Tuesday, July 5, 2011

UNGGUN BERSIH - A.SAMAD SAID


Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID





SAIFUDDIN : syabas Pak. karya terbaik dekad ini. teruskan usaha murni. gigih kekal kental.
jangan pernah takut. kerana pahit berjuang itu ada manisnya.
hidup Pak Samad!. hidup negara tercinta!

Saturday, June 25, 2011

hidup aku , kini

aku mahu menjerit sepuas hati menggunakan oktaf kelapan , keluar anak tekak sehingga pecah gegendang telinga penyanyi  hardcore.

kesihatan aku terganggu kebelakangan ini ,fikiran kecil ini stress , terdampar di kampung , memang waktu sesuai untuk proses merawat  hati aku . tapi aku rasa tempoh nya sudah cukup lama , sejak aku berhenti bekerja , focus hidup aku dah tiada , jadi aku tunggu tawaran sambung belajar , gagal , buat rayuan , rayuan kali kedua , dan sekarang masih menunggu lagi tawaran , harap tuhan memberikan aku peluang , belajar , bagi aku belajar sahaja yang boleh membawa aku ke jalan terang. aku takmahu kecundang di tengah sandiwara dunia , aku nak kan kemajuan , aku tak  sanggup kecewakan hati orang tua aku. lihat mereka terasa pun aku dah sedih , inikan pula kalau dia tahu aku tak mendatangkan apa apa faedah..

di ceritakan betapa loser nya aku , aku tak dapat apa apa tawaran belajar , universiti kerajaan , mahupun swasta , kolej , intistut kemahiran , dan lain lain tempat yang boleh menuntut ilmu lagi.
khidmat negara pun aku tidak di panggil ,  tengok , betapa losernya aku.

ohh satu sahaja tawaran , kemasukan ke tingkatan enam , aku tak mahu , bukan aku sahaja tak mahu , emak aku pun tak berapa setuju aku masuk tingkatan enam , hasrat nya nak lihat aku masuk universiti , mengenggam degulung diploma , kenapa tidak ijazah ? katanya umur nya tak panjang. aku sedih.
ajal di tentukan tuhan emak ,
ada jodoh bertemu emak dengan segulung diploma tuh. 

cetus aku dalam hati. tak sampai hati aku nak luah , masa depan aku samar samar , di luahkan takut takdapat di realisasikan. mati kempunan emak aku.

and seseorang telah menegur aku , kenapa kemaskini status kau dah tak seceria dulu ? yang pasti setiap status pasti di akhiri 'haha'.tetapi kini tidak lagi ? mengapa ?


terkejut aku , ada yang memerhati ? haha. terima kasih. 

bukan aku dah tak ceria , aku mula hilang minat terhadap facebook. umur dah semakin matang , dari memikirkan laman sosial , baik aku fokus memikirkan apa yang aku nak buat dengan hidup ini.
baki hidup.

mungkin aku akan kurang aktif ber'facebook ' mungkin aku akan nyahaktifkan , tengok pada flow membawa ke mana.
akhir sekali , aku dah membeli telefon bimbit baru , sayang nya aku tak beli awal ,  baru sekarang aku ada duit lebih , itupun atas ihsan pakcik aku , sebab dia ngadu , susah nak menghubungi aku , on the spot , die beri aku wang suruh beli telefon baru. mana aku nak carik pakcik murah hati macam ini ? kau cakap
kat aku


so sapa yang rasa terus kekal berhubung dengan aku , inbox number korang kat fb aku , penat aku mintak nombor tapi tak reply , macam peminta sedekah pulak . sekali je aku mintak takde respon , aku dah tak mintak dah. okay sampai disini saja , umur panjang kita jumpa lagi ,  kejap lagi lepas sign out pun boleh mati kalau tuhan dah tentukan .

salam.






