Wednesday, September 28, 2011

sehari di hari bulan 27. september

Cerita nya begini.
Pagi pagi yang hening , dan aku yang nyenyak aku dikejutkan dengan panggilan telefon , nyesal tak silent sebelum tidur.

"Weyh , mana ? aku nak pinjam duit nih  adik aku nak bukak buku akaun bank , pinjam RM 70  "

panggilan tersebut dari Hafiq , kawan senang dan susah aku.

Disebabkan ketiadaan duit kecil. aku bagi RM 100 , bukannya dia tak bayar balik kan ?
di sini semuanya bergantung kepada kepercayaan,

dan seterusnya kisah nya dimana aku ade sekeping duit syiling atau lebih tepat Dinar emas bernilai 100 dinar emas bahrain , aku nak tukar nilai syiling tu kat Money changer Tesco , dengan harapan dapat lah duit tuh aku buat melantak , alih alih premis yang kat Tesco tuh tak terima nilai matawang yang berbentuk syiling , nak yang berbentuk kertas je. Puihhh!

dah lah menapak punya jauh tapi takpe nanti carik kedai lain pulak.

lepas dah kecewa , aku singgah rumah makcik aku ,ingat perut lapar boleh ah singgah melantak tetapi yang indahnya makcik aku takde , pergi servis kereta , tinggal lah sepupu aku dua orang di rumah. ape yang dorang tahu, dorang bujang same macam aku.

lepask sejam dua lepak  , aku pun balik.

ok ini kemuncak nye.

Pada malam 27  dekat dekat  lepas waktu isyak , aku datang lah rumah Hafiq ye lah , bapak die suruh datang amik duit yang kau pinjamkan tadi , aku tak kisah die bayar cepat ke lambat , tapi die dah bayar tuh alhamdulilah , HAHA.  oh yaa , masa tuh Along , iaitu abang sulung kepada Hafiq ajak aku tengok wayang , mula mula berbelah bagi nak ikut bersama , yelah duit seciput taik hidung semut nak pergi berfoya foya , banyak perkara lagi nak di risaukan.

Fikir punya fikir , macam lama je  fikirkan ?padahal semua keputusan nih aku buat tak sampai 3 minit ,  aku setuju lah nak ikut Along tapi dengan syarat tengok cereka inggeris lah , kalau cereka melayu , aku malas nak ikut , sebab cerita melayu keluar kat astro. haha
Along nak tengok 'Bini bini ku gengster ' , aku nak tengok 'Johnny English '. 
entah mane mane bantai lah dengan tak buat keputusan yang muktamad

 kami semua pun bertolak kira kira dalam pukul 9 suku malam dan sampai Jusco Cheras Selatan kira kira pukul 9.50 minit malam , dari semenyih dengan menggunakan Kereta Proton Satria 1.6 turbo sempat ambik kakak angkat die lagi kat bandar Tun Hussien Onn. So jangan tanya lah berape laju Along bawak , hampir terkencing , hampir ye!

Jadi ,s ebelum bertolak Along dah check internet jadual tayangan filem , semuanya bermula pada pukul 10 malam kebanyakannya dan kami sampai betul menjejakkan kaki di tempat membeli tiket wayang adalah pukul 10.10 . jadi bawa kereta laju laju tadi macam takde faedah sebab carik parking  mengambil waktu yang banyak pulak.


okey sebenarnya nih adalah yang paling nak cerita.

Along terkejar kejar macam di kejar anjing padahal nak beli tiket , aku tahu masa dah suntuk tapi kemachoan harus di kekalkan okey ? haha.

dalam masa Along nak beli tiket , ade orang approach aku.

" Dik , hangpa nak tengok wayang ka? nak tengok ceghita apa ? "

aku dah fikir buruk , oran tuh belum cakap ape ape , aku dah fikir buruk , aku ingat orang tuh nak rompak aku , takpun paw aku ke , takpun yang paling sikit pun nak jual tiket , tapi ketuk harga tinggi tinggi punya ye macam 'ulat tiket' tuh. aku dah fikir segala kemungkinan yang buruk  sampai aku cuak , tapi still berdiri kat situ , otak je berfikir ligat. 

