Showing posts with label #monologjiwasempit. Show all posts
Showing posts with label #monologjiwasempit. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

serabut ringan.





Dua tiga hari ini aku selalu memikirkan hal hal yang sudah di belakang .
Hal yang separa penting atau mungkin tidak penting langsung bagi kau ?

Aku memikirkan kenangan , kenangan selalunya di kenang , bukan difikirkan
tapi 

aku memikirkannya secara tak sengaja , ia bermain main di ruang otak aku.

Semakin aku cuba untuk tidak memikirkannya ,semakin tak tersengaja ia berada di dalam benakfikiran , semakin jelas satu persatu  setiap butir dalam kenangan itu , seperti di tiup tiup oleh sesuatu lembaga . kenangan itu meluru masuk ke dalam otak .

Padahal ,aku cuba untuk menumpukan fikiran pada hal lain.
Sedang aku hendak melelapkan mata , aku memikirkan tentang kenangan.
Sedang aku hendak bersiram , aku memikirkan kenangan.

aku gelisah.
aku resah.

hal ini sudah menunjukkan punya lemah kudrat seorang manusia , otak dan kelopak mata yang di amanahkan pada badan pun tak mampu di kawal dan kadang kadang diluar kawalan.

Kenangan aku tak lah semenarik memori fotografi yang penataan cahaya cantik dan mimik mukanya nampak suci.

Kenangan aku biasa sahaja.

tetapi

yang terlibat dalam kenangan itu luar biasa.

ia menjadikan aku yang 

hari 

INI.

p/s : masih relevan kah kenangan dalam misi meneruskan kehidupan ?

Wednesday, October 5, 2011

memori

Saya teringatkan memori
atau memori mengingatkan saya ?
kenapa saya baru tersedar
dan kenapa sekarang baru saya tersedar ?

Saya hilang ingatan atau saya memalsukan fikiran  bahawa saya
kehilangan ingatan ?

PERNAH mempunyai ingatan bahagia itu dah cukup buat saya
bahagia.

itu wangian yang paling lama

Tuesday, September 20, 2011

Malam yang panjang.

Awak tidak boleh menggesa malamOleh kerana malam  akan kekal selama  dan selagi yang dia mahuDan kita bukan empunya malamKerana empunya malam adalah Tuhan dan bukan orang lainTetapi anda boleh tunggu malam pergi meninggalkan kita.Anda tidak boleh menggesa malamwalaupun malam berlangsung amat lama dan terkadang terasa panjang
Tetapi dengan hanya memakai dan menyarungkan seluar yang panjang dan anda akan selesa apabila anda tidur di katil anda.

Friday, September 9, 2011

kononnya

Material kau , kononnya atas rasa keselesaan .
Material kau , kononnya atas rasa keyakinan diri .


Ego kah? Bangga diri kah ? itu kau pejam , kau pendam  , kau diam .
Semuanya kau topengkan di sebalik material.


bagi tau aje lah ape yang kau nak canangkan , apa yang kau mahukan  orang bogelkan pemikirannya. 
bagi tahu sajalah , kau mahu orang kata kau bagus.


TERUS TERANG sajalah.


lancau.

Saturday, August 27, 2011

Kadang kadang kita membuang masa dengan menunggu kejutan di dalam kehidupan , 
apa kata kita sahaja yang membuat kejutan pada diri sendiri ?

Sunday, July 31, 2011

MIMPI

Indah hidup dalam khayalan.
Indah hidup dalam mimpi.

aman berpaut harmoni ketika bernafas hidup di alam mimpi , tapi sayangnya tiap tiap liku kita bergelumang di alam realiti.

kalau realiti itu sangatlah  menyakitkan dan mimpi itu sangatlah menyenangkan.

