Soalan kasi Rambang. Jawapan kasi Sembang

|
Begini , adelah seorang kawan jimbit dari zaman sekolah suruh aku buat , nama beliau adalah 

Beliau ajak aku curik lembu kat sekinchan , aku pulak kat rinching , die ingat jarak antara die dengan aku dekat dekat alam , lagipun malam tuh aku kene jage lembu kat surau kat perumahan aku , upah memang takda tapi habis satu tin biskut lemak bergula milik surau aku lahap kahkah!

Sebenarnya aku ingat Tag  menge-Tag ini hanya berlaku di dunia facebook sahaja , tapi ternyata semua tidak seperti yang aku sangkakan , walaubagaimanapun aku turutkan juga permintaan Zahid (tetapi tidak semua).

Jadi ini adalah  sebelas perkara/sifat/fakta menarik tentang aku , bagi korang mungkin anggap aku *some text missing*. tidak kisah ape yang korang anggap aku nih ,Terima kasih sebab anggap aku begitu.
 (nangis keterharuan)

Jadi kite teruskan . . 

  1. Tarikh lahir aku sebenarnya 27hb Februari 1993 , tetapi aku selalu tipu orang tarikh lahir aku adalah 29hb yakni yang hanaya berlaku pada tahun lompat , kau bayangkan harijadi kau 3mpat tahun sekali. mesti syok kan ? dan kau bayangkan orang kene tipu bile aku cakap tarikh lahir aku 29hb ? lagi syok tengok riak muke dorang seolah seolah simapti dengan nasib aku yang hanya mampu menyabut harijadi 4 tahun sekali ape ape pun anda dah terkena sebenarnya. kahkah!

  2. Dengar segala jenis musik dari irama sedu sedan hinggalah ke irama pecah berdesing berdentum gegendang telinga TETAPI irama k-pop masih tak boleh hadam tak tahu kenape , dan  AWEKawek k-pop memanng comel itu tidak di nafikan. *google pic awek kpop yang come comel buat wallpaper hp*

  3. Peminat tegar warna merah  , hitam dan hijau , kebanyakkan baju aku mesti di kalangan warna warna ini sahaja dan kalau lain itu adalah baju yang di anugerahkan  ibu bapa ,makcik makcik  rakan taulan dan peminat rahsia .
    (aku tak faham nak bagi hadiah orang suka bagi lah yang sesuai dengan citarasa penerima hadiah okay? )

  4. Penagih kafein yang tegar , mampu minum nescafe/kopi satu jug , dua jug dan berjug jug , kalau di belanja pulak ? mampu mengbungkus untuk di bawa pulang . Rezeki jangan di tolak , dah dapat pukul habis. kahkah! . Pecinta tegar coca cola , pegi mampus yahudi punya produk ke tak , bende air ini mendatangkan ketagihan , sama kes macam pembuangan bayi , kalau tak ketagih seks , takde nye bayi bersepah sepah kene buang.
     
  5. Seorang yang comel macam anak bongsu , hakikatnya aku adalah anak sulung yang memikul tanggungjawab sebesar gunung everest di atas bahunya.*facepalm*

  6. Sering di labelkan sebagai perasan/bongkak/bangga diri.berlagak sebab sering mengaku hensem dan pelbagai perkara posotif yang lain di rangkaian laman sosial tapi sebenarnya aku bukan berlagak ke ape , aku sedang memotivasikan diri dan meningkatkan daya keyakinan diri dengan cara memuji diri tampan serta comel pada setiap pagi dan sebelum tidur.

  7. Jarang aku korek hidung di khalayak ramai tanpa rasa tidak bersalah .jarang

  8. Kitaran waktu tidur aku tak pernah nya normal , hal ini berlarutan sejak aku menduduki UPSR dan sejak program di TV hanya akan best bile larut malam , dan sehinggalah sekarang lagi lagi kelebihan internet dah di hujung jari hehe

  9. Bukan orang telefon (baca: phone person ) , pernah hidup tanpa menggunakan telefon  selama beberapa tahun , bulan serta hari tapi tak gila pun. ye aku hebat aku tau tuh

  10. Jarang sarapan walaupun beupaya atau punya kewangan yang kukuh mahupun ada orang yang berdedikasi menyediakan sarapan setiap pagi sebab kalau aku makan jugak sarapan , makanya tandas lah destinasi sterusnya bagi aku . Perut aku susah nak dijangka *facepalm*
  11. Sebenarnya tak cukup 11 perkara je nak list , nak tahu dengan lebih lanjut ikutilah saya di laman twitter *promote



Jadi ini adalah soalan soalan perah otak yang di sediakan Jahid jajman (bukan typo ).


Zaman kanak kanak kegemaran dan kenapa?

zaman kanak kanak memang kegemaran aku
sebab ade orang asing bagi gula gula kat kau lepas tuh nak culik kau tak hebat tuh ? haha. Okay serius , sebenarnya zaman kanak kanak itu sungguh mengagumkan kerana ketika itu kita tak stress kita tak payah fikir pasal duit , tak payah pikir pasal orang lain , tak payah fikir pasal tuhan (baca : masih tidak matang ketika kecil )tak yah fikir  pasal sesiapa kite hanya fikir pasal kite . Sungguh hebat , berlainan sekarang nak bercakap kene fikir perasaan orang lain , kene fikir pasal imej kite pada pandangan orang lain , kite kene sentiasa fikir tuhan , sentiasa kene fikir bil bil yang melambak nak kene bayar. arghh! menulis nih je rase nak sepak kepale paip

Kalau marah, anda buat apa?
Bangkit tubi , amik wuduk (baca : basuh muka ) , maki orang lain yang lebih lemah.