JAHATnya aku bersangka buruk kat orang.

aku pun dengan takut takut berani  tapi muka still cover macho . . 

"A'ah bang , ni kan panggung wayang takkan nak beli popcorn terus balik ? , ingat nak tengok cerite johny english ramai lak aih beraturnye "

lepas tu ade ke , yang tak di sangka sangka berlaku.

Abang tuh bagi tiket wayang free kat aku dan kawan kawan aku , unbelieveable.
Rasa macam nak menangis je persepsi aku terhadap
 " MANA ADA BENDA FREE DALAM DUNIA NIH "
berubah langsung , berubah terus , dalam nak sedih sedih , aku panggil Along cepat cepat , aku jerit panggil name die , korang bayangkan.

" Long  long , ade orang bagi tiket free , takyah beli tiket , meh sini cepat "

aku dengan di pisahkan tiang kain yang boleh tarik tarik tuh. 

orang kiri kanan pandang aku atas bawah , HAHA , tapi muka kene maintain macho , yee itu pasti! 

berlari Along kat aku macam babak cerita hindustan  , macam seorang ibu yang menantikan kepulangan anak nya dari medan perang , haa! macam tuh lah along datang berlari kepada aku.

Along salam orang yang bagi tiket free tuh , tanya name , asal , umur , jantina . haa okey tanye name je dengan asal mana.

" Ramdan , Ramdan  , asai Sungai petani  , Sungai Petani . . "

jawab bro tuh dengan raut wajah yang berkerut , dengan teragak agak , ulang dua kali tuh setiap perkataan tah apehal.

aku tanye lah kenapa baik hati sangat bagi tiket free sangat nih  kan

die jawab. .  " Kawan kawan , kawan abang cancel last minute semuanya  , tuh yang banyak tiket free nih . . "

mungkin betul kata die , aku tengok dekat anggaran 20 keping tiket ade dekat tangan die , tapi die tubuh seorang sahaja.

ouh tiket yang di berikan adalah cerita ' Nasi lemak 2.0 '

hambik kau , nak tengok movie melay nak tengok movie inggeris , dapat movie mandarin!
But overall , cerita nya memang gempak , super , awesome . memang berbaloi dengan harganya yang free! HAHAHA
Kelakarnya setiap minit , tak kering gusi and sampai taip entri nih pun aku still teringat kan cerita tuh. aku cadangkan cerita ini semua kepada rakan rakan semua.

ok , kalau nak tngok Movie ni , anda harus lah befikiran terbuka. 
kalau tidak memang tak jadi , lagi pun nak serisu je sepanjang masa , sampai bila nak serius , rileks rileks sudah . , okay itu je nak di ceritakan , jumpa lagi kalau ada cerita :D

Monday, September 26, 2011

Pose-pose cliche awek cantik ketika bergambar di laman social.

Awek awek kalau bergambar  tak cukup sekeping , tapi sekarang  takde istilah sekeping semua dunia maya , sekarang orang guna dunia maya. : )


Pose #1 : V Sign/ Peace

Pose #2 : Shyyyy....

Pose #3 : Mengemis / Minta duit

Pose #4 : Adjusting Glasses / pegang Kacamata


Pose #5 : Claws / aksi kucing mencakar

Pose #6 : Pegang rambut, tocang

Pose #7 : Frame

Pose #8 : buat muka tak berdosa/innocent

Versi Kartun

Pose #9 : Louder /buat muka comel

Pose #10 : Menumbuk

Pose #11 : Punch to the Face / Pukul Pipi

Pose #12 : Call Me

pose #13 : Bang! / menembak

pose #14 : Confused / bingung

pose #15 : Praying / berdoa

pose #16 : Blowing a kiss / 

pose #17 : Pointing / Menunjuk

pose #18 : Giant heart / Tangan Membentuk Hati

pose #19 : Pillow / Memeluk bantal 

pose #20 : Surprised / terkejut

pose #21 : Daydreaming / Bermimpi

pose #22 : Hey

pose #23 : Heart shape

pose #24 : Nyan nyan /gaya kucing

pose #25 : OK




Tuesday, September 20, 2011

Malam yang panjang.

