Saturday, June 25, 2011

hidup aku , kini

aku mahu menjerit sepuas hati menggunakan oktaf kelapan , keluar anak tekak sehingga pecah gegendang telinga penyanyi  hardcore.

kesihatan aku terganggu kebelakangan ini ,fikiran kecil ini stress , terdampar di kampung , memang waktu sesuai untuk proses merawat  hati aku . tapi aku rasa tempoh nya sudah cukup lama , sejak aku berhenti bekerja , focus hidup aku dah tiada , jadi aku tunggu tawaran sambung belajar , gagal , buat rayuan , rayuan kali kedua , dan sekarang masih menunggu lagi tawaran , harap tuhan memberikan aku peluang , belajar , bagi aku belajar sahaja yang boleh membawa aku ke jalan terang. aku takmahu kecundang di tengah sandiwara dunia , aku nak kan kemajuan , aku tak  sanggup kecewakan hati orang tua aku. lihat mereka terasa pun aku dah sedih , inikan pula kalau dia tahu aku tak mendatangkan apa apa faedah..

di ceritakan betapa loser nya aku , aku tak dapat apa apa tawaran belajar , universiti kerajaan , mahupun swasta , kolej , intistut kemahiran , dan lain lain tempat yang boleh menuntut ilmu lagi.
khidmat negara pun aku tidak di panggil ,  tengok , betapa losernya aku.

ohh satu sahaja tawaran , kemasukan ke tingkatan enam , aku tak mahu , bukan aku sahaja tak mahu , emak aku pun tak berapa setuju aku masuk tingkatan enam , hasrat nya nak lihat aku masuk universiti , mengenggam degulung diploma , kenapa tidak ijazah ? katanya umur nya tak panjang. aku sedih.
ajal di tentukan tuhan emak ,
ada jodoh bertemu emak dengan segulung diploma tuh. 

cetus aku dalam hati. tak sampai hati aku nak luah , masa depan aku samar samar , di luahkan takut takdapat di realisasikan. mati kempunan emak aku.

and seseorang telah menegur aku , kenapa kemaskini status kau dah tak seceria dulu ? yang pasti setiap status pasti di akhiri 'haha'.tetapi kini tidak lagi ? mengapa ?


terkejut aku , ada yang memerhati ? haha. terima kasih. 

bukan aku dah tak ceria , aku mula hilang minat terhadap facebook. umur dah semakin matang , dari memikirkan laman sosial , baik aku fokus memikirkan apa yang aku nak buat dengan hidup ini.
baki hidup.

mungkin aku akan kurang aktif ber'facebook ' mungkin aku akan nyahaktifkan , tengok pada flow membawa ke mana.
akhir sekali , aku dah membeli telefon bimbit baru , sayang nya aku tak beli awal ,  baru sekarang aku ada duit lebih , itupun atas ihsan pakcik aku , sebab dia ngadu , susah nak menghubungi aku , on the spot , die beri aku wang suruh beli telefon baru. mana aku nak carik pakcik murah hati macam ini ? kau cakap
kat aku


so sapa yang rasa terus kekal berhubung dengan aku , inbox number korang kat fb aku , penat aku mintak nombor tapi tak reply , macam peminta sedekah pulak . sekali je aku mintak takde respon , aku dah tak mintak dah. okay sampai disini saja , umur panjang kita jumpa lagi ,  kejap lagi lepas sign out pun boleh mati kalau tuhan dah tentukan .

salam.






Saturday, June 11, 2011

his best friend

Boy: I broke up with her.
His Best Friend: What happened?
Boy: She’s just too much for me.
His Best Friend: What makes you say that? What did she do wrong?
Boy: Well, for one.. She only cared about her appearance. Always had to look good, always took forever to get dressed! So insecure..
His Best Friend: So, you broke her heart because she wanted to keep your eyes locked on her? She wanted you to see that you have the prettiest girl under your sleeve and not think otherwise? I see..
Boy: Oh.. Well.. She’d often call me or text me asking where I am, who I’m with, telling me not to smoke, not to drink. She’s so clingy!
His Best Friend: So, you broke her heart because she cares about your well being? Because she cares about you a lot? And her greatest fear is losing you. I see..
Boy: But.. Uhh.. Well, she’d always cry when I say something slightly mean. She can’t handle anything. She’s a crybaby!
His Best Friend: So, you broke her heart because she has feelings? And because she just wanted to hear you say you love her? I see..
Boy: I.. Well! You know, she’d get jealous easily. I could barely talk to other girls! She’s so annoying! I had to hide it from her so she wouldn’t bitch about it.
His Best Friend: So, you broke her heart because she just wanted you to commit to her? She thought you were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even more? She just wanted the guy she loves the most to love only her. I see..
Boy: Well, she..
His Best Friend: You broke up with her because she’s good for you? She just wanted the best for you? She’s broken now because you were selfish. Are you proud?
Boy: I broke her heart.. Because I couldn’t see what was happening.. What happened to me?
His Best Friend: You lost the girl that loved you like no one else could. You see? You didn’t want her when all she ever wanted was you. THAT’S what happened

