Friday, September 10, 2010

Lady Gaga, Video Klip dan Illuminati

video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru Lady Gaga dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik.

Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga

Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.








Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore,Alejandro."











Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..






But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak ..Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?




Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.





Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part :"Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..



" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall






Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.







Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..



I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "




Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...



Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

------------------------------------------------------------------------------------
 Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..




P/S  bace kat link nih kalau tak tau ape illuminati , freemason dan yang anda paham! 

                           http://www.dinar-emas.com/vatican.html


Thursday, September 9, 2010

SAJAK

Perjuangan Yang Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan.
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar…
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

HUKUM DUNIA

saat paradigma bergembira
aku disini sepi sedia
saat modenisasi berkembang maju
aku disini  semakin layu


kenapa perlu berlaku begini?
kenapa perlu situasi  bererti?
kenapa perlu mencari janji manifestasi?
dan kenapa perlu  sifat fantasi?


hayat penuh dengan drama
ade  kepalsuan sebalik perjuangan
dari dunia luar hingga ke kamar
harap tidak tersesat di jalan  impian


perasaan kecewa tidak akan lupus
semangat cinta tidak akan pupus
tapi hidup mesti di teruskan
berteraskan wahyu ,akal dan tuhan!




Wednesday, September 8, 2010

SEDEH

Semalam mase solat teraweh ,mase imam tengah sebuk sebuk  buat ucapan hari raya kat jemaah surau yang lain , tiba tiba perasaan sedih menyelubungi hati aku ,sedeh teramat ..tak tau lah kenape ? aku jarang berperasaan sedeh!kerana aku seorang yang periang suma orang pun tahu , tapi kite kadang kadang memang  tak tau keadaan perasaan kite sendiri. kan? 




Mase da selesai solat teraweh ,imam membaca doa , aku pon melelehkan airmata , mesti orang ingat aku cengeng kan? aku jarang menangis doh , tapi tak tau lah , aku rase maybe sebab aku teringat kat atok aku  yang kat klang tuh yang da meninggal kot ,kawan kawan aku yang da meninggal eksiden ......
 ye lah  rayer ni kan .......

 RAYE PERTAME AKU TANPA ATOK m.nor aku


RAYE PERTAME AKU TAK BALIK KAMPUNG
SELALU BALIK KAMPUNG 

RAYE PERTAME AKU KENE DUDUK KAT RUMAH STUDY UNTUK SPM!

RAYER PERTAME AKU TAK SHOPPING APE APE PUN

tapi nak buat camne , nasib aku camni , memang rayer nih akan aku paling ingat sebab paling tak menyeronokkan , lagi pun taun depan ade rayer lagi . insyaALLAH! kalau sempat bole lah sambut.

so korang hati hati lah kat kampung tuh!



                           "سلامات هاري رايا"


                  "MAAF ZAHIR DAN BATIN"




maaf kan aku kalau ade silap dan salah , kadang kadang terlepas aku tak sedar., korang terase hati. maafkanlah ek!

* AL FATIHAH kepada arwah atok aku ,kawan kawan  yg telah meninggal dunia , dan orang islam lain yang telah meninggal dunia




 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 




AMIN!!


SEHARIAN BERJALAN DI KUALA LUMPUR

Perghhh! penat aku pegi teman AMMAR pegi beli barang dier, ADDIN pun join sekali. Naseb baek AMMAR yang support sume .haha! thankss kawan! nanti belanja lagi kawan mu nih!

nak di cerita kan ape aturcara aku seharian semalam , tgok nih
ngantok ni ah ,haha
  •  berjalan kaki pergi ke pondok bas. Lepas uh terus ke KTM Kajang!
  • sampai la ke KL Sentral , transit ,tukar   ,naik monorail , orang agak lengang..sebuk buat kuih raye kot! entah lah
  • THEN pegi sungai wang , times square , lot 10 dan yang sama waktu dengannya.....
  • then AMMAR beli suar , begitu juga dengan ADDIN. Mereka bershopping di ROMP , dan aku hanya melihat! sebab aku da beli barang raye awal awal lagi. lagi pun bajet agak lari.
  • Selepas da shopping shoopping , kitorang pun pusing pusing lah  , then singgah ke LOT  NATIONAL GEOGRAPHIC , layanan mereka sangat lah bagus , kat situ ade ruang untuk membaca buku buku yang ade kat situ ,kitorang pun duduk ah bace , pastu ade pekerja kot , hidangkan air! haha ,yang ADDIN bantai cakap "kitorang pose" macam omputih  tuh paham.hahah , aku gak  yang nak kene speaking ..hoho!
  • then after reading  a few  "cool"  books! , kitorang teruskan perjalanan , aku sebenanyer nak beli "full cap" , tapi payah betul nak carik ,kalau yang ade pun ,corak tah ape ape , yahudi mabok mane tah yang design topi tuh , buruk nak mati! , tapi tak tahu lah ,kalau ade orang  minat gak.haha
  • duduk lepak jap kat cafe ape tah , tapi tak minum eh! AKU KUAT IMAN , duduk saja  sebab letih jalan 
  • Lepas da carik dan beli dan da habis kan duit! , kitorang pun berangkat pulang , naik bas je padehal , ADDIN   ajak kitorang pegi cheras ,die belanja buka pose , kan nenek die meniaga kat bazaar ramadhan , mase nak pegi cheras tuh ade lah terserempak dengan ireen , shopping sakan dia! haha ngan adek beradek eh! die trus balik ke semenyih .                                                      
  • Hujan sangat la lebat turun , haha ..ayat songsang! , sampai je kat cheras kitorang lepak kat depan 7-eleven , tunggu ADDIN niaga  sambil tunggu waktu berbuka pose , AMMAR  boleh bantai tido duduk  ..haha. macam macam
  • Dapat aku rase suasana berbuka kat bazaar ramadhan , first time macam nih! 
  • pening plus penat tunggu budak budak nih shopping!
  • then akhir sekali atok ADDIN anta kitorang balik ke teratak  ,menggunakan teksi atok nya, sporting atok kau! haha
          banyak nak cite sebenanyer tapi .aku dah rumuskan , macam rumusan BM ,ahaha (BM aku A+ + +) hehe