Awak tidak boleh menggesa malamOleh kerana malam  akan kekal selama  dan selagi yang dia mahuDan kita bukan empunya malamKerana empunya malam adalah Tuhan dan bukan orang lainTetapi anda boleh tunggu malam pergi meninggalkan kita.Anda tidak boleh menggesa malamwalaupun malam berlangsung amat lama dan terkadang terasa panjang
Tetapi dengan hanya memakai dan menyarungkan seluar yang panjang dan anda akan selesa apabila anda tidur di katil anda.

Monday, September 19, 2011

Depressi menjadikan aku

Depressi menjadikan aku merasa kesakitan
Depressi menjadikan aku bodoh
Depressi menjadikan aku rebah
Depressi menjadikan aku marah
Depressi menjadikan aku sedih
Depressi menjadikan aku lupa dunia sebenar
Depressi menjadikan aku tertekan.
Depressi menjadikan aku hilang kawalan diri
Depressi menjadikan aku benci semua yang punya hati
Depressi menjadikan aku berfikir berkali  kali
Depressi menjadikan aku seorang yang sunyi
Depressi menjadikan aku seorang yang liar
Depressi menjadikan aku seorang yang kurang berbakti.
Depressi menjadikan aku seorang yang sakit.
Apa yang depressi mampu berikan kepada aku ?
ketika ia datang menyerang , menerobos laju ke dalam diri . .

Depressi mampu membunuh aku .

SEMOGA MATI DALAM KEAMANAN.

Friday, September 9, 2011

kononnya

Material kau , kononnya atas rasa keselesaan .
Material kau , kononnya atas rasa keyakinan diri .


Ego kah? Bangga diri kah ? itu kau pejam , kau pendam  , kau diam .
Semuanya kau topengkan di sebalik material.


bagi tau aje lah ape yang kau nak canangkan , apa yang kau mahukan  orang bogelkan pemikirannya. 
bagi tahu sajalah , kau mahu orang kata kau bagus.


TERUS TERANG sajalah.


lancau.

Saturday, August 27, 2011

Kadang kadang kita membuang masa dengan menunggu kejutan di dalam kehidupan , 
apa kata kita sahaja yang membuat kejutan pada diri sendiri ?

ramadhan 2011 -chapter of my life.

Salam 

Bulan ramadhan aktiviti gua gila pack.
gua menghafal dialog drama , menghafal iklan kat tv.
Kacau nenek kat dapur , kira bantal. fuh! gila pack jadual seharian.

disebab kan dah lebih tiga bulan menetap/bermaustatin dekat sarawak nih , aku kene buat pas lawatan terhad kat imigresen , kene buat buku pas , warna hijau dah macam pasport dah macam orang asing aku nih. Nenek cakap aku ni macam orang indon di tanah sendiri. ye lah mentang mentang aku lahir kat semenanjung , kat Ibu negeri, terasa macam ade isu perkauman je. Untung orang sabah sarawak , keluar masuk dalam negara senang senang , tak payah bawak banyak dokumen.


Tapi semua tuh dah settle , pergi buat dengan pakcik aku dalam bulan puasa ,dengan  peningnya denganselebetnye , sebelah mata aku merah , nak tak nak snap je gambar berukuran pasport tempek dalam Buku pas warna hijau tuh.  kalau nak tengok gambar selebet aku , nanti tengoklah buku tuh.

