Wednesday, September 28, 2011

sehari di hari bulan 27. september

Cerita nya begini.
Pagi pagi yang hening , dan aku yang nyenyak aku dikejutkan dengan panggilan telefon , nyesal tak silent sebelum tidur.

"Weyh , mana ? aku nak pinjam duit nih  adik aku nak bukak buku akaun bank , pinjam RM 70  "

panggilan tersebut dari Hafiq , kawan senang dan susah aku.

Disebabkan ketiadaan duit kecil. aku bagi RM 100 , bukannya dia tak bayar balik kan ?
di sini semuanya bergantung kepada kepercayaan,

dan seterusnya kisah nya dimana aku ade sekeping duit syiling atau lebih tepat Dinar emas bernilai 100 dinar emas bahrain , aku nak tukar nilai syiling tu kat Money changer Tesco , dengan harapan dapat lah duit tuh aku buat melantak , alih alih premis yang kat Tesco tuh tak terima nilai matawang yang berbentuk syiling , nak yang berbentuk kertas je. Puihhh!

dah lah menapak punya jauh tapi takpe nanti carik kedai lain pulak.

lepas dah kecewa , aku singgah rumah makcik aku ,ingat perut lapar boleh ah singgah melantak tetapi yang indahnya makcik aku takde , pergi servis kereta , tinggal lah sepupu aku dua orang di rumah. ape yang dorang tahu, dorang bujang same macam aku.

lepask sejam dua lepak  , aku pun balik.

ok ini kemuncak nye.

Pada malam 27  dekat dekat  lepas waktu isyak , aku datang lah rumah Hafiq ye lah , bapak die suruh datang amik duit yang kau pinjamkan tadi , aku tak kisah die bayar cepat ke lambat , tapi die dah bayar tuh alhamdulilah , HAHA.  oh yaa , masa tuh Along , iaitu abang sulung kepada Hafiq ajak aku tengok wayang , mula mula berbelah bagi nak ikut bersama , yelah duit seciput taik hidung semut nak pergi berfoya foya , banyak perkara lagi nak di risaukan.

Fikir punya fikir , macam lama je  fikirkan ?padahal semua keputusan nih aku buat tak sampai 3 minit ,  aku setuju lah nak ikut Along tapi dengan syarat tengok cereka inggeris lah , kalau cereka melayu , aku malas nak ikut , sebab cerita melayu keluar kat astro. haha
Along nak tengok 'Bini bini ku gengster ' , aku nak tengok 'Johnny English '. 
entah mane mane bantai lah dengan tak buat keputusan yang muktamad

 kami semua pun bertolak kira kira dalam pukul 9 suku malam dan sampai Jusco Cheras Selatan kira kira pukul 9.50 minit malam , dari semenyih dengan menggunakan Kereta Proton Satria 1.6 turbo sempat ambik kakak angkat die lagi kat bandar Tun Hussien Onn. So jangan tanya lah berape laju Along bawak , hampir terkencing , hampir ye!

Jadi ,s ebelum bertolak Along dah check internet jadual tayangan filem , semuanya bermula pada pukul 10 malam kebanyakannya dan kami sampai betul menjejakkan kaki di tempat membeli tiket wayang adalah pukul 10.10 . jadi bawa kereta laju laju tadi macam takde faedah sebab carik parking  mengambil waktu yang banyak pulak.


okey sebenarnya nih adalah yang paling nak cerita.

Along terkejar kejar macam di kejar anjing padahal nak beli tiket , aku tahu masa dah suntuk tapi kemachoan harus di kekalkan okey ? haha.

dalam masa Along nak beli tiket , ade orang approach aku.

" Dik , hangpa nak tengok wayang ka? nak tengok ceghita apa ? "

aku dah fikir buruk , oran tuh belum cakap ape ape , aku dah fikir buruk , aku ingat orang tuh nak rompak aku , takpun paw aku ke , takpun yang paling sikit pun nak jual tiket , tapi ketuk harga tinggi tinggi punya ye macam 'ulat tiket' tuh. aku dah fikir segala kemungkinan yang buruk  sampai aku cuak , tapi still berdiri kat situ , otak je berfikir ligat. 

JAHATnya aku bersangka buruk kat orang.

aku pun dengan takut takut berani  tapi muka still cover macho . . 

"A'ah bang , ni kan panggung wayang takkan nak beli popcorn terus balik ? , ingat nak tengok cerite johny english ramai lak aih beraturnye "

lepas tu ade ke , yang tak di sangka sangka berlaku.

Abang tuh bagi tiket wayang free kat aku dan kawan kawan aku , unbelieveable.
Rasa macam nak menangis je persepsi aku terhadap
 " MANA ADA BENDA FREE DALAM DUNIA NIH "
berubah langsung , berubah terus , dalam nak sedih sedih , aku panggil Along cepat cepat , aku jerit panggil name die , korang bayangkan.

" Long  long , ade orang bagi tiket free , takyah beli tiket , meh sini cepat "

aku dengan di pisahkan tiang kain yang boleh tarik tarik tuh. 

orang kiri kanan pandang aku atas bawah , HAHA , tapi muka kene maintain macho , yee itu pasti! 

berlari Along kat aku macam babak cerita hindustan  , macam seorang ibu yang menantikan kepulangan anak nya dari medan perang , haa! macam tuh lah along datang berlari kepada aku.

