Sunday, October 16, 2011

Narsistik - sifat siapa ? adakah kita orangnya ?.

Pernah tak rasa menyampah fed-up dengan sesetengah sesetengah insan yang gemar berbuat  begini :

" saya handsome kan ? awak tak perlu bagi tahu pun saya dah tahu "

" Comelnya saya nih , tak sangkanya  "

" untung siapa dapat berkasihan dengan aku nih , aku nih penyayang "

ye , seperti contoh contoh diatas , pernah tak terjumpa/terdengar/termengalami perkara perkara sebgini ?

pasti ade kan ? perangai mereka ini tidak ubah seperti Narcissus Dewa Greek yang jatuh cinta dengan diri sendiri kerana terpegun dengan kekacakan sendiri. Mereka kagum dengan anugerah dan kelebihan sendiri dan cuba mempamerkannya kepada orang lain dengan cara yang melebih lebih dan melampau lampau. Sifat begini adalah sejenis penyakit jadi jangan terkejut.

Mereka mungkin akan kurang bergaul secara rapat dengan kawan kawan yang lain ,jikalau ada mereka tidak akan rapat secara peribadi. Bagi mereka kawan itu bukan tentang kuantiti , tapi kualiti.

Perangai ini kalau tidak di bendung , di bimbani boleh mendatangkan kemudaratan.


Apakah yang di maksudkan dengan Gangguan kepribadian narsissistik (narcissistic personality disorder)  ?

 Personaliti narsisitik didefinasikan sebagai tarikan yang terlalu kuat terhadap kelebihan diri sendiri. Bak kata lain terlalu bermegah dan taksub terhadap kesempurnaan diri sendiri , terasa dirinya lebih unggul dari orang lain. Bunyinya macam biasa sahaja tetapi jika tinglahlaku ini sampai ke tahap seseorang itu tidak boleh membina perhubungan dengan manusia lain terutamanya perhubungan jangkamasa panjang, ia perlu diberi perhatian. Keasyikan mereka terhadap diri sendiri akan menghalang mereka menerima keperluan dan sentimen-sentimen orang lain.

Ciri - ciri (simptom) Narsisitik

  • Terlalu sensitif dengan penghinaan,kekalahan ,kritikan dan cenderung untuk bertindak secara aggresif terhadap keaadaan tersebut.
  • Leka dan selalu berfantasi berkaitan dengan kekuasaan,kekayaan, kejayaan dan cinta.
  • Merasakan mereka terlalu istimewa dan perlu mendapat layanan yang istimewa juga.
  • Tidak mempunyai keupayaan untuk memahami emosi orang lain dan tidak sama sekali mahu memahami keperluan, perasaan dan pendapat mereka.
  • Kedekut dan merasakan mereka lebih tinggi darjatnya dari orang lain.
  • Takbur dan sering memperbesar-besarkan diri dan pencapaian mereka.
  • Menyediakan matlamat-matlamat yang tidak realistik untuk diri mereka dan tidak ragu-ragu dalam mengambil langkah-langkah yang ekstrem untuk mencapai matlamat-matlamat  tersebut.
  • Sentiasa suka dikagumi dan inginkan diri mereka menjadi pusat tarikan orang ramai.
  • Kelihatan sangat angkuh dan sentiasa bersikap ego
  • Sentiasa berasa iri hati tentang orang lain tetapi dalam masa yang sama mereka merasakan orang lain yang iri hati kepada mereka.
  • rasa dirinya  perlu di kenali orang lain



walaupun penghidap narsistik ini tampak seperti mempunyai harga diri yang kuat dan daya kayakinan yang tinggi tetapi itu adalah tidak sama. Yakin dengan sendiri dan tidak memperdulikan pandangan orang lain adalah sia sia.


Mereka gemar meremehkan nasihat orang lain , memandang rendah orang lain  , memperguna orang lain, menindas orang bawahan, membuat teguran tidak bertempat, cemburu, iri hati semata-mata inginkan dirinya dipuji, atau mendapat perhatian. Mereka akan semakin hanyut jika di beri pujian , kerana itu yang mereka dambakan.

Punca penyakit ini boleh menular dalam diri sesorang tidak dapat di kenal pasti , tetapi ada beberapa kajian telah di jalankan dan seperti gangguan mental yang lain , penyebabnya mungkin kompleks .Mungkin juga persekitaran semasa mereka membesar  ,seperti di manjakan secara berlebihan , berharap pada sesuatu yang mustahil . Ada bukti yang mencatatkan tentang penglibatan genetik atau psychobiology - hubungan antara otak dan perilaku dan berpikir.

Narsistik ini juga dapat di lihat dalam laman laman sosial seperti  FACEBOOKOrang yang narsis biasanya memiliki jumlah teman yang banyak namun sebenarnya tidak punya hubungkait atau kenal secara mendalam dengan orang-orang tersebut.Mereka juga   mempromosikan diri dengan memakai  foto profil yang menarik dan berbeza supaya tampak unik untuk membuat orang lain terpesona. Walaupun begitu tidak semua pengguna FACEBOOK adalah narsis


Cara untuk merawatnya

Penyakit ini hanya boleh di rawat  dengan cara psikoterapi. Tiada cara merawat yang khusus yang di nyatakan , tetapi jika pesakit mengalami tekanan atau sering merasa gelisah , mereka boleh mengambil  ubat anti depressant  , itu boleh membantu mereka. 

Mereka juga di galakkan sentiasa membuat perbandingan positif antara diri mereka dan orang lain , di galakkan juga menjalani kehidupan yang sederhana , tidak melebih lebih . tidak menumpukan terhadapa keseronokan dunia agar tidak mereka terjabak dala perangkan hedonisme iaitu taksub terhadap dunia hiburan.

Sifat ini mungkin akan di rawat atau mungkin akan terus bersama selama lamanya , terapi akan memakan masa yang lama kerana ia akan cuba mengubah pemikiran pesakit dan membentuk satu pemikiran/keperibadian  baru untuk pesakit , sekurang kurang satu perubahan kecil untuk pesakit dengan berterapi di yakini dapat membantu penderita memahami penyebab emosi penderita dan apa yang mendorong penderita untuk bersaing, untuk tidak percaya orang lain dan mungkin untuk membenci diri sendiri dan orang lain.

jadi sentiasa renung diri kita dan orang lain tegur apa yang termampu , bantu apa yang boleh  

*senyum*

             :http://nurawlia.wordpress.com
:

No comments:

Post a Comment