kau lah eyh , aku tak kacau kau pun.

kalau ade masalah perlu ke luahkan? luahkan kat sape? atau perlu ke pendam je? kang pendam pendam melarat lak eyh. . . 

BAGI aku. . . 

luahkan pada saluran yang betul !

kalau  masalah tuh berat sangat jangan pendam. . . 

So , kesimpulannya kawan kawan  , setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat hipokrit! Kadang kadang kita tak sedar kita ter-jadi hipokrit. . . oleh itu. . . . hati hati sikit bila panggil orang lain hipokrit. Cermin diri tu dulu. Tapi kalo nak panggil gak takde sape halang , aku sape nak halang korang kan? haha. Sekadar nak lepas geram lantak la apa ko nak kata. sebab aku pun macam tuh  jugak. Aku panggil orang hipokrit dengan kesedaran aku ni hipokrit jugak  , hahahaha

asal ak boleh lak melalut malam malam nih ? dah -dah aku patut berhenti sekarang. . . . .

chow everybody.Salam.

* GRADUATION DAY di tangguh kan /tukar tarikh? alahai. macam macam.


YEAAAAHHH!!!!!