okay lah , pembaca pembaca aku setia , sampai di sini sahaja, bertemu lagi kita di lain hari di waktu yang sama , ZAASSS!

assalamuailaikkum!

    Monday, September 6, 2010

    BERSIAL SIAL

    Keluar ke The Mines last minute bersama Ammar
    tapi pegi JUSCO BALAKONG ,semua nya seronok terserempak 
    dengan ramai budak sekolah .....

    AJAK Marol , die ada keja tak bole  rock n rool!

    IKUT highway bawe laju , rase macam makan keju!(seronok)

    bawe keta keta  betul betul , kene la baya tol!(standard)

    Buka puasa dengan KFC , aku rase nak muntah lagi(jemu)

    dah beberape  ari berbuka KFC , rase nak pitam lagi

    KAWAN punye pasal , aku takde hal!(toleransi)

    buka pose  duduk kat kerusi makan kat meja , naseb baek AMMAR belanje

    kalau tak belanje  ,aku dah hempuk ngan MEJA (gurau mar)



    TAPI harap di lain hari , aku tak jumpa KFC ni.

    ARI RAYER AKAN MENYUSUL , buntut aku sakit macam kene bisul!

    KAU apahal bersiul siul? aku lempang kau kang.

    chow, aku tersepit di celah KEGILAAN!

    Sunday, September 5, 2010

    BERBUKA PUASE BERSAME GENG GILER! #2

    Sekali lagi berbuka puase di KFC , aku dah naik jemu dan nak termuntah makan 
    ayan kfc , sape sape lagi nak ajak aku makan KFC aku sepak dier!

    Sakit perut nih , rase macam nak beranak jer


    AKU ngn SHUHA! *winkwink ,haha
    tapi kitorang kawan sahaja.




    ALIP ,MAZLEEN dan AKU


    WOOOOOOOOO~


    DA abeh makan baru nak snap gambar ,apa daaa?


    AKU nak  buat pengumuman mase nih 


    LAST pic , sebelum bersurai ,ehh bukan lah .mase nih kat dalam lagi. haha!
    abai kan , janji ade pic.


    *aku betul betul da tak larat makan ayam kfc

    LAST DAY KAT SKOLA SEBELUM CUTI RAYA!~



                  Last day kat skola sebelum ber holiday dua minggu , kitorang kat skola da macam sakai dah ,
    mana tak nyer cikgu soh belajar ,kitorang begambar pulak , haha , dengan cikgu 
    cikgu sekali kitorang ajak photoshoot , baru lah terase diri seperti artis sikit!

    Kitorang kene bermaaf maafan dengan guru sebab nak amik keberkatan dan restu mereka , 
    aku ingat nak salam dengan guru wanita sekali , tapi tak di benarkan da ...haha!

    ini  SEBAHAGIAN gambar yang kami snap!

    SESI bermaafan perempuan , aku nak join tapi tak dapat


    apa Cikgu Salim  ngan Cikgu Mad buat tuh? haha

    HAIKAL MENGGILA....
    Ramai lagi tak amik join amik gambar.
    AKu bomoh sumua , hohoho




    haha , Nik !



    MODEL BEDAK!
    I LIKE ITT! haha
    CIKGU ROZANA! 

    ZUL ,AKU  ,CIKGU ON ,NIK ,KHALISH


    all together with TICE NOORZI
    DI TEPI PANTAI


    sesi menari , hahah!




    aku dan MAZLEEN! 



    SITI nih ke mana ajer mesti ader, HAIHH! haha


    AKU  akan berada di mana saja kamu berada! haha
    WOOHOOOOO!


    SITI  , AKU(COMEL) ,tah lagi sorang  aku tak ingat lak sape

    WITH TICE SARINA! hehe
    COOL TAK? hehe

    HOHO  , serius je aku



                              OKAY lah , pening lak kepale aku tengok budak  dalam gambar gambar di atas...
                                                                    CHOW ,SALAM!