Okay Serious .
okay , aku sebenarnya malas nak online kerana , aku malas nak on  laptop. malas  nak bergayut di alam maya sebenarnya.
Sebab aku fokus beribadah , baca al quran hadis , novel buku. dengar tazkirah , ceramah , di tarbiah.

sebab aku rasa bulan nih aku nak dekatkan diri dengan Allah , pupuk cinta dalam dalam dengan Rasul.
Berkhalwat dengan al quran. sebab selama nih aku jauh dengan semua tuh , padahal Allah dan berfirman dia tak pernah jauh dengan anak adam.

boleh di katakan ini ramadhan pertama aku ikhlas dan menangis setiap malam.Ramadhan pertama aku mengaji setiap malam , ramadhan pertama terpandangkan dan memikirkan segala keagungan Allah SWT.

Ramadhan kali ini juga aku rajin pergi ke surau , terawih sampai witir , balik hanya selepas imam solat , berselawat dan pulang.

Aku harap aku terus beristiqamah dalam keadaan ini. bukan bulan ramadhan je.
Amin.

lepas aku dah mendalami ilmu agama , aku sedar segala macam perkara , dari hukum hakam agama , peristiwa peritiwa zaman nabi yang boleh di jadikan teladan , pengorbanan rasulullah terhadap umatnya. . 
subhanallah , terlalu banyak , tidak terkira.

satu soalan aku nak tanya korang.

Apa yang korang akan bercakap dengan baginda , andai kata baginda ada di depan mata korang ?

jangan bagitahu aku jawapan dia .

 and lastly.
Berita gembira bagi aku , i got the place in the university , aku boleh sambung belajar . 
Allah memperkenankan doa , aku hampir hampir hampir putus asa , dengan desakan kawan . aku hampir putus asa , 3 kali aku mohon/buat rayuan baru di terima . bersyukur sangat , alhamdulilah.

Allah akan menerima semua doa kita , dan akan menunaikannya cepat atau lambat , dan dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar. jadi jangan la malu berdoa , insyaallah. dengan sape lagi kita nak meminta minta kan ?

so sekarang ,menunggu untuk sambung belajar , harap dapat menuntut ilmu dengan izin Allah . ilmu itu berkat dan bawa manfaat. insyaallah.

thats all , bye salam.

see you again if ada story lagi. :D



Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan 2011

syukur alhamdulilah , pada tahun ini aku masih bernafas dan berpeluang merasai kehangatan nikmat bulan ramadhan.

insyaAllah  , marilah kita berlumba lumba mengumpul pahala sebagai saham pelaburan agar kita dapat menikmati hasilnya di dunia seberang nanti.

Kurangkan lah tabiat yang menjahanamkan diri , sama sama kita mengatasi segala kepala nafsu dan perlahan lahan kita berubah ke arah yang lebih positif demi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

nota untuk diri sendiri juga .

Semoga ramadhan kita sama sama berjalan lancar dan di berkati.
Amin.


Selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan  tulus dari saya ! :D

MIMPI

Indah hidup dalam khayalan.
Indah hidup dalam mimpi.

aman berpaut harmoni ketika bernafas hidup di alam mimpi , tapi sayangnya tiap tiap liku kita bergelumang di alam realiti.

kalau realiti itu sangatlah  menyakitkan dan mimpi itu sangatlah menyenangkan.

Aku senang hati  pilih mimpi.

mimpi seakan satu ceruk dunia yang terpencil  yang punya kuasa istimewa membuat orang bahagia .
dan seperti biasa  ,perkara yang indah biasalah  ketahanannya tidak lama.

 sayangnya hidup ini tidak di berikan pilihan.
cuma boleh perah keringat untuk ubah .

tetapi apakandaya ,
takdir tetap takdir.

hidupnya orang muda kerana punya mimpi. Mimpi yang indah.
hidupnya orang tua kerana punya memori. Memori yang manis.



seperti bait bait lirik lagu Nidji - laskar pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya


jadi bermimpilah kita , kerna sejak kecil kita sudah di ajar untuk menanam impian dan bercita cita , setakat bermimpi susah sangatkah ? hihi


*senyum*




Saturday, July 23, 2011

Kebetulan yang menarik di Antara Abraham Lincoln dan J.F.Kennedy


  • A. Lincoln and J.F. Kennedy



    Life





  • Both presidents had 7 letters in their last name.



