serabut ringan.

|




Dua tiga hari ini aku selalu memikirkan hal hal yang sudah di belakang .
Hal yang separa penting atau mungkin tidak penting langsung bagi kau ?

Aku memikirkan kenangan , kenangan selalunya di kenang , bukan difikirkan
tapi 

aku memikirkannya secara tak sengaja , ia bermain main di ruang otak aku.

Semakin aku cuba untuk tidak memikirkannya ,semakin tak tersengaja ia berada di dalam benakfikiran , semakin jelas satu persatu  setiap butir dalam kenangan itu , seperti di tiup tiup oleh sesuatu lembaga . kenangan itu meluru masuk ke dalam otak .

Padahal ,aku cuba untuk menumpukan fikiran pada hal lain.
Sedang aku hendak melelapkan mata , aku memikirkan tentang kenangan.
Sedang aku hendak bersiram , aku memikirkan kenangan.

aku gelisah.
aku resah.

hal ini sudah menunjukkan punya lemah kudrat seorang manusia , otak dan kelopak mata yang di amanahkan pada badan pun tak mampu di kawal dan kadang kadang diluar kawalan.

Kenangan aku tak lah semenarik memori fotografi yang penataan cahaya cantik dan mimik mukanya nampak suci.

Kenangan aku biasa sahaja.

tetapi

yang terlibat dalam kenangan itu luar biasa.

ia menjadikan aku yang 

hari 

INI.

p/s : masih relevan kah kenangan dalam misi meneruskan kehidupan ?

4 KRITIKAN SOSIAL:

dobot said...

Kenangan, jangan mintak dilupa. Simpankan sahaja semua, apa adanya. Jgn pernah lupa kenangan lama, sebab, tanpa yang lama, yang baru tak akan wujud.

SAIFUDDIN AZMAN said...

terima kasih dobot kenape muke macam fifa berbatov?

okeybye *dengan termangu mangunya

zotzawson said...

Kehadapan adindaku yang berhidung penyek Cepudin. kau dah kena tag. bagitau aku bila kau dah siap. :D terimakasih


klik http://zotzawson.blogspot.com/2011/11/soalan-haru.html

SAIFUDDIN AZMAN said...

bebi , ape bende adindaku ? terasa diri di nodai.
okay. will inform

Post a Comment