MENTOS

|
Ada Mentos atas meja, perisa/perasa Rainbow (yang bermakna campuran buah-buahan mungkin). Aku ambil sebiji dan masukkan dalam mulut dan terus kunyah macam biasa, sambil baring atas tilam yang tak berapa nak empuk tu. Namun apa yang luar biasa aku rasa Mentos tu sangat sedap, tak rasa macam yang aku pernah makan/kunyah sebelum ni, serius punya sedap ni, bukan main-main. Walaupun tak lah sesedap Nasi Goreng kampung dengan telur goreng ,sambal belacan ,dan sup kosong(aku kan org bujang) ataupun roti telur kedai mamak kat umaar farooqh  kan, tapi sedap lah, aku suka. Aku menikmati kesedapan Mentos perisa/perasa Rainbow tu seketika sampai habis larut sambil terus baring. Alangkah sedapnya Mentos rupanya.haha ,last aku berperassan macam nih mase zaman sekolah rendah.


Dari situ aku dapat satu fikiran baru, atau mungkin teori kalau boleh dianggap begitu. Mentos yang hanya orang makan untuk buat kunyah-kunyahan (terutamanya masa tengah buat kerja lain) tanpa sikit pun memikirkan pasal rasanya rupa-rupanya ada rasa sedapnya, tapi orang tak pernah perasan sebab orang makan Mentos bukan untuk merasa sedapnya, hanya sekadar sebagai bahan kunyahan atau penyegar nafas bagi menghilangkan bau kurang senang sebab nanti nak pikat awek.haha

Tapi masa aku makan tadi aku rasa sedapnya, walaupun tak lah sesedap cendol yang kat semenyih tuh ataupun Nasi Lemak Ayam restoren MZ  kan. Lantas, otak aku ligat berfikir:

Aku kepenatan, mencari tilam untuk 
landing sekejap, ternampak Mentos atas meja, ambil sebiji masuk mulut dulu, dan baru lah baring sambil menikmati ke-empuk-kan tilam yang tak berapa nak empuk tu dengan Mentos sedang melarut dalam mulut.

Aku berfikir, kenapa selama ni aku makan Mentos tak rasa pun sedap macam ni? Dan aku terus mencapai satu kesimpulan singkat; bila kita merasai/menikmati/menghayati sesuatu tanpa memikir/buat benda lain, walaupun dengan tak bersungguh-sungguh, kita akan sedar kenikmatan/keindahan/kelebihan sesuatu itu.

Semudah Mentos, aku rasa kesedapannya ketika baring berehat dan kunyah Mentos. Tak ada apa dalam otak aku ketika tu, hanya tilam yang tak berapa nak empuk tu, dan Mentos.

Alangkah indahnya kalau kita dapat merasai/menikmati semua yang ada dalam dunia ni macam tu. Kita boleh rasa semua kenikmatan benda dalam dunia ni walaupun kita tak pernah terfikir benda tu boleh mendatangkan sesuatu yang nikmat. Pelik kan aku tulis? Sebab aku mula merasai kembali kenikmatan menulis/menaip/mengarang, sebab otak aku sekarang hanya tertumpu pada penulisan ni. Menulis lebih nikmat dari Mentos rupanya.haha.

Terima kasih Mentos perisa/perasa 
Rainbow yang mendetikkan hati aku untuk kembali menulis kat sini setelah sekian lama.huhu. Walaupun mungkin rasa sedap tu datang sebab aku tengah kelaparan tapi tak ada duit nak makan yang sedap-sedap macam Nasi Goreng Saloma  ataupun Nasi Lemak Ayam Murni. kat restoren Cemara.

Cuma aku harap, satu masa nanti aku dapat menghayati keindahan seorang wanita bila fikiran aku tertumpu pada dia sorang saja.hahaha


0 KRITIKAN SOSIAL:

Post a Comment