  • Both were over 6' feet tall.



  • Both men studied law.



  • Both seemed to have lazy eye muscles, which would sometimes cause one to deviate.



  • Both suffered from genetic diseases. It is suspected that Lincoln had Marfan's disease, and Kennedy suffered from Addison's disease.



  • Both served in the military. Lincoln was a scout captain in the Black Hawk War, and Kennedy served as a navy lieutenant in World War II.



  • Both were boat captains. Lincoln was a skipper for the Talisman, a Mississippi River boat, and Kennedy was skipper of the PT 109.



  • Both had no fear of their mortality and disdained bodyguards.



  • Both often stated how easy it would be to shoot the president. Lincoln supposedly said, "If somebody wants to take my life, there is nothing I can do to prevent it." Kennedy supposedly said "If somebody wants to shoot me from a window with a rifle, nobody can stop it." Note that both these quotes are each 16 words long. 


  • Death




  • Both presidents were shot in the head, on a Friday.




  • Both were seated beside their wives when shot. Neither Mrs. Lincoln nor Mrs. Kennedy was injured. Both wives held the bullet-torn heads of their husbands.




  • In each case, the man was injured but not fatally. Major Henry Rathbone was slashed by a knife, and Governor John Connolly was shot.




  • Lincoln sat in Box 7 at Ford's Theatre. Kennedy rode in car 7 in the Dallas motorcade.




  • Lincoln was shot at Ford's Theatre. Kennedy was shot in a Ford product, a Lincoln limousine.




  • Mrs. Kennedy insisted that her husband's funeral mirror Lincoln's as closely as possible. 

    The Assassins




  • Both assassins used three names: John Wilkes Booth and Lee Harvey Oswald. (It should be noted that Lee Harvey Oswald was known as just Lee Oswald prior to the assassination.)




  • There are 15 letters in each assassin's name.




  • Both assassins struck when in their mid-twenties. Booth was born in 1838, and Oswald was born in 1939.




  • Each assassin lacked a strong father figure in his life. Booth's father died when he was 13 years old, and Oswald's father died before he was born.




  • Each assassin had two brothers whose careers he coveted. Booth's two brothers were more successful actors and Oswald envied his brothers' military lives.




  • Both assassins were privates in the military. Booth was a private in the Virginia Militia, and Oswald was a private in the Marine Corps.




  • Both assassins were born in the south.




  • Both assassins were known sympathizers to enemies of the United States. Booth supported the Confederacy and Oswald was a Marxist.




  • Both assassins often used aliases. Booth frequently used "J. Wilkes" and Oswald used the name "Alek J. Hidell."




  • Booth shot Lincoln at a theatre and was cornered in a warehouse. Oswald shot Kennedy from a warehouse and was cornered in a theatre.




  • Each assassin was detained by an officer named Baker. Lt. Luther B. Baker was leader of the cavalry patrol which trapped Booth at Garrett's Barn. Officer Marion L. Baker, a Dallas motorcycle patrolman, briefly detained Oswald on the second floor of the School Book Depository until he learned that he worked there.




  • Both assassins were killed with a single shot from a Colt revolver.




  • Both assassins were shot in a blaze of light-Booth after the barn was set afire, and Oswald in the form of television cameras. 

    Family and Friends




  • Both presidents were named after their grandfathers.




  • Both were born second children.




  • Both married while in their thirties. Lincoln married at 33 and Kennedy married at 36.




  • Both married dark-haired, twenty-four-year-old women.




