Monday, December 24, 2012

ada.

Aku di anugerahkan selsema selang seminggu, tepat pada hari isnin setiap kali, di bulan disember 2012 ini.

Tuesday, October 9, 2012

aku pegang erat masalah

Aku ada masalah . Aku pendam. Ada yang mahu bantu ,aku ego, aku malu, aku tolak.

Aku susah.

Bila aku susah ,aku marah ,tapi dalam diam.

Aku tak berkata . "orang lain" risau. Aku buat orang lain susah.

masalah tak selesai.

aku tahu.

Aku yang biar masalah kekal tak selesai macam tu.

nak buat macam mana aku yang pilih macam tu kan ?

sebab aku tiada di sini , aku di sana.

jiwa aku di sana.

Rindu

Ada satu ruang , terhimpunnya orang yang kita  selalu sayang-sayang. Ruang yang selesa ,sedih di situ mahupun gembira. Tersimpan banyak rahsia tetapi kau serahkan hati -percaya.


Ruang itu namanya rumah.


Secara rasminya aku isytiharkan diri aku ini , merindui  yang itu.

aku rindu ibu.

Thursday, May 31, 2012

aku di pertengahan 2012

salam.
agak lama ku tinggalkan ruang ini.
maaf.

bukan tidak minat lagi membuat nukilan , tetapi aku memfokuskan dunia  , aku mencari duit  , al maklumlah aku bukan dari keluarga yang berada , tidaklah juga aku miskin .

aku mencari duit  , cukuplah untuk menampung selera berbelanja aku sendiri.
Tak mahu aku menyusahkan keluarga aku yang selama ini memang selalu aku susahkan . 
haha.

okay ini bukan luahan cerita derita -sedih-tagih -simpati.

Ye aku sedang bercuti .Cuti semester .  Selama 2 bulan , tetapi sudah di penghujungnya  pun.
Ok ,seperti di perkatakan tadi  , aku bekerja . Bermacam , di bulan yang pertama , aku bekerja di kantin sekolah rendah agama   ,Bandar Sri Putra.

Budak budak nya comel , suasana kerja sifar tekanan. Gaji pun agak setimpal .
bangun awal pagi seperti hendak kesekolah macam dulu dulu.

ah memori lama tersingkap.

dan dalam masa yang sama hujung minggu nya aku bekerja sambilan katering.
memang kerja keras.
sampai rakan rakan , KELUARGA nak jumpa pun tak terjumpa jumpa.
hehe.

" whoaa , lumayann , kembung lah poket Encik Saifuddin , kan ? "

nak cakap banyak tuh takde lah , setakat nak lepak minum , insyaAllah ade.


aku pun tak tau mane pergi duit duit aku semua .
tak pernah nya cukup.


jadi , selepas sebulan kerja di kantin sekolah , aku berhenti.
Bukan kerana ada masalah atau hal lain ke apa.

Aku bosan.
Aku memang cepat bosan .

Aku duduk di rumah , aku berjoging. aku makan.  tapi aku masih buat sambilan katering.

lepastu dapat tawaran jadi supervisor Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya .
Bayaran nya agak lumayan. tapi hanya untuk seminggu.
Kerjanya hanya penat menunggu arahan.

selain itu ,
RELAKS memanjang. hahahaha!

Di situ aku jumpa pelbagai artis popular , kurang popular , tak pernah dengar langsung pun ada. hahaha.
semuanya secara berdepan , dan adalah satu dua artis tuh aku dapat tahu perangai sebenarnya.hehe


dan sekarang aku di depan monitor menaip entri ini , sambil menikmati cuti yang berbaki seminggu lagi.

membaca novel novel fixi , merawat hati.  itu sahaja yang aku lakukan bagi mempersiapkan diri untuk kemasukan semester dua.

andai ada masa lagi , jumpa lagi di ruang ini .

salam :D

p/s : kerana jaringan twitter , obsesi ku bukan lagi blog ini.

Sunday, February 26, 2012

februari paling LAME

Sial sudah hampir di hujung februari.

aku lahir dalam bulan ini , tapi aku rasa semacam aku tak berhak lahir dalam bulan nih.
eh ada pulak berhak tak berhak punya perasaan ?
ah pegi mampuslah aku nak rasa ape.

Ujian akhir tak lame lagi , tapi aku kat universiti tak puas lagi berjoli.
eh boleh pulak puas tak puas punya perasaan ?
eh pegi mampuslah aku nak buat ape.

" eh kau tak takut ke kau kene tendang keluar universiti ? "

kawan apa tanya soalan macam tuh doh ?

sepatutnya ajak sama sama study sekali.

 ah sial.

 ape  yang aku sedang  buat sebenarnya sekarang nih ?
apa

objektif nya ?

dah lah , kirim salam kawan kawan .

bye



Sunday, January 29, 2012

Celaka , sekarang dah dua ribu dua belas (2012)

Okay aku lupa aku ade blog.

okay aku lupa aku punya kata laluan untuk blog ni.

okay sebenarnya aku sibuk nak meninggal bila dah sambung belajar sekarang.

Okay aku sambung belajar kat UiTM Sarawak.
dah dekat dua bulan setengah dah kat sini.

jangan tanye kenapa aku sambung belajar sampai seberang laut.
Banyak sebab dan faktor faktor yang membawa aku ke sini.

Pertama !

Sebab aku punya suka lah , begitu dan seterusnya sebab nya semua nya sama.

okay seriusnya nak cakap perasan dan keadaan aku sekarang macam status facebook .

yang status facebook macam mana?

Yang  " in relationship but it's complicated "

tengah mengadakan hubungan dengan buku dan kerja kerja yang di amanhkan pensyarah dan ia sememangnya kompleks.

ASSIGNMENT!

Bukannya sikit macam zaman sekolah (ITU PASTI) ,  tak perlu aku ceritakan ape kerja yang aku di tugaskan untuk aku laksanakan , cukup aku ceritakan apa yang terjadi kepada aku hasil dari memfokuskan terlalu lama dan terlalu komitmen sangat dalam pembelajaran.

hasilnya

Tidur sampai lewat pagi.

Lupa makan malam , sarapan dan makan tengahari

dan macam macam bende pelik lagi.

argh! sekarang aku update pun curik line wifi pustakaan.

dah lah , aku nak habiskan sisa waktu hari ahad nih dengan menelaah buku novel FIXI yang di beli di MPH hasil dari baucar buku 1 malaysia.

Eh aku dah beli semua buku yang di perlukan pada awal semseter lagi. jangan cakap aku salah gune insentif ye.

bye.jumpa lagi sume.