Showing posts with label #repekanmelalut. Show all posts
Showing posts with label #repekanmelalut. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

keadaan psikologi diri ku ini.

Otak kecil tapi masalah besar
hati kecil tapi cinta bukan main besar.

lumrah alam manusia mampu bertindak melebihi jangkaan , melampaui batasan dan kalau
 boleh melebihi segala -galanya. Tapi keupayaan manusia ada sempadannya.
hebat bagaimana manusia , pasti ada yang lebih kuat.
bagus macam mana manusia , pasti ada yang lebih baik.

yang pasti DIA maha dalam segala galanya!

di sebab aku rase aku perlu hilangkan ketagihan ber'facebook' bukan kurangkan , tapi HILANGKAN
ketagihan nih , aku terus nyahaktifkan akaun aku , dua tiga hari memang lah payah , tapi  dah seminggu saya tak merokok! kahkah! tiru iklan jap , okay serious , dah lame lah jugak aku tak online akaun facebook tuh . there is no benefit pun aku online  bende alah tuh , tapi mak aku pulak berkeras tak kasi aku buat camtuh *garu kepala

kalau boleh aku tanak online dah bende facebook tuh , tapi tengoklah raya nanti baru aku online 'sekejap' kot , haha , okay  ?(tak perlu jawab)

nak diceritakan sekarang aku selalu berhalusinasi.

"Gila kau Din , kau amik dadah eyh? " 

paleotak hang , sekarang aku dah bersih , tapi kadang kadang rindu jugak 'makwe' tuh , tapi aku kene berubah.
okay , part halusinansi tuh , pernah dengar kristos ?

alah malas betul nak bercerita , okay ah aku cerita ,

Kristos nih macam kau , kau pitam tapi bukan pitam betul  betul , macam pening - pun bukan jugak .
benda ini adalah seperti keadaan  kau sedang baring , suddenly fikirran kau melayang , example , kau teringat kau mandi dekat pantai , then kau rasa kau sedang berbaring di pantai sambil di hempas kesejukan ombak laut , air nya yang biru , pasir nya yang putih , indah .Nyaman suasananya!

Ada ulak si ikan lumba lumba berpasangan meredah lautan , seronok je tengok dorang main main di tengah lautan , ade ikan paus sembur menyembur air , anjing laut berbunyi bunyi. pastuh anjing laut makin lama makin dekat ngan korang , mula mula tak kisah , tapi dari gaya anjing laut tuh yang macam nak kejar nak makan korang! 

korang dah panik , alamak! , korang cube lari , tapi kaki terasa gila berat! , mak aih , apehal pulak nih , anjinglaut yang comel-cute-adorable tuh dah bermutasi jadi raksasa yang garang-ganas-hodoh , lepas raksasa tuh  dah dekat baru kaki korang dapat diangkat ,dapat ah korang berlari . lalu korang lari ah sepuas puas hati , sebelum dapat lari jauh raksasa anjing laut tadi dah dapat terkam belakang kau .


BANGG!!

Korang terjatuh katil , impak di terkam raksasa same dengan engkau jatuh dari kati , terkembali korang dalam tubuh masin masing , Kristos terberhenti.

tapi engkau sebenarnya berbaring je kat katil  tadi , pernah tak ? pernah  tak rase macam tuh ?
then lepas kau sedar dari lamunan tuh lepas kau angkat kepala engkau rase kepale kau masih berombak ombak , then  kau berdiri pastuh kepala kau rasa berpinar pinar.
kaki kau kebas kebas , rasa macam kau tak berdiri di atas bumi yang nyata

.KAHKAH!
tak berdiri atas bumi yang nyata.okay tak lawak!

Banyak lagi simptom simptom dia sebenarnya. aku bagi sikit je.

sebenarnya Kristos nih bukan halusinasi entahlah more to psikologi , cara kau mengawal aktiviti otak kau and dulu para saintis ingat kalau nak keluar dari badan mesti mati or meninggal (islam)  , tapi sebenarnya tidak , KRISTOS adalah salah satu keadaan yang tak perlu mati untuk meninggalkan badan , macam pukau ! , roh masih ada dalam badan untuk kembali mencari memori yang lama , ehh entah lah , aku hentam je nih. haha! and Kristos experience (KE) ialah cabang pengkajian dalam hal out of body experience.


Selalu nya orang yang terkena kristos berkemungkinan besar mengalami masalah atau lebih tepat tension dalam kehidupan seharian. dan kristos adalah salah satu alat untuk lari sebentar dari segala kekucarkaciran hidup anda yang penuh masalah itu.