  • Both wives died around the age of 64. Mary Todd Lincoln died in 1882 at age 63 years and 215 days, and Jackie Kennedy died in 1994 at age 64 years 295 days.




  • Both wives were known for their high fashion in clothes.




  • Both wives renovated the White House after many years of neglect.




  • Each couple had four children, two of whom died before becoming a teen.




  • Each couple lost a son while in the White House. Willie Lincoln died at age 12 in 1862, and Kennedy's son Patrick died two days after his birth in 1963. 

    Politics




  • Both presidents were elected to the House of Representatives in '46.




  • Both were runners-up for the party's nomination for vice-president in '56.




  • Both were elected to the presidency in '60. 

    Vice-Presidents




  • Southern Democrats named Johnson succeeded both Lincoln and Kennedy (Andrew Johnson and Lyndon Baines Johnson.




  • Andrew Johnson was born in 1808, and Lyndon Johnson was born in 1908.




  • There are six letters in each Johnson's first name.




  • Both Johnsons served in the military. Andrew was a brigadier general in the Civil War and Lyndon was a commander in the U.S. Navy during WW2.




  • Both Johnsons were former southern senators.




  • Both Johnsons had urethral stones, the only presidents to have them.




  • Both Johnsons chose not to run for reelection in '68. 
  • If nothing lasts for ever, will you be my nothing?

    Are you tired honey? Because you’ve been running through my mind all day.


    I have had a really bad day today and it always makes me feel better to see a pretty girl smile. So, would you please smile for me?
    Leave your apartment! because  There’s no rent in my heart.



    Think of me 
    Think Big,
    Think Smart,
    Think Positive,
    Think Beautiful,
    just Stop?
    It's too long for you.
    So, in short "Just Think About Me"



    Thursday, July 21, 2011

    percayalah

    Bintang aku tak nampak kehadiran  kau malam ini
    mana menghilang ?

    Bulan selalu kau bersinar girang.
    tetapi malam ni kelibat kau muram.

    Selalu malam ku terang benderang ,
    tapi kini suasananya terlalu lah kelam .

    Sekali lagi ku tanya pada kau Bulan dan bintang ,
    mana menghilang ?

    Awan kenapa kau lindungi langit ?
    selalu kau muncul tapi tak menyelubungi alam ,
    tapi hari ini seakan berdendam , kau tutup bintang sekali.

    kenapa ?
    Bintang tak berbuat khilaf, apatah lagi bulan malah engkau bertiga  bergandingan ,
    maka berserilah malam.

    Awan , mungkin engkau mahu menangis , 
    aku mengerti.
    Selalu di ketepikan oleh pujian.
    selalu di anaktirikan pemuja pemuji.

    Bintang dan bulan mendapat tempat di hati.
    tetapi awan ?
    amat lah jarang sekali.

    Besar rahmat air yang di kandung awan .
    Namanya hujan membawa sejuta erti.

    Awan percaya pada diri.
    Semua yang berlaku kehendak ilahi
    percayalah.





    lagi dan lagi.

    Langit bukan penamat 
    Angkasa bukan penghujungnya.
     
    itu aku tahu.

    Sentiasa akan ada hari esok ,
    sentiasa akan ada hari yang lepas.
     
    itu aku tahu.
    aku tak mahu tertinggal , aku mahu  terus dan terus
    aku tak mahu menoleh kebelakang lagi.
    biar pahit itu menjadi indah.
    biar yang  manis itu kekal.

    pinta ku bukan nya susah
    pinta ku bukan nya banyak

    aku mahu berjabat dengan orang di puncak .
    aku nak genggam capai bintang kejayaan.

    dan aku mahukan rasa kebanggaan terpancar bersinar keluar dari muka kedua orang tua ku

    Semoga yang Maha Besar  memberkati perjuangan hamba mu yang  hina lagi kecil ini.

    tak semua.