Saturday, June 11, 2011

his best friend

Boy: I broke up with her.
His Best Friend: What happened?
Boy: She’s just too much for me.
His Best Friend: What makes you say that? What did she do wrong?
Boy: Well, for one.. She only cared about her appearance. Always had to look good, always took forever to get dressed! So insecure..
His Best Friend: So, you broke her heart because she wanted to keep your eyes locked on her? She wanted you to see that you have the prettiest girl under your sleeve and not think otherwise? I see..
Boy: Oh.. Well.. She’d often call me or text me asking where I am, who I’m with, telling me not to smoke, not to drink. She’s so clingy!
His Best Friend: So, you broke her heart because she cares about your well being? Because she cares about you a lot? And her greatest fear is losing you. I see..
Boy: But.. Uhh.. Well, she’d always cry when I say something slightly mean. She can’t handle anything. She’s a crybaby!
His Best Friend: So, you broke her heart because she has feelings? And because she just wanted to hear you say you love her? I see..
Boy: I.. Well! You know, she’d get jealous easily. I could barely talk to other girls! She’s so annoying! I had to hide it from her so she wouldn’t bitch about it.
His Best Friend: So, you broke her heart because she just wanted you to commit to her? She thought you were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even more? She just wanted the guy she loves the most to love only her. I see..
Boy: Well, she..
His Best Friend: You broke up with her because she’s good for you? She just wanted the best for you? She’s broken now because you were selfish. Are you proud?
Boy: I broke her heart.. Because I couldn’t see what was happening.. What happened to me?
His Best Friend: You lost the girl that loved you like no one else could. You see? You didn’t want her when all she ever wanted was you. THAT’S what happened

Thursday, June 9, 2011

masa anda? masa orang lain ?

wanita - 40an - Berkerjaya - beratur di kaunter pembayaran , orang ramai di hadapan. jam menunjukkan pukul tujuh petang , harus cepat. harus beralih ke kuanter sebelah , kalau tidak tak masak lah aku nih , cetus hati nya

gopohnya beliau tolak troli , sampai berlaga troli  dengan troli customer lain.
tiba di kuanter sebelah , ade seorang wanita lagi menunggu giliran di depannya.

......


" Boleh bagi saya bayar barang saya dulu tak ? " sergahnya  kepada wanita itu. wanita itu juga berebut nak membayar di kuanter pembayaran. 

tak sempat di balas. wanita itu menambah lagi

  " saya nak cepat nih , anak anak kat rumah dah lapar tunggu saya balik ,  nak masak untuk  meraka makan malam. " sambil menunjukkan raut wajah serius.


wanita itu , wanita yang di depannya itu. berpakaian kasual dengan perwatakan sedikit ceria 
pun berkata.


" saya pun kejar masa , saya pun  tak banyak masa nih , saya ade kanser , dua bulan je tinggal nak hidup  " ucapnya sambil tersenyum.

wanita tuh meninggal kan troli , berlalu pulang , malam tuh keluarganya makan malam di luar.

manusia sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat , sedar atau tak sedar  , anda pun turut melalukannya.

Tuesday, June 7, 2011

call

" Kenapa kau call ayah ? "

" aku rindukan dia , Kak "

" tapi. . .  die kan dah mati ?. . .  "



P/s aku sering teringat kan kematian dan kawan yang dah mati  . al fatihah untuk mereka

Friday, June 3, 2011

sebesar zarah sekalipun.

Aku nampak beberape orang indon menyeberang jalan , lagi sikit nak di langgar pakcik aku dengan kereta. Sembilan nyawa agaknya indon nih? hari jumaat. pegi ke masjid ? mungkin ? sape tahu , kalau dah jinjing sejadah kat tangan , singkap kain pelikat , pegi mane lagi ye dok ? times square ? kahkah~

okay langsung terbukak ceghite  , pakcik aku sebut pasal nih. .

" setiap langkah yang diambil untuk ke masjid , menunaikan solat , ada ganjaran pahala bagi nya "

mendalam tak  ? pahala yang senang senang je dapat , tapi dgn iktikad lah  , niat yg kukuh kemasjid untuk menunaikan ibadah , bukan borak kosong , borak pasal politik kapitalisma liberal tuh semua.
so aku teringat lah kisah mase kuliah maghrib mase aku kat kampung

so nak di jadikan cerite , ade kuliah maghrib yang di kendalikan oleh ustaz mane tah , aku dah lupe name ustaz tuh,

semasa diceritakan tentang pahala berjalan kaki ke surau ni lah.Aku teruje je dengar yelah , pahala tetap dikira walaupu baru berniat membuat perkara baik , dan perkara jahat tetap juga di hitung walaupun sekecil zarah sekalipun.

