salam.
agak lama ku tinggalkan ruang ini.
maaf.
bukan tidak minat lagi membuat nukilan , tetapi aku memfokuskan dunia , aku mencari duit , al maklumlah aku bukan dari keluarga yang berada , tidaklah juga aku miskin .
aku mencari duit , cukuplah untuk menampung selera berbelanja aku sendiri.
Tak mahu aku menyusahkan keluarga aku yang selama ini memang selalu aku susahkan .
haha.
okay ini bukan luahan cerita derita -sedih-tagih -simpati.
Ye aku sedang bercuti .Cuti semester . Selama 2 bulan , tetapi sudah di penghujungnya pun.
Ok ,seperti di perkatakan tadi , aku bekerja . Bermacam , di bulan yang pertama , aku bekerja di kantin sekolah rendah agama ,Bandar Sri Putra.
Budak budak nya comel , suasana kerja sifar tekanan. Gaji pun agak setimpal .
bangun awal pagi seperti hendak kesekolah macam dulu dulu.
ah memori lama tersingkap.
dan dalam masa yang sama hujung minggu nya aku bekerja sambilan katering.
memang kerja keras.
sampai rakan rakan , KELUARGA nak jumpa pun tak terjumpa jumpa.
hehe.
" whoaa , lumayann , kembung lah poket Encik Saifuddin , kan ? "
nak cakap banyak tuh takde lah , setakat nak lepak minum , insyaAllah ade.
aku pun tak tau mane pergi duit duit aku semua .
tak pernah nya cukup.
jadi , selepas sebulan kerja di kantin sekolah , aku berhenti.
Bukan kerana ada masalah atau hal lain ke apa.
Aku bosan.
Aku memang cepat bosan .
Aku duduk di rumah , aku berjoging. aku makan. tapi aku masih buat sambilan katering.
lepastu dapat tawaran jadi supervisor Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya .
Bayaran nya agak lumayan. tapi hanya untuk seminggu.
Kerjanya hanya penat menunggu arahan.
selain itu ,
RELAKS memanjang. hahahaha!
Di situ aku jumpa pelbagai artis popular , kurang popular , tak pernah dengar langsung pun ada. hahaha.
semuanya secara berdepan , dan adalah satu dua artis tuh aku dapat tahu perangai sebenarnya.hehe
dan sekarang aku di depan monitor menaip entri ini , sambil menikmati cuti yang berbaki seminggu lagi.
membaca novel novel fixi , merawat hati. itu sahaja yang aku lakukan bagi mempersiapkan diri untuk kemasukan semester dua.
andai ada masa lagi , jumpa lagi di ruang ini .
salam :D
p/s : kerana jaringan twitter , obsesi ku bukan lagi blog ini.