    Awak sentiasa berfikir untuk puaskan hati orang lain ,
    walaupun hati awak sendiri siapa pun tak hendak puaskan.

    tak mengapa

    awak sentiasa berkorban untuk orang lain ,
    tetapi pengorbanan terhadap diri sendiri tidak dilakukan.

    tak mengapa

    Awak cuba sediakan syurga untuk orang yang awak sayang ,
    tapi kasih yang boleh bawa awak ke syurga awak abaikan.

    tak mengapa.

    Awak punyalah sanjung kecantikan orang lain ,
    tapi diri awak yang cukup cantik awak itu awak tak nampak.

    Awak , dalam dunia kalau awak sentiasa memikirkan apa yang orang mahu , ape yang orang suka lihat , ape yang orang nak kita buat , sampai bila je kita nak gembira ? pura pura gembira bolehlah , tapi betul betul gembira ? bilanya ?

    jadi , peduli  kata orang , hiduplah dengan sendiri lagipun hidup ini singkat ,Alam selepas ini yang kita kejar , jangan terlalu serius tiada siapa pun yang dapat keluar dari permainan dunia hidup hidup. akhirnya pusingan kita semua pasti berhenti bernafas.

    Gelak lah selalu walaupun perit , kadang kadang kita perlu hipokrit.




    Monday, July 18, 2011

    Debu bintang. dan Pelangi serta Bintang

    Okay aku bukan nak berpuisi haha ,  aku sahaja nak cakap aku baru tengok movie yang bertajuk 

    "Stardust "
    POSTER FILEM


    wanita ini sebenarnya ' Bintang ' yang jatuh dari langit.

    Sebenarnya movie dah lame , tahun 2007 di tayangkan di pawagam , and aku biasalah memang lembab , aku jumpa movie nih dalam external harddisk makcik aku , ape lagi rembat masuk dalam pendrive lah. haha.

    Tristan and Victoria

    okay cerita kinda cool , best je tengok , plot cerita menarik , pemilihan karakter pun bijak kena dengan watak , and aku kalau menengok cerita memang cerewet.  kadang kadang kalau intro cinte tah ape ape , terus stop tengok , carik cite lain. haha. 

    Pose garang pun still nampak sweet Yvaine atau nama sebenar Claire Danes 

    satu lagi aku kalau aku minat sesetengah movie tuh , aku buat research , haha , aku rase aku nih melebih lebih pulak , tapi ape salahnya , aku berhak mendapat maklumat , so ini maklumat yang aku dapat dari hasil kajian aku. Dunia di hujung jari beb.
    Yvaine - stardust photo
    Melting !

    (Dialog Yvaine semasa bercakap dengan Tristan yang ketika itu di sihir menjadi tikus )
    Yvaine: You know when I said I knew little about love? That wasn't true. I know a lot about love. I've seen it, centuries and centuries of it, and it was the only thing that made watching your world bearable. All those wars. Pain, lies, hate... It made me want to turn away and never look down again. But when I see the way that mankind loves... You could search to the furthest reaches of the universe and never find anything more beautiful. So yes, I know that love is unconditional. But I also know that it can be unpredictable, unexpected, uncontrollable, unbearable and strangely easy to mistake for loathing, and... What I'm trying to say, Tristan is... I think I love you. Is this love, Tristan? I never imagined I'd know it for myself. My heart... It feels like my chest can barely contain it. Like it's trying to escape because it doesn't belong to me any more. It belongs to you. And if you wanted it, I'd wish for nothing in exchange - no gifts. No goods. No demonstrations of devotion. Nothing but knowing you loved me too. Just your heart, in exchange for mine. 


    and dalam movies ade sienna miller tapi scene die tak banyak. and siena miller adalah lawa! (muke serius) , aku carik pose terbaik beliau kat internet tak jumpa ah , korak tengok  sendiri lah  movie nih eh.
    aku tak ingat nih scene mana , haha

