Monday, May 9, 2011


Kisah seorang  wanita dan seorang jejaka

Pertemuan mereka bermula di alam maya , mula kenal di laman sembang.
cinta masa kini banyak mula di alam maya , cinta jenis millenium baru.

Kisahnya bermula begini

dari insan  yang tak di kenali  , langsung tak pernah bertegursapa  , menjadi sahabat , dari sahabat menjadi pasangan kekasih.

ya , salam tempoh yang singkat mereka berkasihan , mungkin terasa serasi , terasa ade kimia diantara mereka berdua 

walaupun tinggal pada jarak yang jauh ,berlainan bentuk muka bumi , tapi  itu bukan halangan 

di ringkaskan cerita , agak lama tempoh  mereka berpasangan  , hubungan mereka tidak pernah mengalami masalah , tidak pernah bertikam lidah ,kalau ade merajuk manja , biasalah orang bercinta , tidak sorang pun pernah terasa hati mereka amat serasi bersame , senang nak di katakan mereka berdua amat lah secocok di mata semua orang.

Si lelaki amatlah bertuah mempunyai kekasih yang mempunyai pakej yang lengkap , bijaksana dan mempunyai rupa yang menawan persis seorang model .

dan

Si wanita pula pula amat bertuah mempunyai kekasih yang amat bertimbang rasa , dan  sentiasa ceria , pandai mengambil hati , memang sesuai di jadikan menantu.

Makin lama mereka berpasangan , tapi mereka tidak lah pernah berjumpa . jadi dirancang lah pertemuan , bukan pertemuan biasa , pertemuan bersemuka pertama mereka , pertemuan muka ke muka ,
selama ini mereka hanya berpasangan tapi tidak pernah berjumpa , hanyalah bersembang di laman sembang , hanya berhubung melaui telefon bimbit sedangkan sudah lama bersama

Sesungguhnya kukuh hubungan mereka walaupun begitu 
alhamdullilah KETIKA itu berjalan lancar.


=======================

Beberapa hari sebelum  hari pertemuan , wanita tersebut telah berjanji pada si lelaki yang beliau akan mengenakan sepasang baju kurang putih bercorak bunga bunga kecil dan memakai tudung berwana krim , ya insyaALLAH  , itu pakaian yang akan dipakai katanya kepada lelaki itu.

dan lelaki itu pula memberitahu yang beliau akan memakai melayu lengkap dengan sampin serta songkok , dan keris terletak di pinggang
Si wanita ketawa kecil . die merasakan , itu sekadar lawak menyindir  si lelaki .
si lelaki turut ketawa

Banyak yang merka berbualkan , yang si gadis menceritakan perjalanan aktiviti nya  seharian , yang si lelaki menceritakan tentang  kisah kawan kawan nya yang riuh 

lelaki tersebut terus mengatakan yang beliau tidak sabar untuk berjumpa dengan gadis tersebut , oh ya mereka berbual melalui telefon.

setelah mengucapkan selamat tinggal , kata kata manis ,  dan memberikan salam , si gadis pun meletakkan telefon.

si gadis terus tersenyum gembira , di harapkan pertemuan mereka akan menjadi realiti dan dalam masa yang sama beliau teringat

" baju warna ape yang akan die pakai eh ? "

di hubungi nya semula , tapi tiada respon , mungkin dah terlelap , keletihan berkerja sambilan  katanya masa di  awal perbualan tadi.

perkara itu di tangguhkan pertanyaan di  kemudian hari.

si gadis pun turut masuk tidur.

mimpi indah si gadis itu .



Bersambung 




No comments:

Post a Comment