Wednesday, July 13, 2011

keadaan psikologi diri ku ini.

Otak kecil tapi masalah besar
hati kecil tapi cinta bukan main besar.

lumrah alam manusia mampu bertindak melebihi jangkaan , melampaui batasan dan kalau
 boleh melebihi segala -galanya. Tapi keupayaan manusia ada sempadannya.
hebat bagaimana manusia , pasti ada yang lebih kuat.
bagus macam mana manusia , pasti ada yang lebih baik.

yang pasti DIA maha dalam segala galanya!

di sebab aku rase aku perlu hilangkan ketagihan ber'facebook' bukan kurangkan , tapi HILANGKAN
ketagihan nih , aku terus nyahaktifkan akaun aku , dua tiga hari memang lah payah , tapi  dah seminggu saya tak merokok! kahkah! tiru iklan jap , okay serious , dah lame lah jugak aku tak online akaun facebook tuh . there is no benefit pun aku online  bende alah tuh , tapi mak aku pulak berkeras tak kasi aku buat camtuh *garu kepala

kalau boleh aku tanak online dah bende facebook tuh , tapi tengoklah raya nanti baru aku online 'sekejap' kot , haha , okay  ?(tak perlu jawab)

nak diceritakan sekarang aku selalu berhalusinasi.

"Gila kau Din , kau amik dadah eyh? " 

paleotak hang , sekarang aku dah bersih , tapi kadang kadang rindu jugak 'makwe' tuh , tapi aku kene berubah.
okay , part halusinansi tuh , pernah dengar kristos ?

alah malas betul nak bercerita , okay ah aku cerita ,

Kristos nih macam kau , kau pitam tapi bukan pitam betul  betul , macam pening - pun bukan jugak .
benda ini adalah seperti keadaan  kau sedang baring , suddenly fikirran kau melayang , example , kau teringat kau mandi dekat pantai , then kau rasa kau sedang berbaring di pantai sambil di hempas kesejukan ombak laut , air nya yang biru , pasir nya yang putih , indah .Nyaman suasananya!

Ada ulak si ikan lumba lumba berpasangan meredah lautan , seronok je tengok dorang main main di tengah lautan , ade ikan paus sembur menyembur air , anjing laut berbunyi bunyi. pastuh anjing laut makin lama makin dekat ngan korang , mula mula tak kisah , tapi dari gaya anjing laut tuh yang macam nak kejar nak makan korang! 

korang dah panik , alamak! , korang cube lari , tapi kaki terasa gila berat! , mak aih , apehal pulak nih , anjinglaut yang comel-cute-adorable tuh dah bermutasi jadi raksasa yang garang-ganas-hodoh , lepas raksasa tuh  dah dekat baru kaki korang dapat diangkat ,dapat ah korang berlari . lalu korang lari ah sepuas puas hati , sebelum dapat lari jauh raksasa anjing laut tadi dah dapat terkam belakang kau .


BANGG!!

Korang terjatuh katil , impak di terkam raksasa same dengan engkau jatuh dari kati , terkembali korang dalam tubuh masin masing , Kristos terberhenti.

tapi engkau sebenarnya berbaring je kat katil  tadi , pernah tak ? pernah  tak rase macam tuh ?
then lepas kau sedar dari lamunan tuh lepas kau angkat kepala engkau rase kepale kau masih berombak ombak , then  kau berdiri pastuh kepala kau rasa berpinar pinar.
kaki kau kebas kebas , rasa macam kau tak berdiri di atas bumi yang nyata

.KAHKAH!
tak berdiri atas bumi yang nyata.okay tak lawak!

Banyak lagi simptom simptom dia sebenarnya. aku bagi sikit je.

sebenarnya Kristos nih bukan halusinasi entahlah more to psikologi , cara kau mengawal aktiviti otak kau and dulu para saintis ingat kalau nak keluar dari badan mesti mati or meninggal (islam)  , tapi sebenarnya tidak , KRISTOS adalah salah satu keadaan yang tak perlu mati untuk meninggalkan badan , macam pukau ! , roh masih ada dalam badan untuk kembali mencari memori yang lama , ehh entah lah , aku hentam je nih. haha! and Kristos experience (KE) ialah cabang pengkajian dalam hal out of body experience.


Selalu nya orang yang terkena kristos berkemungkinan besar mengalami masalah atau lebih tepat tension dalam kehidupan seharian. dan kristos adalah salah satu alat untuk lari sebentar dari segala kekucarkaciran hidup anda yang penuh masalah itu.


" eyh boleh  jadi tak lepas meng-kristoskan diri  , kita tak kembali ke tubuh , jasad kite tak berfungsi ?
 boleh jadi tak "


entah lah sebenarnya takde kes lagi orang kristos pastuh tak jumpa jalan pulang , kahkah!
itu nama nya dah kristos lupakan jasad.

Sebenarnya ada cara nak meng-kristoskan diri anda , boleh google kalau nak belajar, 

HAHAHA! 

saje nak gelak letih menaip nih , kalau di kupas bende alah , setahun tak habis , ye lah kes nya pelbagai! aku bagi satu contoh je , kalau korang tak faham , tanye lah aku , tak pun belajar lah sendiri ! ape aku peduli kahkah! ,

akhir sekali wa tinggal lu orang ngan quotes ini

" The function of music is to release from the tyranny of conscious thought "

okay bye.salam







No comments:

Post a Comment