    Saturday, September 4, 2010

    UNTUK KE SERATUS LIMA PULUH JUTA KALI

     Merayau rayau kat youtube dan terdengar lagu nih , cool!!

    macam MELDA AHMAD dan YUNA

      

    Fynn Jamal- 150 Juta

    FULL LYRICS!~


    Untuk kali keseratus lima puluh juta
    Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
    “Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
    “Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
    Di seratus lima puluh juta kali itu
    Di depan semua engkau tarik tangan aku
    Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
    Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
    “Dia mungkin bengis seperti singa”
    “Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
    “Dia mungkin keras bila bersuara”
    “Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
    “Aku lagi kenal dia”
    Dah lebih seratus lima puluh juta kali
    Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
    Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
    Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
    Di setiap seratus lima puluh jutanya
    Aku pun dalam hati semacam tak percaya
    Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
    Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
    “sayang mungkin baran tak kira masa
    tapi sayang tahan kalau  salah nya  saya
    sayang mungkin saja keras kepala
    tapi sayang manja bila kita berdua–
    saya kenal sayang saya”
    Buat apa dicerita
    Bahagia kita rasa
    Biar tak dipercaya
    Peduli orang kata
    Baju ronyok tak apa
    Asal pakai selesa
    Berkilau tak bermakna
    Kalau hati tak ada
    Aku lebih bengis dari sang naga
    Tapi bisa nangis semata demi cinta
    Suaraku keras tak berbahasa
    Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
    Aku mudah baran tidak semena
    Mana boleh tahan angin cemburu buta
    Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
    Aku punya manja, kau saja boleh rasa


    Rahsia kita berdua..






    MALE VERSION pulak . PUIIIH! haha

    BENAR




    "It's hard to let go of someone that makes you smile for no reason "







    bukan nak jiwang tapi betul.

    GILA GILA #2

     Sekali lagi aku menjadi gila pabila waktu malam , haha , aku merepek dengan dengan Aqila .

    contoh beberape penulisan mengarut


    SAPA NAK BACA UNTUK ISI MASA LAPANG CLICK  THREAD NIH!


    confirm korang  akan terkentut sambil tergelak

    Thursday, September 2, 2010

    GILA GILA

    Semalam borak dengan Afina  dan  Ammar , bukan sekadar borak kosong!
    gila gila punya borak ..haha , da lame tak borak macam nih!

    Click  link  nih untuk cerita lanjut , haha     AFINA!



    sebahagian comment , HAHAHA!



    Aku juga berborak dengan beberapa kawan baru ,ade pangkat akak ,
    ade juga yang pangkat adik adik .haha
    Kenal dengan gadis sama umur ,name Diela Rahmat ..die bantai speaking ngan aku
    tapi itu tidak menjadi masalah ,aku pon speaking jugak ,haha


    CLICK link nih , kalau berminat nak tengok aku speaking.hehe

    aku  berkenalan  gak dengan seorang akak baru name dier , Rosliza
    sungguh peramah , aku nih mudah betul ramah ngan orang dapat kenal orang peramah
    memang beruntung . haha

    k , lah sampai di sini saja saya mau cerita. nak siap siap pegi sekolah. wooohooo~

    *peduli orang nak kata apa kat aku.

    Wednesday, September 1, 2010

    WORLD PLAY!

     "THEY CALL IT FREEDOM OF SPEECH !!?? "

    DUNIA DAH NAK KIAMAT KORANG TAK SEDAR KE ??

    SELAMAT TINGGAL OGOS , SELAMAT DATANG SEPTEMBER

    SEPTEMBER  datang lagi , kali ini dalam tahun 2010!
    OGOS aku tinggal kan dengan pelbagai kenangan.

    TRIAL SPM semakin dekat dari sehari ke sehari
    tapi aku macam takde feeling nak study.

    SPM da dekat
    tapi satu apa pun ilmu tak lekat.


    pape pon kawan-kawan.
    All the best for you , do the best!


    " as my memory rests
    but never forgets what I lost
    wake me up when September ends "

    video inih untuk kamu semua. 
    chow.







    FULL LYRICS .
    Summer has come and passed
    The innocent can never last
    wake me up when September ends

    like my father's come to pass
    seven years has gone so fast
    wake me up when September ends

    here comes the rain again
    falling from the stars
    drenched in my pain again
    becoming who we are

    as my memory rests
    but never forgets what I lost
    wake me up when September ends

    summer has come and passed
    the innocent can never last
    wake me up when September ends

    ring out the bells again
    like we did when spring began
    wake me up when September ends

    here comes the rain again
    falling from the stars
    drenched in my pain again
    becoming who we are

    as my memory rests
    but never forgets what I lost
    wake me up when September ends

    Summer has come and passed
    The innocent can never last
    wake me up when September ends

    like my father's come to pass
    twenty years has gone so fast
    wake me up when September ends
    wake me up when September ends
    wake me up when September ends