Dalam seronok seronok ustaz bercerita , ade lak seorang mamat bijak pandai dari lagaknya aku tengok lah , dengan baju melayu lengan sinsing! nampak jam rolex tiruan. bergaya habis. Bertanya lah si pemuda tuh kepada ustaz tadi , 

" zaman sekarang mane ade orang pegi solat jalan kaki ustaz , semua naik kenderaan je lah , cemana  malaikat nak kira pahala , kalau jalan kaki senang lah nak kira , ustaz ? " sambil bertanya sambil gelak sinis , ingat beliau dah menanyakan satu soalan yang amat susah di jawab. 

PADAHAL. .

Ustaz tuh membidas balik 
" Awak ingat malaikat bodoh ke ? "

ustaz tuh pun malas nak hujah panjang panjang , bukan lawan die pemuda tuh nak berdebat , dari pandangan aku lah.

Terkedu pemuda berlagak tuh , aku pun nak tergelak  tapi muka pura pura serious. terkentut aku , terus batal air wuduk. ciskek.

kalau dah sempit pemikiran korang , jangan di sempitkan jugak pemikiran orang lain .
HAHA

tuh je nak ceghite , sambung kerja tolong makcik aku kupas kentang, leceh betul.

salam.

P/s : ustaz tuh lah pakcik aku sebenarnya , haha

Saturday, May 28, 2011

alangkah indahnya


I was born in the wrong era; I would love to have been a teenager when Blink 182, New Found Glory ,MCR and Green Day were on the radio, not fucking Justin Beiber and Rebecca Black. When not everybody had cell phones or computers, you had to go outside and call round for your friends. When denim jackets with badges and studds covering them and tartan skirts was the fashion, not skimpy shorts and belly tops, like it is now. When kids cared more about music than popularity and sex. When you could stay out until it was dark and your parents weren't worried about you because we actually used our brains. 90's sitcoms, black nail varnish and mowhawks, when punks were the cool kids, not the outcasts. People didn't cake themselves in foundation,. just some eyeliner was enough; on girls and boys. When people were happy with themselves.

Monday, May 9, 2011


Kisah seorang  wanita dan seorang jejaka

Pertemuan mereka bermula di alam maya , mula kenal di laman sembang.
cinta masa kini banyak mula di alam maya , cinta jenis millenium baru.

Kisahnya bermula begini

dari insan  yang tak di kenali  , langsung tak pernah bertegursapa  , menjadi sahabat , dari sahabat menjadi pasangan kekasih.

ya , salam tempoh yang singkat mereka berkasihan , mungkin terasa serasi , terasa ade kimia diantara mereka berdua 

walaupun tinggal pada jarak yang jauh ,berlainan bentuk muka bumi , tapi  itu bukan halangan 

di ringkaskan cerita , agak lama tempoh  mereka berpasangan  , hubungan mereka tidak pernah mengalami masalah , tidak pernah bertikam lidah ,kalau ade merajuk manja , biasalah orang bercinta , tidak sorang pun pernah terasa hati mereka amat serasi bersame , senang nak di katakan mereka berdua amat lah secocok di mata semua orang.

Si lelaki amatlah bertuah mempunyai kekasih yang mempunyai pakej yang lengkap , bijaksana dan mempunyai rupa yang menawan persis seorang model .

dan

Si wanita pula pula amat bertuah mempunyai kekasih yang amat bertimbang rasa , dan  sentiasa ceria , pandai mengambil hati , memang sesuai di jadikan menantu.

Makin lama mereka berpasangan , tapi mereka tidak lah pernah berjumpa . jadi dirancang lah pertemuan , bukan pertemuan biasa , pertemuan bersemuka pertama mereka , pertemuan muka ke muka ,
selama ini mereka hanya berpasangan tapi tidak pernah berjumpa , hanyalah bersembang di laman sembang , hanya berhubung melaui telefon bimbit sedangkan sudah lama bersama

Sesungguhnya kukuh hubungan mereka walaupun begitu 
alhamdullilah KETIKA itu berjalan lancar.


