Saturday, August 27, 2011

Kadang kadang kita membuang masa dengan menunggu kejutan di dalam kehidupan , 
apa kata kita sahaja yang membuat kejutan pada diri sendiri ?

ramadhan 2011 -chapter of my life.

Salam 

Bulan ramadhan aktiviti gua gila pack.
gua menghafal dialog drama , menghafal iklan kat tv.
Kacau nenek kat dapur , kira bantal. fuh! gila pack jadual seharian.

disebab kan dah lebih tiga bulan menetap/bermaustatin dekat sarawak nih , aku kene buat pas lawatan terhad kat imigresen , kene buat buku pas , warna hijau dah macam pasport dah macam orang asing aku nih. Nenek cakap aku ni macam orang indon di tanah sendiri. ye lah mentang mentang aku lahir kat semenanjung , kat Ibu negeri, terasa macam ade isu perkauman je. Untung orang sabah sarawak , keluar masuk dalam negara senang senang , tak payah bawak banyak dokumen.


Tapi semua tuh dah settle , pergi buat dengan pakcik aku dalam bulan puasa ,dengan  peningnya denganselebetnye , sebelah mata aku merah , nak tak nak snap je gambar berukuran pasport tempek dalam Buku pas warna hijau tuh.  kalau nak tengok gambar selebet aku , nanti tengoklah buku tuh.

Okay Serious .
okay , aku sebenarnya malas nak online kerana , aku malas nak on  laptop. malas  nak bergayut di alam maya sebenarnya.
Sebab aku fokus beribadah , baca al quran hadis , novel buku. dengar tazkirah , ceramah , di tarbiah.

sebab aku rasa bulan nih aku nak dekatkan diri dengan Allah , pupuk cinta dalam dalam dengan Rasul.
Berkhalwat dengan al quran. sebab selama nih aku jauh dengan semua tuh , padahal Allah dan berfirman dia tak pernah jauh dengan anak adam.

boleh di katakan ini ramadhan pertama aku ikhlas dan menangis setiap malam.Ramadhan pertama aku mengaji setiap malam , ramadhan pertama terpandangkan dan memikirkan segala keagungan Allah SWT.

Ramadhan kali ini juga aku rajin pergi ke surau , terawih sampai witir , balik hanya selepas imam solat , berselawat dan pulang.

Aku harap aku terus beristiqamah dalam keadaan ini. bukan bulan ramadhan je.
Amin.

lepas aku dah mendalami ilmu agama , aku sedar segala macam perkara , dari hukum hakam agama , peristiwa peritiwa zaman nabi yang boleh di jadikan teladan , pengorbanan rasulullah terhadap umatnya. . 
subhanallah , terlalu banyak , tidak terkira.

satu soalan aku nak tanya korang.

Apa yang korang akan bercakap dengan baginda , andai kata baginda ada di depan mata korang ?

jangan bagitahu aku jawapan dia .

 and lastly.
Berita gembira bagi aku , i got the place in the university , aku boleh sambung belajar . 
Allah memperkenankan doa , aku hampir hampir hampir putus asa , dengan desakan kawan . aku hampir putus asa , 3 kali aku mohon/buat rayuan baru di terima . bersyukur sangat , alhamdulilah.

Allah akan menerima semua doa kita , dan akan menunaikannya cepat atau lambat , dan dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar. jadi jangan la malu berdoa , insyaallah. dengan sape lagi kita nak meminta minta kan ?

so sekarang ,menunggu untuk sambung belajar , harap dapat menuntut ilmu dengan izin Allah . ilmu itu berkat dan bawa manfaat. insyaallah.

thats all , bye salam.

see you again if ada story lagi. :D