" eyh boleh  jadi tak lepas meng-kristoskan diri  , kita tak kembali ke tubuh , jasad kite tak berfungsi ?
 boleh jadi tak "


entah lah sebenarnya takde kes lagi orang kristos pastuh tak jumpa jalan pulang , kahkah!
itu nama nya dah kristos lupakan jasad.

Sebenarnya ada cara nak meng-kristoskan diri anda , boleh google kalau nak belajar, 

HAHAHA! 

saje nak gelak letih menaip nih , kalau di kupas bende alah , setahun tak habis , ye lah kes nya pelbagai! aku bagi satu contoh je , kalau korang tak faham , tanye lah aku , tak pun belajar lah sendiri ! ape aku peduli kahkah! ,

akhir sekali wa tinggal lu orang ngan quotes ini

" The function of music is to release from the tyranny of conscious thought "

okay bye.salam







Thursday, January 27, 2011

PERSOALAN YANG MELANDA DI JIWA INI

Bisik membisik nih amalan syaitan  , tapi bukan tuh yang aku nak ceritakan .

Bende yang aku nak cite ialah , persoalan!  
Persoalan ialah satu perkara yang sering berlegar legar di minda setelah menilai sesuatu perkara tetapi masih tak dapat lagi  jawapannya! rasa nya lah kan , aku tibai je

okay , kebelakangan nih banyak persoalan yang muncul dan memenuhi otak aku  nih , antara nya

kenapa sebahagian wanita nih bertudung dah cantik dah tapi berpakaian seksi , ketat lagi sendat , menampakkan susuk tubuh badan , tapi bertudung!nak cakap sewel tak sampai hati lak , masih  waras lah kot , memenuhi tuntutan agama , tapi tak ikut sepenuhnya! kenapa beliau buat begitu? kurang didikan agama? takkan lah en , tidak camne pulak pandai pakai tudung , mesti lah mendapat didikan , takkan tiba tiba pandai pakai , ajaib!  , takkan jugak  belajar kat youtube plak en? tapi mungkin jugak belaja kt youtube kot ,zaman kan dah berubah , dunia di hujung jari hmm  entah lah sapa tau

Seterusnya  , bayi yang di buang merata rata bagai sampah je , akal mane beb? kalau di samakan dengan binatang tau marah , melenting , tapi ada akal tak guna  . Aku tak tau lah , bende nak cerite kan . perrrghhh! ade family sampai beli anak orang  lain ribu ribu ringgit , sampai culik anak orang lain! sebab nak sangat menimang cahaya mate , kadang kadang dorang nih ade masalah seksual sebab tuh tak dapat  nak mendapat kan anak , tapi bukan dorang nak penyakit dan masalah camtuh , dah takdir mereka camtuh.  tapi lain lak dengan yang buang anak nih , dah sedap buat maksiat , buat dosa nak tambah lagi dosa dengan buang anak , bagi lah orang lain anak tuh , buat pa lah buang buang , kang cedera pulak bayi bayi nih mase di tinggalkan merata rata , itu kalau cedera kene gigit semut takpe ah , kalau di baham dek anjing , dek rimau? haih , pikir sendiri lah  kawan. Bagi je lah family yang nak anak , fikir malu ? mase bermaksiat tak malu pulak?


Aku selalu  gak nampak orang langgar traffic light , aku tak nampak faedah jangka masa panjang die.Akibat jangka masa panjang die memang selalu aku bayangkan. patah kaki , terburai usus , bersepai otak urghh , ngeri bayangan aku  . Bile aku nampak  orang langgar lampu merah , aku terus secara automatic doakan  die mati kemalangan 

" slamber kodok je budak  budak nih , confirm mati budak nih ! " sambil geleng geleng kepale 

 bukan sengaja bhai , dah  ter - AUTOkan otak camtuh selari dengan mulut , sebab aku tanam perasaan benci yang mendalam kat golongan golongan gopoh camnih nak buat camne en. Lu orang  nak cepat cepat nak pegi mane? macam tempat kerja lari? macam kawan kawan tak boleh tunggu? takkan lah mereka mereka tak faham dengan keadaan kamu?  beb , aku cakap dengan lu orang semua , kawan tak tunggu kawan! , tinggal kan terus! carik kawan lain. Senang cerita , bukan orang langgar lampu merah je aku benci , orang tak patuhi undang undang jalan raya nih memang aku benci , buat apa amik lesen , belajar undang undang tapi tak amalkan? buat ape? hmm. entah lah sapa tau


Haa , nih lagi aku  tak faham ,spesies spesies makhluk tuhan yang suka sangat update status facebook , selang dua tiga minit , sampai penuh home dengan status , selalu nya  kaum  hawa lah , dah macam diari pun  ada tapi yang nih versi moden agak nye lah. 