=======================

Beberapa hari sebelum  hari pertemuan , wanita tersebut telah berjanji pada si lelaki yang beliau akan mengenakan sepasang baju kurang putih bercorak bunga bunga kecil dan memakai tudung berwana krim , ya insyaALLAH  , itu pakaian yang akan dipakai katanya kepada lelaki itu.

dan lelaki itu pula memberitahu yang beliau akan memakai melayu lengkap dengan sampin serta songkok , dan keris terletak di pinggang
Si wanita ketawa kecil . die merasakan , itu sekadar lawak menyindir  si lelaki .
si lelaki turut ketawa

Banyak yang merka berbualkan , yang si gadis menceritakan perjalanan aktiviti nya  seharian , yang si lelaki menceritakan tentang  kisah kawan kawan nya yang riuh 

lelaki tersebut terus mengatakan yang beliau tidak sabar untuk berjumpa dengan gadis tersebut , oh ya mereka berbual melalui telefon.

setelah mengucapkan selamat tinggal , kata kata manis ,  dan memberikan salam , si gadis pun meletakkan telefon.

si gadis terus tersenyum gembira , di harapkan pertemuan mereka akan menjadi realiti dan dalam masa yang sama beliau teringat

" baju warna ape yang akan die pakai eh ? "

di hubungi nya semula , tapi tiada respon , mungkin dah terlelap , keletihan berkerja sambilan  katanya masa di  awal perbualan tadi.

perkara itu di tangguhkan pertanyaan di  kemudian hari.

si gadis pun turut masuk tidur.

mimpi indah si gadis itu .



Bersambung 




Saturday, May 7, 2011

panas ! -7 mei 2011

Today was fun , kembali ke sekolah   sebab ade hari kantin ke hape tah 
name tak penting , pengisian nya yang penting ,  haha , perut aku penuh berisi dengan makanan yang banyak , RM 10.00 kupon aku beli , untuk di habiskan makanan dan minuman .

Dapat jumpa junior dan junior dan junior lame , senior yang tak ramai datang, haha
akceli im quiet popoular among the junior , and i dont know why ,  curious gile aku nih , camanalah mereka mengenali aku

aku ajak amar berkalai kali , tapi beliau menolak , tah ape hal die berkeras tanak pegi , tau lah befday boy haha! 

Dan di kesempatan inih aku nak ucap selamat hari lahir yang ke 18 tahun kepada 


MUHAMMAD AMMAR IZZAT BIN YUSOF 

geng senanyer kau dah tua so bawak bawak lah bertaubat haha. aku doakan kau berjaya weyh, jangan lupa kan kawan. 

thats all for today.salam 



SELAMAT HARI EMAK !

okey , the exactly tarikh sebenar hari ibu nih , aku tak sure sebenarnya! ahaha 
sebab bagi aku hari ibu bukan sehari tuh aje , seumur hidup aku selagi mak aku masih bernyawa itulah hari ibu aku! 

Sebenarnya aku sayang mak aku , tapi aku tak luahkan macam budak budak gadis remaja buat , bergambar dengan ibu , cium pipi ,  shopping sesame , pegi mandi spa sesame  ,bukan cara aku!

Kalau korang dapat tengok gambar mak aku ngan aku dalam SEKEPING gambar , memang korang bertuah . sebab aku susah nak bergambar dengan keluarga! aku pun senanyer kurang bergambar , selalu terpakse atau takde pilihan ataupun bersebab! bergambar sesuka hati pun bukan cara aku.

So , aku luahkan yang aku sayang mak aku dengan cara , aku tolong masak kan , potong ikan , potong ayam , kemas tempat tido ,dengar cakap , belajar sunggguh sungguh , angkat tong gas , kadang kadang aku gunting rambut mak aku , kadang kadang die malas nak pegi gunting rambut ! 
korang penah gunting rambut mak korang ? dan  ye! aku meluahkan nya  melalui perbuatan.
aku tak pandai cara lisan. ego aku tinggi .  

Aku tulis nih pun semua nih bukan die tahu , kalau die tahu mesti die  mesti menangis , ye lah aku kat umah muke bengis , tapi sebenarnya aku penyayang ! serius !

So dengan ini mak , saya amat menyayangi emak lebih dari apa pun , tak kisah kamu mempunyai kekurangan kerana pengorbanan kamu lagi penting dan besar ertinya pada saya  , yang menjaga saya sejak dalam kandungan lagi , dari saat mak tahu mak mengandungkan saya. terima kasih , doakan yang terbaik untuk mak dan untuk saya!

