Seperti sedia maklum , tiap tiap pagi raya korban pasti ade solat sunat aidiladha , nak di ceritakan
pesen budak budak sekarang nih datang awal ke surau bukan main awal tapi duduk saf paling belakang jugak ,
tah ape best saf belakang tah , dapat tengok bontot kawan kawan agaknya ? , tapi aku tak lah aku selalunya saf pertama je tak pun jadi imam.
dan seperti sedia maklum jugak ,hari raya korban mesti lah ade daging korban di agihkan , time camnih pergh! tak payah maklum pakai mikrofon , semua dah kat depan kaunter agihan daging ,molek je sengih sengih macam kerang busuk menanti daging di sambar tangan , hidung pulak macam ade pasang pengesan je, baik kecik mahupun yang besar , Baik yang berkapcai atau mahupun ber-BMW.
Daging percuma menyamatarafkan mereka.
Lepas balik dari menyemak kat surau , aku pulang ke rumah dengan memabawa daging korban yang tak sampai sekilo ,tetapi aku bersyukur. Riak wajah ibu menanti kepulangan aku membawa hasil dari surau sungguh syahdu
, macam menyambut kepulangan anak beraya dari perantau je.
Padahal aku tak usaha pun nak dapatkan daging tuh , aku bagi kupon je. kahkahkah!
Letih lak menaip nih , dalam perut dah bergusti daging lembu dengan daging kambing dengan daging ayam gak dengan daging burger pun ade gak. (jangan pertikaikan nafsu makan aku ).
Dah - dah aku nak tidur , kepale aku pening pening hari nih.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Bye.
Selamat hari raya, mane FB awak? :)
ReplyDeleteade je , sila lah search :D
ReplyDelete