" lapar nye perut nih , nak ape ye? "

" baru lepas makan sarapan dengan boyfriend saya yang handsome :P "

" kucing saya meninggal , sebab salah makan , saya sedeh , huuu :( "


" saya rindu lah dengan opah saya , dah lame tak jumpa beliau "

itu aku  tulis gune bahasa melayu , boleh faham dengan jelas , boleh di eja . .  belum lu orang bace , ayat yang di tulis dengan penuh seni , huruf kejap kecik kejap besar , dengan ayat yang nak sebut sampai sengau hidung , sampai gatal tekak nak mengeja. pergh! rosak bahasa melayu yang aku cintai. tak salah nak  singkat singkat , aku  tau masa itu emas , nak cepat , tapi lu orang taip macam tuh aku pulak yang  naik lemas   nak baca! haih. tolong lah ubah , aku  cakap bagi pihak semua orang bhai , bukan aku  sorang je!

 Aku  tak faham!  perlu ke berbuat camtuh? atau golongan nih memang suke buat camnih sebab nanti orang komen status mereka , terisi lah mase lapang dengan membalas komen komen friendlist! , friendlist berjuta pun tak kenal buat ape? sampah je. Lagi satu , kalau dah gian sangat nak update status , buat twitter lah kawan , tuh function twitter ,  kalau nak gak cerita , buat blog , tulis panjang panjang terus , orang lain bace , trafic naik , dapat gak duit, haha , adoyy! 


okay aku  nak je tulis menulis  semua persoalan kat kepala hotak aku  nih , tapi nanti nati lah aku  sambung lagi. Tulis banyak sangat persoalan kang ramai tak puasa hati.okay chow.salam




Friday, November 19, 2010

ANGKARA KECIL

Beb , aku tak tidur  sebab aku fikir masalah remeh

Beb , aku tak tidur sebab kau fikir benda kecil 

Beb , aku tak tidur sebab fikir pasal kau!


aku doakan aku tenang , aku doakan aku berjaya

________________________________________________________________________________

Hari ini, gua tenung cermin, lama-lama. Tengok apa yang tak kena. . . 

Gua tenung , gua lihat , tiada apa rasa nya?

bila dah tak pandang baru terfikir.

muka gua tua bhai,

tua atau matang? 

haha , abaikan.


tapi beb , kalau boleh aku nak jadi pelakon. 

" Kalau tidak punyai mimpi dan harapan, orang-orang macam kita ini akan mati, Din " 

agak terkedu dan terkejut mendengar. 

tapi aku  akan terus kan bermimpi. haha

*tersenyum lebar




Sunday, November 7, 2010

NASIHAT EXPIRED

JUST BE YOURSELF!!

Nasihat fucking yang aku tak boleh percaye lagi sekarang . . . . .. 

JUST BE YOURSELF!!

Nasihat bodoh yang aku tak nak dengar lagi sekarang . . . . 


sebab jadi sendiri lah aku jadi macam  sekarang  . . . . 

Kalau orang jadi diri sendiri , die suka makan bawang , depan kawan kawan pergi pizza minta pizza letak bawang banyak -banyak ( NIH JADI DIRI SENDIRI NIH)  depan kawan kawan , sebab nak jadi diri sendiri   , tapi kawan kawan tak suke , sebab bile bercakap mulut berbau  , tapi DIE  CUMA NAK JADI DIRI SENDIRI!   , 

kau faham tak? tak faham takpe. haha. aku peduli ape

KALAU dah suke tengok cerita animasi (cartoon)  , 3D  , sebagai nya , tapi ajak kawan nih pegi wayang dah tau die suka tengok wayang cerita cartoon tapi ajak gak ,  pastuh berdebat pulak nak tengok cerita lain .so , salah sape? die cuma jadi diri sendiri , kang kalau pakse die tengok cerita yang  selain cerita cartoon/animasi , die tertido  . . . membazir je tengok wayang . hahaha


----------------------------------------------------------------------------------------



So , tak semua boleh JADI DIRI SENDIRI bila berjumpa dengan orang lain
tak semua boleh JADI DIRI SENDIRI bile berborak dengan orang lain. . . 

so aku tak boleh jadi diri sendiri lah bile berjumpe dengan orang , 
depan orang lain aku kene jadi robot ,

 BERKELAKUAN BAIK

tak BOLEH KOREK IDONG

CAKAP BERLAPIK

TAK BOLEH MENCARUT

huh , macam fuck!  , kau ingat aku sempurna  lah . . .  haha

kan hipocrite name nye tuh? berpura pura melalakukan yang bukan habits/cara.perangai/sifat kita di depan orang lain? haha. 