*diam eyh semua , jangan bagi tau mak saya

bercampur baur

HATI tengah mengharap gile pastu ape perasaan korang nih  bile bace nih
 " Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012 "
SUUUUUUCK! 


aku tak dapat masuk UITM  , macam . . . hei! sukar di gambarkan , betape kecewanya hati ku ini!
aku ingat kursus yang aku mohon , takde orang minat . cheese bedebah , kene lah aku buat rayuan , kalau tak dapat jugak terpaksa lah aku masuk UNIVERSITI SWASTA! kenelah sediakan duit bebanyak , sape sape ade duit lebih bagi aku pinjam , nanti aku bagi no akaun bank islam aku .

aku frust gila sebab makcik aku cakap aku dapat masuk UITM , maklumlah die pensyarah , aku ingat betul lah cakap die , hei! kalau lah die ade depan aku memang aku tomoi die , ongbak 1 ,2 & 3 aku combined , aku belasah die.

aku terbaring jeh dari lepas solat jumaat sampai malam , pastuh tengok maharajalawak ,aku lupa sekejap pasal UPU fucking tadi , tibe tibe , makcik aku call , tanye dapat ke tak ? aku frust balik. =='
makcik aku nih memang!

so cakap banyak tak gune , pray me for the best , harap harap dapat second intake pun belasah lah , janji dapat masuk UITM, kenapa aku nak UITM sangat sangat ? banyak kesah die. hihi nanti cerita

Kbai

Assalamualaikkum!

Wednesday, May 4, 2011

jangan ego sangat

Bertumbuk , bercucuran darah  ke bumi 
sebarkan nista dan nanah  kepada jelata
Bertikam lidah tak besependapat
gila meratah harta pusaka 
Pemandu ganas beroda dua 
saling jatuh menjatuhkan sekalipun
 

kau MESTI memaafkan insan


 
Ya tak mustahil kau akan  bersahabat , tak mustahil

GEMBIRA! 

ya! aku sedang buat itu sekarang , tapi aku tak ikhlas , aku palsukan mimik muka , aku senyum , aku berkelakuan aktif , tapi sebenarnya aku sedih di dalam  , hati terasa sejuk  , kejantanan sedikit terusik , ya ! , hampir menangis , entah munkin sudah menitiskan airmata , aku tipu diri sendiri cakap aku tak menitiskan air mata! , terkadang kite tak faham  diri sendiri pun 

Aku  tak tau apa sebab terjadi begini ? aku nih membosankan ? mungkin aku tertekan barangkali ? aku takutkan komitmen ? yang penting semua salah aku , kasihan kau dapat kenal ,  mesti kau rase menyesal kan ?

maaf!

kasihan kau selama ini terseksa ! terpaksa melayan aku, 

sekali lagi maaf!

Sekarang kau sudah menjadi salah satu warna dalam kisah hidup aku , kau yang pertama! pasti .

Mungkin suatu hari nanti bila aku dah bersedia , mungkin aku cari kau semula  , mungkin ! 

Jodoh  dan pertemuan di tanganNya 

kalau takdir di pertemukan semula , aku akur 

kalau takdir kau berjumpa orang yang lebih sempurna dari aku , aku tumpang gembira! 

Semoga berbahagia , semoga berjaya dalam hidup kau  !  

InsyaAllah . 

bagi aku , aku akan  terus kepada cita cita yang utama . 

Assalamualaikkum~


Suatu hari , cinta dan persahabatan berjumpa

Cinta bertanya , kenapakah kamu wujudkan , sedang kan , saya dah wujud ?

Persahabatan tersenyum dan berkata , untuk meletakkan senyuman selepas kamu tinggalkan tangisan

Saturday, April 30, 2011

semak samun pale otak aku

Sebenarnye dah penat lah menjawab pertanyaan pakcik makcik  , yang  asyik asyik call 

" amacam pudin , dapat tak masuk U ? "

selang seminggu

" amacam pudin , dapat tak U ? "

selang seminggu 

" amacam pudin , dapat masuk tak U ? "

dari call , sampai ke  IM pesbuk , sume tanye , nak di remove makcik makcik dalam friendlist kang dikata ape pulak !  ANAK BUAH DERHAKA! , 

haih , kalau aku dapat U memang aku wall post kat pesbuk kau sepuluh kali pun takpe , bende baik buat ape aku nak sorok ? takkan lah aku tanak bagi tau kau .

ni ah , baru baru ni Keputusan Matrik kuar , call aku lagi 

" amacam pudin , dapat tak U ? "

matrik dengan U  same keh ? bukan nak marah pakcik makcik sekalian , tapi. . . 
 

