Tuesday, July 5, 2011

UNGGUN BERSIH - A.SAMAD SAID


Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID





SAIFUDDIN : syabas Pak. karya terbaik dekad ini. teruskan usaha murni. gigih kekal kental.
jangan pernah takut. kerana pahit berjuang itu ada manisnya.
hidup Pak Samad!. hidup negara tercinta!

No comments:

Post a Comment