Aku senang hati  pilih mimpi.

mimpi seakan satu ceruk dunia yang terpencil  yang punya kuasa istimewa membuat orang bahagia .
dan seperti biasa  ,perkara yang indah biasalah  ketahanannya tidak lama.

 sayangnya hidup ini tidak di berikan pilihan.
cuma boleh perah keringat untuk ubah .

tetapi apakandaya ,
takdir tetap takdir.

hidupnya orang muda kerana punya mimpi. Mimpi yang indah.
hidupnya orang tua kerana punya memori. Memori yang manis.



seperti bait bait lirik lagu Nidji - laskar pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya


jadi bermimpilah kita , kerna sejak kecil kita sudah di ajar untuk menanam impian dan bercita cita , setakat bermimpi susah sangatkah ? hihi


*senyum*




Thursday, July 21, 2011

percayalah

Bintang aku tak nampak kehadiran  kau malam ini
mana menghilang ?

Bulan selalu kau bersinar girang.
tetapi malam ni kelibat kau muram.

Selalu malam ku terang benderang ,
tapi kini suasananya terlalu lah kelam .

Sekali lagi ku tanya pada kau Bulan dan bintang ,
mana menghilang ?

Awan kenapa kau lindungi langit ?
selalu kau muncul tapi tak menyelubungi alam ,
tapi hari ini seakan berdendam , kau tutup bintang sekali.

kenapa ?
Bintang tak berbuat khilaf, apatah lagi bulan malah engkau bertiga  bergandingan ,
maka berserilah malam.

Awan , mungkin engkau mahu menangis , 
aku mengerti.
Selalu di ketepikan oleh pujian.
selalu di anaktirikan pemuja pemuji.

Bintang dan bulan mendapat tempat di hati.
tetapi awan ?
amat lah jarang sekali.

Besar rahmat air yang di kandung awan .
Namanya hujan membawa sejuta erti.

Awan percaya pada diri.
Semua yang berlaku kehendak ilahi
percayalah.





lagi dan lagi.

Langit bukan penamat 
Angkasa bukan penghujungnya.
 
itu aku tahu.

Sentiasa akan ada hari esok ,
sentiasa akan ada hari yang lepas.
 
itu aku tahu.
aku tak mahu tertinggal , aku mahu  terus dan terus
aku tak mahu menoleh kebelakang lagi.
biar pahit itu menjadi indah.
biar yang  manis itu kekal.

pinta ku bukan nya susah
pinta ku bukan nya banyak

aku mahu berjabat dengan orang di puncak .
aku nak genggam capai bintang kejayaan.

dan aku mahukan rasa kebanggaan terpancar bersinar keluar dari muka kedua orang tua ku

Semoga yang Maha Besar  memberkati perjuangan hamba mu yang  hina lagi kecil ini.

tak semua.

Awak sentiasa berfikir untuk puaskan hati orang lain ,
walaupun hati awak sendiri siapa pun tak hendak puaskan.

tak mengapa

awak sentiasa berkorban untuk orang lain ,
tetapi pengorbanan terhadap diri sendiri tidak dilakukan.

tak mengapa

Awak cuba sediakan syurga untuk orang yang awak sayang ,
tapi kasih yang boleh bawa awak ke syurga awak abaikan.

tak mengapa.

Awak punyalah sanjung kecantikan orang lain ,
tapi diri awak yang cukup cantik awak itu awak tak nampak.

Awak , dalam dunia kalau awak sentiasa memikirkan apa yang orang mahu , ape yang orang suka lihat , ape yang orang nak kita buat , sampai bila je kita nak gembira ? pura pura gembira bolehlah , tapi betul betul gembira ? bilanya ?

jadi , peduli  kata orang , hiduplah dengan sendiri lagipun hidup ini singkat ,Alam selepas ini yang kita kejar , jangan terlalu serius tiada siapa pun yang dapat keluar dari permainan dunia hidup hidup. akhirnya pusingan kita semua pasti berhenti bernafas.

Gelak lah selalu walaupun perit , kadang kadang kita perlu hipokrit.