Blergghh!

padahal tiap tiap kali jumpa , tanye khabar , tanye amik ape kat sekolah ?, belajar ape kat sekolah ?
aku dah bagitau dah yang aku tak dapat matrik , tak boleh masuk pun kalau aku nak masuk matrik pun , aku tak layak masuk!  aduh. pakcik makcik anda buat saya pening lah,

baru pakcik dan makcik sekalian , belum mak bapak aku pulak , hei!

Mak aku  HARI HARI TANYE!  

" bile kau  nak masuk U !! ?  "

tak kau stressed ? kalau kau di tempat aku , mau minum clorox korang.

sape tanak sambung belajar ? kau cakap kat aku sape tanak sambung 
BELAJARRRRRR!!!!!!

atok aku pun nak ikut aku amik SPM tau arituh , tapi tak boleh. 
die pun nak sambung belajar kalau ade peluang tapi maslahnya tak boleh.
tapi atuk aku dah tak belajar pun takpe lah , kalau aku tak belajar nak jadi ape ? 
beruk ? beruang ? tenggiling ?


heih , tu jelah Kbai ,salam




Saturday, April 23, 2011

SPECIAL!

Okay , semorang dah tanye , sape kah die ? skandal ke hape , malah nak bising bising senanyer.

ini lah die gadis pilihan aku.


die yang punya hati aku sekarang , OKAY . so gadis lain , sila ketepi , beri laluan , HAHA

kire beruntung saya , sebab saya tak ensem dapat awek lawa. HAHA , 

and terima kasih awak , sebab sabar dengan saya! . . 

MUCHOS GRACIAS!

P/S : pic nih saya amik kat FB dieh , harap die tak marah , kalau nak marah pun saya pedulik hape.hihi

Wednesday, April 20, 2011

Faking ,

Blog dengan aku memang tak boleh di pisahkan
itu 
 
DULU!

SEKARANG!  , aku pun lupe kadang kadang aku ade blog , bukan aku dah tak minat menulis , bukan aku takde idea, tapi disebabkan oleh bermacam macam masalah ,idea dalam otak nih memang melambak lambak , sampai tak boleh tidur mengarang cerita dalam kepale ota k , tapi di sebabkan  PC JAHANAM! bukan satu je , DUA PC aku jahanam ,  jangan buat andaian liar yang aku rosakkan , semua nih adik aku punye angkara okay , tah ape die buat , So aku tak dapat lah nak update blog se HARDCORE dulu. Tanak bagi adik aku pakai PC aku pulak , mak aku bising , aku malas nak dengar mak aku membebel , beliau kalau dah membebel ,dah macam ceramah motivasi , banyak je pengisiannye , habis aku di compare kan dengan anak orang lain , kecoh habis!
 
penah jugak terfikir kan  , tanpa internet aku boleh hidup lah , ptuihhhhh! seminggu je aku tuka hobi aku dari online ke berjogging , hiking ,basketball, pastuh aku carik balik internet.PC jahanam , Laptop Paktih aku , aku gune , sanggup pegi umah die , lepas gian online sejam dua. haha. okay i'm pathetic!  betul lah kate  unknown(aku tak ingat okay sape yg cakap) internet is the new oxygen . memang betul. haha

so , sekarang aku online nih pun menggunakan PC aku yg dah jahanam tuh , aku ketuk ketuk , repair sikit janji boleh online sudah , lepas gian beb! ye lah , aku dah tak keje , dok rumah , menternak lemak , menghabiskan duit mak ayah aku , so dengan ade nye internet , aku akan nampak BUSY je , takde lah dorang tengok aku kat rumah macam lembu , tak buat ape ape , makan je keje! 

Dan , sebab aku akan mule aktif balik , aku akan reCALL balik memory untuk tulis peristiwa peristiwa menarik yang tak sempat aku tulis. Kebanyakkan peritiwa berlaku di luar rumah , dan bersama member .aku tengok meber member yang ade blog kemain best je ceritakan pengalaman /luahan hati/buat vlog perghhh! makin le aku rase jeles je.

