Kisah seorang wanita dan seorang jejaka
Pertemuan mereka bermula di alam maya , mula kenal di laman sembang.
cinta masa kini banyak mula di alam maya , cinta jenis millenium baru.
Kisahnya bermula begini
dari insan yang tak di kenali , langsung tak pernah bertegursapa , menjadi sahabat , dari sahabat menjadi pasangan kekasih.
ya , salam tempoh yang singkat mereka berkasihan , mungkin terasa serasi , terasa ade kimia diantara mereka berdua
walaupun tinggal pada jarak yang jauh ,berlainan bentuk muka bumi , tapi itu bukan halangan
di ringkaskan cerita , agak lama tempoh mereka berpasangan , hubungan mereka tidak pernah mengalami masalah , tidak pernah bertikam lidah ,kalau ade merajuk manja , biasalah orang bercinta , tidak sorang pun pernah terasa hati mereka amat serasi bersame , senang nak di katakan mereka berdua amat lah secocok di mata semua orang.
Si lelaki amatlah bertuah mempunyai kekasih yang mempunyai pakej yang lengkap , bijaksana dan mempunyai rupa yang menawan persis seorang model .
dan
Si wanita pula pula amat bertuah mempunyai kekasih yang amat bertimbang rasa , dan sentiasa ceria , pandai mengambil hati , memang sesuai di jadikan menantu.
Makin lama mereka berpasangan , tapi mereka tidak lah pernah berjumpa . jadi dirancang lah pertemuan , bukan pertemuan biasa , pertemuan bersemuka pertama mereka , pertemuan muka ke muka ,
selama ini mereka hanya berpasangan tapi tidak pernah berjumpa , hanyalah bersembang di laman sembang , hanya berhubung melaui telefon bimbit sedangkan sudah lama bersama
selama ini mereka hanya berpasangan tapi tidak pernah berjumpa , hanyalah bersembang di laman sembang , hanya berhubung melaui telefon bimbit sedangkan sudah lama bersama
Sesungguhnya kukuh hubungan mereka walaupun begitu
alhamdullilah KETIKA itu berjalan lancar.
=======================
Beberapa hari sebelum hari pertemuan , wanita tersebut telah berjanji pada si lelaki yang beliau akan mengenakan sepasang baju kurang putih bercorak bunga bunga kecil dan memakai tudung berwana krim , ya insyaALLAH , itu pakaian yang akan dipakai katanya kepada lelaki itu.
dan lelaki itu pula memberitahu yang beliau akan memakai melayu lengkap dengan sampin serta songkok , dan keris terletak di pinggang
Si wanita ketawa kecil . die merasakan , itu sekadar lawak menyindir si lelaki .
si lelaki turut ketawa
Banyak yang merka berbualkan , yang si gadis menceritakan perjalanan aktiviti nya seharian , yang si lelaki menceritakan tentang kisah kawan kawan nya yang riuh
lelaki tersebut terus mengatakan yang beliau tidak sabar untuk berjumpa dengan gadis tersebut , oh ya mereka berbual melalui telefon.
setelah mengucapkan selamat tinggal , kata kata manis , dan memberikan salam , si gadis pun meletakkan telefon.
si gadis terus tersenyum gembira , di harapkan pertemuan mereka akan menjadi realiti dan dalam masa yang sama beliau teringat
" baju warna ape yang akan die pakai eh ? "
di hubungi nya semula , tapi tiada respon , mungkin dah terlelap , keletihan berkerja sambilan katanya masa di awal perbualan tadi.
perkara itu di tangguhkan pertanyaan di kemudian hari.
si gadis pun turut masuk tidur.
mimpi indah si gadis itu .
Bersambung
No comments:
Post a Comment