Monday, January 27, 2014

Cerpen: Sombong bersulam ego.

"Hasil dari pemeriksaan kami, kami dapati yang kemalangan kereta ini berpunca dan terjadi hm-mm akibat cuba mengelak binatang rakus..."

"Binatang rakus? Bukan binatang buas, tuan?" Si wartawan membalas kenyataan Inspektor Abu Bakar sambil mengerut dahi.

"Ya- ya! Binatang buas. -dan binatang buas itu adalah babi hutan" beliau berhenti sejenak dan membetulkan nada suaranya.

"-di percayai BABI hutan tersebut adalah BABI Hutan Simpan Endau-Rompin" makin tinggi nada suara inspektor bila menyebut perkataan babi, mungkin kerana terbiasa barangkali.

"Babi itu melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan seperti yang di nasihatkan iklan kempen keselamatan jalan raya..."

"Lalu kereta ini,(kereta buatan malaysia, jenis kereta di rahsiakan atas dasar tidak mahu mengaibkan pihak sesiapa) secara kebetulan melalui kawasan berkenaan, cuba mengelak tetapi sudah terlalu lambat, setereng kereta hilang kawalan, lalu menabrak babi tersebut" ujar inspektor bersungguh sungguh hinggakan peluh menitik di pelipis kepala beliau abaikan, mungkin kerna malas atau tidak perasan.

".. tapi Endau-Rompin taman negara, tuan. Bukan hutan simpan" si wartawan cuba membetulkan.(lebih kepada berlagak pandai)

"Eh aku ke kau yang polis?" Balas Abu bakar pendek.

"Adakah mangsa terselamat tuan? Hmm- bagaimana dengan babi,tuan?" Tanya wartawan itu lagi.

"Babi tuan? Mulut baik sikit? Babi tersebut ghaib dari tempat kejadian. Kira macam kes langgar lari lah... dan pemandu mengalami kecederaan serius di mulut, bernanah tetapi sudah dibawa hospital untuk pemeriksaan"

"Mulut? Terhentak di dashboard ke, tuan?" Rasa ingin tahu serta merta diluahkan si wartawan.

"Tak! Kerana beliau menjerit babi di skala bunyi yang sangat kuat kepada babi yang beliau cuba elak itu, dengan serta mertanya mulut belia bernanah.. mungkin balasan tuhan kepada dia di dunia.- Tuhan kan bayar cash!" Jawab inspektor sambil memandang si wartawan sinis.

"Okay tuan inspektor terima kasih kerana meluangkan masa bersama saya" wartawan mengakhiri perbualan.

"Kalau lepak lama lama lagi ni mau kena tazkirah pulak karang"- getus hati si wartawan sambil menyetat enjin kereta.


26/01/2014
(rev-23/01/2016)

No comments:

Post a Comment