Kbai

Thursday, April 7, 2011

OKAY , SAYA TAK OKAY TAU SEKARANG

ASSALAMUALAIKKUM SEMUA!!

haih , agak lamo gak aku dah tak hupdate blog nih , nak tau sobab apo , ha! meh Abang ceghite.

Dulu abang tak online , tak hupdate blog sebab abang bekerja mase tuh , abang keje kat kedai nasi briyani kat Seksyen 6 Bandar Baru Bangi , berhadapan dengan TUTTI FRUTI(betol ke abang eja nih) .Keje boleh tahan penat , boleh tahan letih nye , sampai die punya busy nak kencing pun tak sempat , nasib baik tak pecah pundi kencing , asyik asyik tahan air kencing  , mane taknye customer makan nasi briyani nih bermusim awal bulan , ujong bulan memang tak menang tangan melayan mereka meraka  nih . Datang serbu macam nak berperang , dua belas tiga belas bijik bas  sekali berhenti bilo nak makan. Tapi namo pun kerja , kerja ape yang tak penat kan , so abang buat je lah kerja sehabis baik yang boleh. Ha! nih yang paling best , abang dah benti dah pun keje kat situ. Sebulan je abang keje kat situ, Abang berhenti atas sebab sebab peribadi,
okay kau diam! 

Selepas dah berhenti tuh , abang pun buat lah lesen Moto kan , ye lah dah takde bende nak buat , melepak je kat umah , habis kan duit makbapak semua tuh kan kerja keras . so abang pun sibuk sibuk kan diri dengan mengambil lesen  , nampak lah abang macam  adearah tujuan hidup sikit , kalo tidak  , abang asyik merayap tak tentu pasal , duit asyik kuar je , duit masuk takde. Dalam abang amik lesen tuh semua , abang tak online juga sebab komputer yang abang sayang nih rosak pulok , abang pun heran , mungkin sebab lame tak ON die merajok lah kot. haih! duit lagik. Hari yang samae HANDPHONE  abang pun turut rosak sama , macam dah berjanji dua dua bende nih .  menyampah betol , so sape sape yang call , pastuh abang macam maleh je nak jawab je , faham faham je lah eh. hp abang dah jahanam , tunggu abang beli hp baru , dan ia mungkin dalam beberapa taun lagik.

So cite pasal SPM pulok , terus terang abang cakap , SASARAN abang ialah 5A , tapi hanya dapat 3A , pape pun abang tetap bersyukur,rezeki abang banyak tuh je tuhan nak bagi , lagi pun abang takde yang gagal , semua abang kredit. Abang dah mohon UITM , mintak mintak lah dapat , terus abang pergi  ke sarawak , terjamin sikit mase depan abang kat situ , nenek pun ade  Udara pun lagi sogar bugar dari  Bandar Rinching nih. , okay lah ini aje yang abang nak cerita kan , yang lain  abang dah lupa , sebab pc dah rosak kan. tangguh tanguh nak hupdate langsung lupa pulok  HAHA , okay jumpa lagi di lain kali kalo ado jodoh , takpun kalo abang tak lupo password blog nih.haha

SALAM <CHOW

Wednesday, February 2, 2011

BEB! GUA TAK FAHAM BEB ?

Beb ,  dah lah gua migrain teruk beb semalam  , macam nak pengsan je tapi tak pengsan , sampai tengok tv gua tak paham ape yang cube di ceritakan. tapi takpe bukan itu yang gua nak cerita , gua nak cerita  pagi pagi tadi sedar je bangun dari beradu  , gua tengok tv , gua tengok iklan , bantai lak ade iklan KFC , pasal latest punya meal , DONUT IKAN , gua tergelak beb , tah pape ah donut ikan. tapi iklan tuh buat perut gua lapar beb , ciss , bukak saji , ade nasi lemak je! haih. tapi syukurlah ade jugak makanan.

Gua gelisah lah beb , duduk tak tenteram , gua rase geram pulak , gua nak rase gak DONUT IKAN  tuh camane. Iklan tuh memang menduga keimanan. betul betul mempengaruhi pemikiran. So tanpa berlengah dan membazirkan masa yang priceless nih , gua pun pegi lah ke tesco , jalan kaki bhai , sanggup.

