hidup aku , kini

|
aku mahu menjerit sepuas hati menggunakan oktaf kelapan , keluar anak tekak sehingga pecah gegendang telinga penyanyi  hardcore.

kesihatan aku terganggu kebelakangan ini ,fikiran kecil ini stress , terdampar di kampung , memang waktu sesuai untuk proses merawat  hati aku . tapi aku rasa tempoh nya sudah cukup lama , sejak aku berhenti bekerja , focus hidup aku dah tiada , jadi aku tunggu tawaran sambung belajar , gagal , buat rayuan , rayuan kali kedua , dan sekarang masih menunggu lagi tawaran , harap tuhan memberikan aku peluang , belajar , bagi aku belajar sahaja yang boleh membawa aku ke jalan terang. aku takmahu kecundang di tengah sandiwara dunia , aku nak kan kemajuan , aku tak  sanggup kecewakan hati orang tua aku. lihat mereka terasa pun aku dah sedih , inikan pula kalau dia tahu aku tak mendatangkan apa apa faedah..

di ceritakan betapa loser nya aku , aku tak dapat apa apa tawaran belajar , universiti kerajaan , mahupun swasta , kolej , intistut kemahiran , dan lain lain tempat yang boleh menuntut ilmu lagi.
khidmat negara pun aku tidak di panggil ,  tengok , betapa losernya aku.

ohh satu sahaja tawaran , kemasukan ke tingkatan enam , aku tak mahu , bukan aku sahaja tak mahu , emak aku pun tak berapa setuju aku masuk tingkatan enam , hasrat nya nak lihat aku masuk universiti , mengenggam degulung diploma , kenapa tidak ijazah ? katanya umur nya tak panjang. aku sedih.
ajal di tentukan tuhan emak ,
ada jodoh bertemu emak dengan segulung diploma tuh. 

cetus aku dalam hati. tak sampai hati aku nak luah , masa depan aku samar samar , di luahkan takut takdapat di realisasikan. mati kempunan emak aku.

and seseorang telah menegur aku , kenapa kemaskini status kau dah tak seceria dulu ? yang pasti setiap status pasti di akhiri 'haha'.tetapi kini tidak lagi ? mengapa ?


terkejut aku , ada yang memerhati ? haha. terima kasih. 

bukan aku dah tak ceria , aku mula hilang minat terhadap facebook. umur dah semakin matang , dari memikirkan laman sosial , baik aku fokus memikirkan apa yang aku nak buat dengan hidup ini.
baki hidup.

mungkin aku akan kurang aktif ber'facebook ' mungkin aku akan nyahaktifkan , tengok pada flow membawa ke mana.
akhir sekali , aku dah membeli telefon bimbit baru , sayang nya aku tak beli awal ,  baru sekarang aku ada duit lebih , itupun atas ihsan pakcik aku , sebab dia ngadu , susah nak menghubungi aku , on the spot , die beri aku wang suruh beli telefon baru. mana aku nak carik pakcik murah hati macam ini ? kau cakap
kat aku


so sapa yang rasa terus kekal berhubung dengan aku , inbox number korang kat fb aku , penat aku mintak nombor tapi tak reply , macam peminta sedekah pulak . sekali je aku mintak takde respon , aku dah tak mintak dah. okay sampai disini saja , umur panjang kita jumpa lagi ,  kejap lagi lepas sign out pun boleh mati kalau tuhan dah tentukan .

salam.






2 KRITIKAN SOSIAL:

Fiq Vertigo said...

tak ada apa yang aku mampu cakap untuk tenangkan kau.


cumanya rezeki, lubangnya di mana-mana. tunggu kau cari saja.

SAIFUDDIN AZMAN said...

thanks fiq , aku harap begitulah

Post a Comment