Yeahhh! abang Din kembali lagi
begitu juga HARI RAYA KORBAN!. . .
So , Selamat Hari Raya Aidi Adha kepada semua. . .
okay nak di cerita kan ape berlaku hari raya korban , perghhh! letih aku bhai , tapi aku cerita gak lah kat blog nih . .
Hari raya korban , aku tidur lagi sikit je nak terlajak pegi solat sunat aidil adha , nasib baik rase nak terkencing , tuh yang tersedar dari tidur. haha!
okay , selepas solat semua , aku balik umah cepat cepat , tukar baju , semua pakai selipar , amik pisau. . .
terus pergi ke surau balik .
Haaa! lupe nak cakap , Surau seksyen 5 , ade 5 ekor lembu , sekor beruang , ehhh! sekor kambing. . .
tu je. . .
Senanyer tugas aku bukan melapah lembu atau memotong nya , tugas aku kat dapor masak sup dagin dan sup tulang biasa lah , abang kan chef! haha
okay ,di pendekkan cerita , pukul 12 dah boleh amik daging , daging dah mula di agih agih kan. . . .
dan mase tu gak hujan turun . . .
" hujan rahmat nih , Alhamdulilah"
pakcik tu cakap , tapi bagus lah dah habis kerja baru hujan , boleh gak hujan nih bersih kan darah darah lembu yang tepercik . . .
betul tak??
okay dalam pukul 3 lebih baru aku tengok sume dah start kemas kemas , actually , sepatut nye kemas awal pun boleh , tapi sup daging yang aku buat tuh seperiuk besar . . . ramai nak makan . . . so kene orang habis makan baru boleh kemas!. .
tapi aku dah tak tahan. . . aku terus chow. sakit pinggang bhai , . .
balik baring kat lantai , pukul 5 setengah baru sedar. . Tak ulangkaji bhai , tak sempat aku nak ulangkaji!
okay second day , Sambutan Hari Raya Haji kat sekolah pulak
aku datang awal seperti biasa , aku bawak pisau mak aku , ye lah nak potong ape ape nanti!. . .
sesudah nya sampai kat sekolah , aku tengok lembu ade dua ekor . . okay lah tuh! bukan ramai sangat pun yang datang.
Okay setelah lembu di sembelih ustadz Amri , budak budak pun start melapah nya , ade lah dua tiga orang parents dan suami cikgu cikgu potong sekali. . .
aku dengan cikgu On men -Settle kan kepale lembu. . . .
pisau aku bawak amat malu , satu urat lembu pun dia tak potong ,
tumpul gila , ye ye je mak aku pesan ,
" hati hati pegang pisau nih nanti kene tangan luke . . . pisau nih tajam.. "
HAHA.
okay , lepas dah lapah kepale lembu , aku pegi dapur dengan kawan aku Hafiq ,
kami kene menyediakan Sup Daging ,Sup Tulang SEKALI LAGI , kat sekolah. . .
maklumlah abang kan chef , haha. Senanyer aku tau lah setakat nak masak sup , kari daging nih , aku kan part time catering. . . so ilmu masak memasak ade sikit sikit lekat kat aku nih. haha
ingat kami je yang memasak , tapi tengok tengok , sesak lak kat dapur dengan cikgu cikgu pagi , cikgu cikgu petang!. . . segan lak aku. haha
tapi aku terus kan misi , kami kene masuk sup nih sebelum pukul, err sebelum pukul . . .. tak ingat lak aku! sebelum budak balik sekolah lah senang cerita!. .
okay , nak rebus tulang lembu agak lame , memakan masa , so aku masukkan dulu , tulang tulang tuh semua , dalam periuk besar , gas aku bukak yang paling besar , bagi copek sikit masak.
okay , dalam tunggu sup masak , daging empuk sikit , aku merayau lah carik gang jap. . Hafiq aku biar kat dapur .
carik carik punya carik kawan , perghh! kat canteen ade seperiuk meehoon goreng tomyam! sape lak yang baik hati masak tah . haha aku pun balun , perut lak dah bunyi lagu Bad Romance mase tuh , ye lah kuar rumah pagi pagi tak sempat nak sarapan.
okay ,kembali ke dapur , hafiq tengah potong bawang. . . aku pun potong sekali!. .
ramai cikgu cikgu tegur aku ? pandai ke masak? pandai ke potong bawang??
pandai ke tu? pandai ke nih?
hek leh , die ingat aku ape? walaupun muke bengis , dalam hati ade taman tau! ,
HAHA.
tapi takpe , orang malaysia memang sceptical , kalau budak je tak pandai masak , kalau bawak motor je rempit , kalau pakai songkok je baik.
PERLU DI UBAH ITU SEMUA.
okay , antara cikgu yang terkejut tengok aku kat dapur memasak , ialah Cikgu Jasemah , Cikgu Hamimah. . dan banyak lagi. . . siap cakap
" Kamu nih dah nak habes sekolah , baru lah nak cakap yang kamu tahu masak , kalau awal awal taun cakap cikgu tak yah lah penat penat masak , boleh panggil kamu je "
HAHA , cissss , ape boleh buat cikgu , cikgu pun tak tanyer.
aku buat cili hitam untuk sup , aku buat pedas kaw kaw punya biar terberak , HAHA
okay dah masak , dah boleh makan , mase untuk memakan nya pulak , ramai cikgu bungkus bawak balik sup. haha
tak kisah lah , memang untuk makan pun.
pendekkan cerita , dah kemas kemas , bsuh semua. . .
ustadz bagi dagin sikit , aku tak harap pun ye lah aku nak menolong je , tapi orang dah bagi . . . rezeki jangan di tolak. hehe
" awak tak bungkus sup ke? din? hafiq? tak mahu sup? " cikgu hamimah tanye
aku dengan hafiq geleng bayak kali bhai , jemu pulak makan sup je . haha
okay lepas dah kemas , aku lepak dengan gang , kat foyer jap . dalam pukul 1 setengah baru aku balik.
Ade lah insiden kecil berlaku tapi takpe , nanti settle lah .. .
dah balik rumah semua , dah mandi . . . aku barin tengok tv , nak tau apa terjadi?
Aku tertinggal pisau mak aku . HAHA
bising mak aku bhai.
tengok lah macam mane nak amik balik pisau aku yang tertinggal kat canteen. haha!
haih, lusa dah SPM ,doakan aku tenang dan berjaye.
ok , salam , chow. . .
** Dua , Tiga hari nih hujan je , jangan demam sudah . . . aku nak SPM bhai.