Bisik membisik nih amalan syaitan , tapi bukan tuh yang aku nak ceritakan .
Bende yang aku nak cite ialah , persoalan!
Persoalan ialah satu perkara yang sering berlegar legar di minda setelah menilai sesuatu perkara tetapi masih tak dapat lagi jawapannya! rasa nya lah kan , aku tibai je
okay , kebelakangan nih banyak persoalan yang muncul dan memenuhi otak aku nih , antara nya
kenapa sebahagian wanita nih bertudung dah cantik dah tapi berpakaian seksi , ketat lagi sendat , menampakkan susuk tubuh badan , tapi bertudung!nak cakap sewel tak sampai hati lak , masih waras lah kot , memenuhi tuntutan agama , tapi tak ikut sepenuhnya! kenapa beliau buat begitu? kurang didikan agama? takkan lah en , tidak camne pulak pandai pakai tudung , mesti lah mendapat didikan , takkan tiba tiba pandai pakai , ajaib! , takkan jugak belajar kat youtube plak en? tapi mungkin jugak belaja kt youtube kot ,zaman kan dah berubah , dunia di hujung jari hmm entah lah sapa tau
Seterusnya , bayi yang di buang merata rata bagai sampah je , akal mane beb? kalau di samakan dengan binatang tau marah , melenting , tapi ada akal tak guna . Aku tak tau lah , bende nak cerite kan . perrrghhh! ade family sampai beli anak orang lain ribu ribu ringgit , sampai culik anak orang lain! sebab nak sangat menimang cahaya mate , kadang kadang dorang nih ade masalah seksual sebab tuh tak dapat nak mendapat kan anak , tapi bukan dorang nak penyakit dan masalah camtuh , dah takdir mereka camtuh. tapi lain lak dengan yang buang anak nih , dah sedap buat maksiat , buat dosa nak tambah lagi dosa dengan buang anak , bagi lah orang lain anak tuh , buat pa lah buang buang , kang cedera pulak bayi bayi nih mase di tinggalkan merata rata , itu kalau cedera kene gigit semut takpe ah , kalau di baham dek anjing , dek rimau? haih , pikir sendiri lah kawan. Bagi je lah family yang nak anak , fikir malu ? mase bermaksiat tak malu pulak?
Aku selalu gak nampak orang langgar traffic light , aku tak nampak faedah jangka masa panjang die.Akibat jangka masa panjang die memang selalu aku bayangkan. patah kaki , terburai usus , bersepai otak urghh , ngeri bayangan aku . Bile aku nampak orang langgar lampu merah , aku terus secara automatic doakan die mati kemalangan
" slamber kodok je budak budak nih , confirm mati budak nih ! " sambil geleng geleng kepale
bukan sengaja bhai , dah ter - AUTOkan otak camtuh selari dengan mulut , sebab aku tanam perasaan benci yang mendalam kat golongan golongan gopoh camnih nak buat camne en. Lu orang nak cepat cepat nak pegi mane? macam tempat kerja lari? macam kawan kawan tak boleh tunggu? takkan lah mereka mereka tak faham dengan keadaan kamu? beb , aku cakap dengan lu orang semua , kawan tak tunggu kawan! , tinggal kan terus! carik kawan lain. Senang cerita , bukan orang langgar lampu merah je aku benci , orang tak patuhi undang undang jalan raya nih memang aku benci , buat apa amik lesen , belajar undang undang tapi tak amalkan? buat ape? hmm. entah lah sapa tau
Haa , nih lagi aku tak faham ,spesies spesies makhluk tuhan yang suka sangat update status facebook , selang dua tiga minit , sampai penuh home dengan status , selalu nya kaum hawa lah , dah macam diari pun ada tapi yang nih versi moden agak nye lah.
" lapar nye perut nih , nak ape ye? "
" baru lepas makan sarapan dengan boyfriend saya yang handsome :P "
" kucing saya meninggal , sebab salah makan , saya sedeh , huuu :( "
" saya rindu lah dengan opah saya , dah lame tak jumpa beliau "
itu aku tulis gune bahasa melayu , boleh faham dengan jelas , boleh di eja . . belum lu orang bace , ayat yang di tulis dengan penuh seni , huruf kejap kecik kejap besar , dengan ayat yang nak sebut sampai sengau hidung , sampai gatal tekak nak mengeja. pergh! rosak bahasa melayu yang aku cintai. tak salah nak singkat singkat , aku tau masa itu emas , nak cepat , tapi lu orang taip macam tuh aku pulak yang naik lemas nak baca! haih. tolong lah ubah , aku cakap bagi pihak semua orang bhai , bukan aku sorang je!
Aku tak faham! perlu ke berbuat camtuh? atau golongan nih memang suke buat camnih sebab nanti orang komen status mereka , terisi lah mase lapang dengan membalas komen komen friendlist! , friendlist berjuta pun tak kenal buat ape? sampah je. Lagi satu , kalau dah gian sangat nak update status , buat twitter lah kawan , tuh function twitter , kalau nak gak cerita , buat blog , tulis panjang panjang terus , orang lain bace , trafic naik , dapat gak duit, haha , adoyy!
okay aku nak je tulis menulis semua persoalan kat kepala hotak aku nih , tapi nanti nati lah aku sambung lagi. Tulis banyak sangat persoalan kang ramai tak puasa hati.okay chow.salam