fikir fikirkan.


ehhhh , bertukar pulak!!  jangan jadi diri sendiri depan orang lain? faham

haha , sebenarnye tengok situasi lah , kalau situasi meng-IZIN-kan 

kadang kadang kawan kate diorang faham kita , bila kita  JADI DIRI SENDIRI diorang tak suke? 

how's that? hahahahahahaha , ape lah , kenape hidup aku penuh drama? haha.


dah lah , kenapa aku asyik gelak? haha

chow , SALAM .HAHAHAAHAHAHA


* ingat nak update semalam , tapi letih beb .  BALIK dari KUALA KHUBU BHARU 
terus carik bantal . hahahahahahahaha

Tuesday, November 2, 2010

TOPENG - BERTOPENG

Yaaaa! Abang Din kembali . . . . 

penah dengar perkataan bermuka muka ? bertopeng ? talam dua muka ? dan yang same tempat lahir dengannya. . . ?

HIPOKRIT penah dengar?. . .  rasanya mesti penah kan.

sekarang itu yang saya rasa , hipokrit kepada diri sendiri , hipokrit kepada rakan rakan , kepada keluarga.

aku malas lah , aku perhati kan je suasana , persekitaran aku sekarang . . . di cemari busuk hati , ishk! , kawan kawan pun nak buat camnih , semoga kawan kawan aku nih dapat sinar hidayah. . . . aku malas nak tegor  kang cakap busy body , tak tegor makin menjadi jadi. haih! masalah kau , kau  settle lah sendiri. . . . 

ganggu aku nak belajar lah , SPM dah dekat kau orang nih takda kesedaran ke? kang nak menyesal dah terlambat

biar saya jelaskan , hipokrit itu adalah . . . orang yang berpura pura baik  , depan orang. . .  tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka. . . .atau buat-buat  baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka.

atau pun in ENGLISH! a person who pretends to have virtues, moral or religiousbeliefs, principles, etc., that he or she does not actuallypossess, espicially . a person whose actions believe stated beliefs. 

 Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?

tak carik jauh jauh , orang tengah tulis post nih pon hipokrit , buat ape malu mengaku  , aku buka nya perfect pun , tak semua orang perfect.

 Kita selalu rasa menyampah , rase nak sepak sepak je orang yang , hipokrit kat kita…kita gitau orang lain kita mengadu kat orang lain . Cehh! oran tuh je lah jahat , orang tuh je lah , orang tu lah , ini lah . . . . Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan kawan, dan compare diri dengan mengatakan “kalo aku jadi dia aku takkan buat camni camtu” atau " aku lagi bagus lah  " . Kadang-kadang  kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut. . .  riak tak baik!

haih. . . . 

kita pun dah jadi hipokrit camtuh , dalam sedar tak sedar. . . . so! baik diam kan diri. . . 
masalah takde , dosa tak buat.

so jangan bajet bagus , bajet ilmu , bajet mufti sini , mufti sana , ustaz sini , ustaz sana. . .  nasihat orang tengok diri dulu ,   ilmu baru cetek kaki , tappi menegur orang macam dah sampai tinggi bumi , aku pun tak bagus sangat , sekadar mengingatkan.

TAPI. . . . kalau 

kau nampak aku macam bagus ? aku peduli ape  ,  haih! lantak kau lah eyh , aku tak kacau kau pun.

kalau ade masalah perlu ke luahkan? luahkan kat sape? atau perlu ke pendam je? kang pendam pendam melarat lak eyh. . . 

BAGI aku. . . 

luahkan pada saluran yang betul !

kalau  masalah tuh berat sangat jangan pendam. . . 

So , kesimpulannya kawan kawan  , setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat hipokrit! Kadang kadang kita tak sedar kita ter-jadi hipokrit. . . oleh itu. . . . hati hati sikit bila panggil orang lain hipokrit. Cermin diri tu dulu. Tapi kalo nak panggil gak takde sape halang , aku sape nak halang korang kan? haha. Sekadar nak lepas geram lantak la apa ko nak kata. sebab aku pun macam tuh  jugak. Aku panggil orang hipokrit dengan kesedaran aku ni hipokrit jugak  , hahahaha

asal ak boleh lak melalut malam malam nih ? dah -dah aku patut berhenti sekarang. . . . .

chow everybody.Salam.

* GRADUATION DAY di tangguh kan /tukar tarikh? alahai. macam macam.


YEAAAAHHH!!!!!