Thursday, June 9, 2011

masa anda? masa orang lain ?

wanita - 40an - Berkerjaya - beratur di kaunter pembayaran , orang ramai di hadapan. jam menunjukkan pukul tujuh petang , harus cepat. harus beralih ke kuanter sebelah , kalau tidak tak masak lah aku nih , cetus hati nya

gopohnya beliau tolak troli , sampai berlaga troli  dengan troli customer lain.
tiba di kuanter sebelah , ade seorang wanita lagi menunggu giliran di depannya.

......


" Boleh bagi saya bayar barang saya dulu tak ? " sergahnya  kepada wanita itu. wanita itu juga berebut nak membayar di kuanter pembayaran. 

tak sempat di balas. wanita itu menambah lagi

  " saya nak cepat nih , anak anak kat rumah dah lapar tunggu saya balik ,  nak masak untuk  meraka makan malam. " sambil menunjukkan raut wajah serius.


wanita itu , wanita yang di depannya itu. berpakaian kasual dengan perwatakan sedikit ceria 
pun berkata.


" saya pun kejar masa , saya pun  tak banyak masa nih , saya ade kanser , dua bulan je tinggal nak hidup  " ucapnya sambil tersenyum.

wanita tuh meninggal kan troli , berlalu pulang , malam tuh keluarganya makan malam di luar.

manusia sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat , sedar atau tak sedar  , anda pun turut melalukannya.

Tuesday, June 7, 2011

call

" Kenapa kau call ayah ? "

" aku rindukan dia , Kak "

" tapi. . .  die kan dah mati ?. . .  "



P/s aku sering teringat kan kematian dan kawan yang dah mati  . al fatihah untuk mereka

Friday, June 3, 2011

sebesar zarah sekalipun.

Aku nampak beberape orang indon menyeberang jalan , lagi sikit nak di langgar pakcik aku dengan kereta. Sembilan nyawa agaknya indon nih? hari jumaat. pegi ke masjid ? mungkin ? sape tahu , kalau dah jinjing sejadah kat tangan , singkap kain pelikat , pegi mane lagi ye dok ? times square ? kahkah~

okay langsung terbukak ceghite  , pakcik aku sebut pasal nih. .

" setiap langkah yang diambil untuk ke masjid , menunaikan solat , ada ganjaran pahala bagi nya "

mendalam tak  ? pahala yang senang senang je dapat , tapi dgn iktikad lah  , niat yg kukuh kemasjid untuk menunaikan ibadah , bukan borak kosong , borak pasal politik kapitalisma liberal tuh semua.
so aku teringat lah kisah mase kuliah maghrib mase aku kat kampung

so nak di jadikan cerite , ade kuliah maghrib yang di kendalikan oleh ustaz mane tah , aku dah lupe name ustaz tuh,

semasa diceritakan tentang pahala berjalan kaki ke surau ni lah.Aku teruje je dengar yelah , pahala tetap dikira walaupu baru berniat membuat perkara baik , dan perkara jahat tetap juga di hitung walaupun sekecil zarah sekalipun.

Dalam seronok seronok ustaz bercerita , ade lak seorang mamat bijak pandai dari lagaknya aku tengok lah , dengan baju melayu lengan sinsing! nampak jam rolex tiruan. bergaya habis. Bertanya lah si pemuda tuh kepada ustaz tadi , 

" zaman sekarang mane ade orang pegi solat jalan kaki ustaz , semua naik kenderaan je lah , cemana  malaikat nak kira pahala , kalau jalan kaki senang lah nak kira , ustaz ? " sambil bertanya sambil gelak sinis , ingat beliau dah menanyakan satu soalan yang amat susah di jawab. 

PADAHAL. .

Ustaz tuh membidas balik 
" Awak ingat malaikat bodoh ke ? "

ustaz tuh pun malas nak hujah panjang panjang , bukan lawan die pemuda tuh nak berdebat , dari pandangan aku lah.

Terkedu pemuda berlagak tuh , aku pun nak tergelak  tapi muka pura pura serious. terkentut aku , terus batal air wuduk. ciskek.

kalau dah sempit pemikiran korang , jangan di sempitkan jugak pemikiran orang lain .
HAHA

tuh je nak ceghite , sambung kerja tolong makcik aku kupas kentang, leceh betul.

salam.

P/s : ustaz tuh lah pakcik aku sebenarnya , haha