So sampai tesco , gua straight pegi kfc , dalam otak DONUT IKAN  je ingat ,  lain pun gua ingat jugak , no ic mak  bapak , alamat  , no awek , tapi nak bagi cite sedap sikit en, haha


Dah puas melantak , gua beli ice blended lepak jap kat kedai kasut member, bukan die punyer , die keje je kat situ tapi dah die buat macam die yang punye , so kita ikut  aje lah , haha! Okay , mase gua lepak lepak , Ammar ajak gua ke kolam beliau , so aku dari tesco? pegi kolam? baju basahan gua tak bawak camane? takpe , gua beli suar hawaii , haha , naseb baik gua ade duit sikit. haha! tapi mase nak bayar memang gua bengang gile , beratur hingga ke singapura , tah pehal, dapat gaji ler tuh .takpun shopping sebab tahun baru cina , jap eyh aku curious yang aku tengok , ramai melayu je? sambut gak tahun baru cina? nak tanya , orang tengah hati panas beratur panjang kang kene lempang! haha okay .

Sampai kat kolam buat keje ape , ade lak sorang mamat nih benti pakai motor ex5  , tanye . . . 

" eh korang nih masuk kolam  , owner kolam tau ke ? "

gua pun jawab ah . 

" tau lah beb , nih kolam  bapak kawan gua. "
" nih ah anak die , tengah berendam dalam kolam "

sambil gua tunjuk Ammar yang tengah berendam dan bertungkus lumus men - SETTLE kan jaring ikan dengan beberapa kawan gua yang lain.


pastuh beb , mamat die cakap gua kuang hajar beb! die cakap gua takde adab masuk tempat orang!

semata mata sebab gua bahasa kan die  ' lu gua ' . . sebab tuh je bhai , haha , kelakar tuh balik ngadu kat bapak . haha. macam budak kecik. haha

yang mamat nih , tanye tak bagi salam? ade adab tuh? haha , beb bapak die soh gua ubah cara percakapan gua? , 17 tahun beb gua idop , mak gua pun tak suruh gua ubah cara bercakap , inikan die , bukan maksud gua nih kurang hajar dengan mak bapak gua , gua still hormat ,  gila ke tak hormat mak bapak. 

tapi hanya dengar  gua membahasakan die  ' lu gua ' dengan die , die dah labelkan gua budak kuang ajar. nih memang gua tak faham.haha


okay banyak lagi gua nak cite , tak baik aibkan orang , haha!  Gua nak tanye , gune gua nih kurang ajar ke? takde adab ke?  gua tak rase camtuh pulak  . . .  yang  gua rase , susunan ayat je yang boleh menjadikan percakapan seseorang tuh kurang ajar , kalau gua guna 'saya '  pun boleh jadi kurang ajar gak , kalau gua  guna ' tuan hamba ' pun leh kuang ajar gak . tak semesti nya gua  guna  'gua ' menunnjukkan gua nih takde adab , tak hormat orang lain. hish , gua tak faham lah beb. haha

okay lah beb , gua , chow dulu, haha lu orang lek lek aje , salam

Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT DATANG FEBRUARI YANG MANIS!

Pojam colik pojam colik  ramai dah meninggal , pojam colik pojam colik , ade yang gaduh sini , gaduh sana , merusuh sini merusuh sana!  and and  sekejap je dah masuk bulan dua , pastuh bulan tiga . . . bulan tiga dapat result spm , haih , berdobar  berdobar jantung abang nih


Okay , bulan Februari , memang bulan pebret gua , bulan gua di lahirkan ke muka bumi inih , so memang pebret lah takde alasan lain , tak tau lah kalau ade orang tak suke ari lahir atau bulan kelahiran die , tapi aku rase ade kot sebab  gua penah terbace pasal kisah budak nih bencikan kek hari jadi sebab parents beliau kemalangan kerana hendak membeli kek harijadi beliau so , lepas je tahun tuh beliau tak lagi sambut harijadi sebab ulangtahun hari jadi beliau sekali dengan ulangtahun kematian parents beliau , sungguh tragis! gua tanak macam tuh.

gua sedeh dengan dunia sekarang nih , tapi nak buat camane kalau manusia yang tanak merubah nye , takkan berubah lah kan ,cite banyak tak gune, k. chow.salam