    Nak diceritakan hebat tak hebat gua research , filem nih pun ade website die sendiri ,tahu ?lain macam malaysia , buat filem then buat fanpage FACEBOOK je  . Kat website nih kan ade siap  ade jual dvd lagi , , ade feature feature yang menarik , ade game - aku dah main game die  KAHKAHKAH!  , ade sinopsis movie nih korang bace sendirik ah.

    and ade satu game tuh , korang boleh reka bintang korang , then send ke kawan yang korang sayang , aku nak buat tapi nak send kat sape? nak send kat mak aku , die tak pandai gune komputer. haha 



    Okeyh habis stardust (debu bintang) , aku nak cite pasal Bintang dan Pelangi iaitu channel baru siaran Berbayar Malaysia iaitu Astro.

    " siaran 24 jam , 365 hari tanpa henti entertainment indonesia hanya dari Indo pek "

    Camtu lah awek kat tv tuh cakap , yeahh! indo pek means dua channel dalam satu pek , iaitu Channel Bintang dan Pelangi. aku sebenarnya bukan nak promote menatang haram ini semua tapi aku nak ceritakan yang aku tertengok satu Movie yang best dalam channel nih. haha 

    dan movie itu bertajuk :


    "Bilang saja cinta kok repot ?"

    Tajuk die biasa biasa je , cerita die je best , berkisarkan percintaan budak sekolah menengah ,ego mengatasi perasaan cinta ,  aku kan remaja aku suka lah tengok cerita cerita macam nih , haha.

    Kisah awek  yang garang , ganas atau macam tomboy sikit iaitu dilakonkan oleh Kikan (Sheila Marcia Joseph). yang  cinta nya cuba di dapatkan oleh Ruben( irwansyah) , tapi si Ruben nih takut nak luahkan perasaan die sebab takut kene reject dek si Kikan , dan si kikan nih malu nak mengaku suka kat ruben sebab perasaan Ego nya yang tinggi , haha! 

    So sebenarnya cinta rumit di luahkan , sukar di perkatakan atau sukar diluahkan , rumit diperkatakan.

    Macam macam yang terjadi dalam movie ni , and semua babak nya boleh dikata so sweet lorh! (bahasa mat rempit)  Romantik  ehh si lelaki cuba untuk jadi romantik dengan awek yang bersikap seperti lelaki, haha, lagi pun heroin die cantik , aku sebenarnya jatuh cinta dengan Si  SHEILA MARCIA JOSEPH nih tapi awek nih dah kawen in reality life (hati pecah berkecai) and dah beranak dah pun tapi berapa orang aku tak pasti. (hati pecah berkecai kecai kecai kecai).

    Melting


    Okay sampai disini sahaja saya nak merepek , salam :D

    Thursday, July 14, 2011

    THIS IS SOME AWESOME AND STYLIZING INVENTIONS .

    Di bawah adalah foto foto ciptaan produk yang gila kreatif ,dan ade yang diantaranya produk yang sudah lama di cipta dan evolusikan.

    ENJOY!


    Coolest Inventions Now days
    Pengacuan telur yang berbentuk bunga!
    Coolest Inventions Now days
    Lampu yg berdiagram
    Coolest Inventions Now days
    Tali pinggang siap ukuran.
    Coolest Inventions Now days
    Tangga berbentuk rak buku.
    Coolest Inventions Now days
    Kanu lutsinar
    Coolest Inventions Now days
    Mentol lampu berbentuk leper
    Coolest Inventions Now days
    Set catur tanpa tapak.
    Coolest Inventions Now days
    Pemotong dan penyenduk piza dalam masa yang sama.
    Coolest Inventions Now days
    Payung mudah alih
    Coolest Inventions Now days
    Pemegang cawan mudah alih
    Coolest Inventions Now days
    Katil tidur yang serius ganas
    Coolest Inventions Now days
    Pembakar roti -macam pengecas elektrik badan di hospital
    Coolest Inventions Now days
    Air kotak yang ceria

    Coolest Inventions Now days
    Penahan buku dari terkelepek.