Gitar, bass gitar, or drum? Or else?
Drum , tapi kalau  Zahid ajak jamming die nak main drum jugak , apesal tempat jamming tak letak dua set drum. puihhh

Barang kegemaran anda. List of 5
Satu - Seluar seluar jeans aku , yang kebanyakkannya tak berjenama , kalau ade pun semua tiruan.

     Dua-Koleksi syiling dan wang kertas lama aku dari dalam negara dan antarabangsa


Tiga - Telefon walaupun tak penting kadang kadang terdesak nak pakai jugak ye.



Empat - PC di rumah yang dah dua kali format , kalau PC nih gadis mesti orang panggil bohsia.



Lima - Kasut kasut aku , terutama converse strap aku beli gune duit raya. Duit raya mase dah besar nih berape lah sangat dapat okay.





Tempat yang anda ingin jelajah. SATU SAHAJA.

AMSTERDAM , boleh ber -bong dari pagi hingga ke malam tanpa risau degan penguatkuasa.


Habit keanak-anakan yang masih ada sampai sekarang.

Kencing berdiri , susah nak buang ah , lagi pun tandas di malaysia rata ratanya menggalakkan penggunanya yang lelaki kencing berdiri.


Benda yang anda suka buat bila ada dengan budak budak.


cubit pipi , tangkap gambar , buli , ajak main bola sepak sebab budak confirm lah tak dapat menyaingi orang dewasa bile bermain bola sepak bersama , dan terasa diri hebat bila bermain bola sepak dengan budak. kahkah!

Buku kegemaran.

Banyak gila nak meninggal. Tapi sekarang aku bace buku buku terbitan Fixi Publication

Hukuman yang paling berat yang anda kena. Oleh sesiapa. Tapi yang paling teruk.

Cikgu Matematik semasa tingkatan 5 , kene siapakan kerja matematik sambil duduk melepek  atas lantai depan bilik guru , awek yang cantik cantik dah lah selalu lalu lalang depan bilik guru , habis jatuh saham aku 69 % pada hari itu . Kaunter di tutup rendah.

Movie yang bagi maksud yang mendalam buat anda.

Banyak bro , kebanyakkan ia berkisar tetang motivasi diri dan kekeluargaan.
Glasses or contacts? 

Glasses lah , sebab golongan contact lense nih sekarang dah di cemari awek bajet kiut pakai contact lense warna warni.puihhh


okey tamat lah sudah terima kasih bace  , ikut peraturan aku kene tag 11 orang tetapi di sebabkan aku awesome aku tanak , okay bai.



Selamat Hari Raya AidilAdha 6 November 2011

|
Seperti sedia maklum  , tiap tiap pagi raya korban pasti ade solat sunat aidiladha  , nak di ceritakan
 pesen budak budak sekarang nih datang awal ke surau bukan main  awal tapi duduk saf paling belakang jugak ,
 tah ape best saf belakang tah  , dapat tengok bontot kawan kawan agaknya  ? , tapi aku tak lah aku selalunya saf pertama je tak pun jadi imam.

dan seperti sedia maklum jugak ,hari raya korban mesti lah ade daging korban di agihkan , time camnih pergh! tak payah maklum pakai mikrofon , semua dah kat depan kaunter agihan daging ,molek je sengih sengih macam kerang busuk menanti daging di sambar tangan ,  hidung pulak macam ade pasang  pengesan je, baik kecik mahupun yang besar , Baik yang berkapcai atau mahupun ber-BMW.
Daging percuma menyamatarafkan mereka.

Lepas balik dari menyemak kat surau , aku pulang ke rumah dengan memabawa daging korban yang tak sampai sekilo ,tetapi aku bersyukur. Riak wajah ibu menanti kepulangan aku membawa hasil dari surau sungguh syahdu 
, macam menyambut kepulangan anak beraya dari perantau je.

Padahal aku tak usaha pun nak dapatkan daging tuh , aku bagi kupon je. kahkahkah!
 Letih lak menaip nih , dalam perut dah bergusti daging lembu dengan daging kambing dengan daging ayam gak  dengan daging burger pun ade gak. (jangan pertikaikan nafsu makan aku ).
Dah - dah aku nak tidur  , kepale aku pening pening hari nih.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Bye.


serabut ringan.

|




Dua tiga hari ini aku selalu memikirkan hal hal yang sudah di belakang .
Hal yang separa penting atau mungkin tidak penting langsung bagi kau ?

Aku memikirkan kenangan , kenangan selalunya di kenang , bukan difikirkan
tapi 

aku memikirkannya secara tak sengaja , ia bermain main di ruang otak aku.

Semakin aku cuba untuk tidak memikirkannya ,semakin tak tersengaja ia berada di dalam benakfikiran , semakin jelas satu persatu  setiap butir dalam kenangan itu , seperti di tiup tiup oleh sesuatu lembaga . kenangan itu meluru masuk ke dalam otak .

Padahal ,aku cuba untuk menumpukan fikiran pada hal lain.
Sedang aku hendak melelapkan mata , aku memikirkan tentang kenangan.
Sedang aku hendak bersiram , aku memikirkan kenangan.

aku gelisah.
aku resah.

hal ini sudah menunjukkan punya lemah kudrat seorang manusia , otak dan kelopak mata yang di amanahkan pada badan pun tak mampu di kawal dan kadang kadang diluar kawalan.

Kenangan aku tak lah semenarik memori fotografi yang penataan cahaya cantik dan mimik mukanya nampak suci.

Kenangan aku biasa sahaja.

tetapi

yang terlibat dalam kenangan itu luar biasa.

ia menjadikan aku yang 

hari 

INI.

p/s : masih relevan kah kenangan dalam misi meneruskan kehidupan ?