Thursday, July 21, 2011

tak semua.

Awak sentiasa berfikir untuk puaskan hati orang lain ,
walaupun hati awak sendiri siapa pun tak hendak puaskan.

tak mengapa

awak sentiasa berkorban untuk orang lain ,
tetapi pengorbanan terhadap diri sendiri tidak dilakukan.

tak mengapa

Awak cuba sediakan syurga untuk orang yang awak sayang ,
tapi kasih yang boleh bawa awak ke syurga awak abaikan.

tak mengapa.

Awak punyalah sanjung kecantikan orang lain ,
tapi diri awak yang cukup cantik awak itu awak tak nampak.

Awak , dalam dunia kalau awak sentiasa memikirkan apa yang orang mahu , ape yang orang suka lihat , ape yang orang nak kita buat , sampai bila je kita nak gembira ? pura pura gembira bolehlah , tapi betul betul gembira ? bilanya ?

jadi , peduli  kata orang , hiduplah dengan sendiri lagipun hidup ini singkat ,Alam selepas ini yang kita kejar , jangan terlalu serius tiada siapa pun yang dapat keluar dari permainan dunia hidup hidup. akhirnya pusingan kita semua pasti berhenti bernafas.

Gelak lah selalu walaupun perit , kadang kadang kita perlu hipokrit.




No comments:

Post a Comment