Along salam orang yang bagi tiket free tuh , tanya name , asal , umur , jantina . haa okey tanye name je dengan asal mana.

" Ramdan , Ramdan  , asai Sungai petani  , Sungai Petani . . "

jawab bro tuh dengan raut wajah yang berkerut , dengan teragak agak , ulang dua kali tuh setiap perkataan tah apehal.

aku tanye lah kenapa baik hati sangat bagi tiket free sangat nih  kan

die jawab. .  " Kawan kawan , kawan abang cancel last minute semuanya  , tuh yang banyak tiket free nih . . "

mungkin betul kata die , aku tengok dekat anggaran 20 keping tiket ade dekat tangan die , tapi die tubuh seorang sahaja.

ouh tiket yang di berikan adalah cerita ' Nasi lemak 2.0 '

hambik kau , nak tengok movie melay nak tengok movie inggeris , dapat movie mandarin!
But overall , cerita nya memang gempak , super , awesome . memang berbaloi dengan harganya yang free! HAHAHA
Kelakarnya setiap minit , tak kering gusi and sampai taip entri nih pun aku still teringat kan cerita tuh. aku cadangkan cerita ini semua kepada rakan rakan semua.

ok , kalau nak tngok Movie ni , anda harus lah befikiran terbuka. 
kalau tidak memang tak jadi , lagi pun nak serisu je sepanjang masa , sampai bila nak serius , rileks rileks sudah . , okay itu je nak di ceritakan , jumpa lagi kalau ada cerita :D

Monday, September 26, 2011

Pose-pose cliche awek cantik ketika bergambar di laman social.

Awek awek kalau bergambar  tak cukup sekeping , tapi sekarang  takde istilah sekeping semua dunia maya , sekarang orang guna dunia maya. : )


Pose #1 : V Sign/ Peace

Pose #2 : Shyyyy....

Pose #3 : Mengemis / Minta duit

Pose #4 : Adjusting Glasses / pegang Kacamata


Pose #5 : Claws / aksi kucing mencakar

Pose #6 : Pegang rambut, tocang

Pose #7 : Frame

Pose #8 : buat muka tak berdosa/innocent

Versi Kartun

Pose #9 : Louder /buat muka comel

Pose #10 : Menumbuk

Pose #11 : Punch to the Face / Pukul Pipi

Pose #12 : Call Me

pose #13 : Bang! / menembak

pose #14 : Confused / bingung

pose #15 : Praying / berdoa

pose #16 : Blowing a kiss / 

pose #17 : Pointing / Menunjuk

pose #18 : Giant heart / Tangan Membentuk Hati

pose #19 : Pillow / Memeluk bantal 

pose #20 : Surprised / terkejut

pose #21 : Daydreaming / Bermimpi

pose #22 : Hey

pose #23 : Heart shape

pose #24 : Nyan nyan /gaya kucing

pose #25 : OK




Tuesday, September 20, 2011

Malam yang panjang.

Awak tidak boleh menggesa malamOleh kerana malam  akan kekal selama  dan selagi yang dia mahuDan kita bukan empunya malamKerana empunya malam adalah Tuhan dan bukan orang lainTetapi anda boleh tunggu malam pergi meninggalkan kita.Anda tidak boleh menggesa malamwalaupun malam berlangsung amat lama dan terkadang terasa panjang
Tetapi dengan hanya memakai dan menyarungkan seluar yang panjang dan anda akan selesa apabila anda tidur di katil anda.

Monday, September 19, 2011

Depressi menjadikan aku

Depressi menjadikan aku merasa kesakitan
Depressi menjadikan aku bodoh
Depressi menjadikan aku rebah
Depressi menjadikan aku marah
Depressi menjadikan aku sedih
Depressi menjadikan aku lupa dunia sebenar
Depressi menjadikan aku tertekan.
Depressi menjadikan aku hilang kawalan diri
Depressi menjadikan aku benci semua yang punya hati
Depressi menjadikan aku berfikir berkali  kali
Depressi menjadikan aku seorang yang sunyi
Depressi menjadikan aku seorang yang liar
Depressi menjadikan aku seorang yang kurang berbakti.
Depressi menjadikan aku seorang yang sakit.
Apa yang depressi mampu berikan kepada aku ?
ketika ia datang menyerang , menerobos laju ke dalam diri . .

Depressi mampu membunuh aku .

SEMOGA MATI DALAM KEAMANAN.

Friday, September 9, 2011

kononnya

Material kau , kononnya atas rasa keselesaan .
Material kau , kononnya atas rasa keyakinan diri .


Ego kah? Bangga diri kah ? itu kau pejam , kau pendam  , kau diam .
Semuanya kau topengkan di sebalik material.


bagi tau aje lah ape yang kau nak canangkan , apa yang kau mahukan  orang bogelkan pemikirannya. 
bagi tahu sajalah , kau mahu orang kata kau bagus.


TERUS TERANG sajalah.


lancau.